Sakit Gastric Selama 10 Tahun Hilang

Sesetengah orang mengalami masalah gastric yang sangat kronik. Sehinggakan tak mampu nak berdiri, nak duduk pun tak boleh nak duduk betul, nak makan pun tak larat. Sebab rasa sakit yang teramat sangat di bahagian perut, bawa ke ulu hati kita ni.

PENGALAMAN SENDIRI

KakMah sendiri pernah alami gastric yang boleh dikatakan kronik selepas bersalinkan Aisy (anak sulung KakMah). Lepas bersalin, Aisy terkena jangkitan kuman pada matanya menyebabkan mata berair dan bertahi mata yang sangat teruk (disebabkan terjangkit daripada ummi nya sendiri. huhu). Syukur KakMah segera bawa ke hospital. Jika tak, Nauzubillahi minzalik. Tak tahulah apa jadi pada Aisy. Masa tu, Aisy perlu ditahan di wad. Dan KakMah memilih untuk bersama dengan Aisy. Selama lebih kurang seminggu kami ditahan disebabkan Aisy perlu diberi antibiotic selama 4 hari (kalau tak silap. hehe).

Masa KakMah di hospital, makan memang tak menentu. Sebab kononnya, dalam wad tu, tak boleh makan di katil. Makan biskut pun sorok-sorok tau. Nak makan, kena ke pantry. Ya lah, sebab wad tu ada baby premature, dan masalah-masalah lain, jadi kebersihan memang dijaga dengan sangat ketat. Katil KakMah pula boleh dikatakan agak jauh daripada pantry. So, KakMah kadang-kadang malas nak ke sana, sebab risau Aisy menangis nak susu. Disebabkan makan tak berjaga, bila dah discharged dan balik rumah, KakMah kena gastric yang sangat kuat. Nak menyusukan Aisy pun KakMah rasa tak mampu sebab sakit sangat. Mujur pernah pam. Jadi, bagi Aisy susu dalam botol. Kesian dia. Bila 2-3 hari tetap sama juga, suami bawa KakMah ke salah satu klinik swasta di Seremban ni. Scan, memang perut banyak angin. Siap ambil sample dalam perut untuk check ada bakteria h.pylori ke tak.

POSITIF H.PYLORI

Tup-tup, result positif. KakMah ada bakteria h.pylori. Treatment nya ialah antibiotic. Dan, tak boleh breastfeeding disebabkan ubat antibiotic tu sangat kuat dan tak sesuai untuk baby. Allahu. Masa tu, memang runsing sangat. KakMah nak sangat susukan badan secara exclusive. KakMah tak mahu campur susu formula. Pastu KakMah buat research, dari bacaan KakMah, masih boleh menyusu badan walaupun ada bakteria tu – ia tidak berjangkit. Cuma ubat antibiotic tu je tak sesuai. Jadi, KakMah tekad, atas risiko KakMah sendiri, KakMah ambil Garlic Complex, Peppermint-Ginger Plus, dan ESP setiap hari. KakMah continue menyusukan Aisy. Dan KakMah jaga sangat pemakanan – no oil, no salt. Kukus, grill, panggang. Hehe. Alhamdulillah, selepas hampir seminggu amalkan begitu, akhirnya tiada lagi gastric kronik sebegitu. Syukur sangat.

Bila check semula dengan doktor pun, Alhamdulillah, dah clean. Syukur sangat dengan izin Allah. KakMah bukan sahaja sembuh daripada gastric tu, malah KakMah juga dapat continue susukan Aisy (direct feed).

GASTRIK SELAMA 10 TAHUN HILANG

Begitu juga dengan perkongsian Puan Farahana ni. Selama 10 tahun mengalami masalah gastric kronik. Dan semasa berpantangkan anak kedua, mengamalkan set berpantang Shaklee (antaranya ada ESP, ostematrix, dan Peppermint-Ginger Plus), alhamdulillah, tanpa disedari, gastric tak menjengah lagi dah. Happy sangat Puan Farahana ni. Syukur. Dengan izin Allah jua kan? Jom tonton perkongsian beliau.

 

Jika anda juga mengalami masalah yang sama, berjumpalah dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut. Dalam masa yang sama, boleh ikhtiar dengan mengamalkan supplement Shaklee supaya badan kita ni lengkap dengan segala nutrisi dan mampu melawan bakteria atau jangkitan lain.

Untuk info lanjut, boleh hubungi KakMah.

*Disclaimer*

Leave a Reply