Result Full Blood Test Mengejutkan
Baru-baru ni, kat ofis KakMah ada buat ujian saringan darah. Untuk check tahap kesihatan melalui ujian darah. Selain daripada check benda asas berkaitan dengan darah kita seperti hemoglobin, total red/white blood cells, platelet, ada juga ujian lain untuk check tahap kesihatan hati, buah pinggang, gout, kencing manis, cholesterol, thyroid, rheumatoid athritis factor, hepatitis B, h.pylori. Sepanjang KakMah kerja kat sana, memang selalu ofis ni buat Ujian Saringan Darah gini. Tapi, of course kena bayar sendiri. Hehe. Sebelum ni KakMah tak terfikir pun untuk buat, tapi sebab KakMah fikir, KakMah perlu tahu tahap kesihatan KakMah, terutama selepas 6 tahun mengamalkan supplement Shaklee ni.
KakMah buat tambahan test untuk check existence of tumor di bahagian breasts dan ovary. Full blood test ni termasuk dengan tumor ni memakan kos hampir RM200. Tapi sebab KakMah nak tahu sangat tahap kesihatan KakMah, so KakMah laburkan duit untuk ujian saringan ni.
Bermula jam 10 malam, sebelum hari nak ambil sample darah tu, KakMah kena puasa. Tak boleh makan, melainkan minum air kosong je. So, KakMah ambil supplement yang biasa KakMah telan before tidur, sebelum jam 10 malam tu. Hehe. Mujur sebelum jam 10 pagi keesokannya, sample darah berjaya diambil. Ramai juga tau yang buat. Rasanya lebih 20 orang. Hampir seminggu juga kami menunggu keputusan ujian ni keluar. Bila dah keluar, memang rasa berdebar je macam nak ambil result exam pula gayanya. Hehe.
Satu-satu result tu KakMah amati. KakMah check ok ke tak, within limit ke tak. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab results semuanya okay. Termasuklah Liver Function (Hati) dan Renal Function (including eGFR – tak silap ini untuk buah pinggang – boleh google).
Untuk pengetahuan, KakMah mengamalkan supplement Shaklee sejak tahun 2012, selepas KakMah keguguran anak pertama dan ikhtiar TTC. Sepanjang 6 tahun ni, KakMah consistent amalkan, terutama pada tahun 2014, selepas berjumpa pakar tentang TTC ni.
Antara supplement Shaklee yang KakMah amalkan sehingga sekarang ialah:
- ESP
- Vitalea
- Vitamin C
- B complex
- Omega Guard
- Ostematrix
- Alfalfa Complex
Dan supplement yang baru sahaja KakMah ambil, lebih kurang sebulan sebelum KakMah buat blood test ni ialah:
- CoQ-Trol Plus
- Lecithin
- GLA Complex
Collagen Powder ni, KakMah baru start beberapa hari sebelum buat blood test.
Sepanjang 5-6 tahun, inilah supplement yang KakMah telan setiap hari without missed. Dan cara KakMah amalkan adalah begini sekarang ni.
- Bangun subuh, 6 biji Lecithin.
- Sebelum ke tempat kerja, ESP wajib. Kadang campur sekali dengan Collagen Powder.
- Lepas lunch atau sarapan, ambil 6 jenis supplement. Vitalea, Vitamin C, B Complex, Alfalfa Complex, Omega Guard, CoQ-Trol Plus.
- Sebelum tidur, wajib ostematrix dan GLA.
Syukur, dengan izin Allah, kesihatan bertambah baik dan result semua ok. Except for cholesterol yang perlu KakMah pantau. Will more consistent taking Omega Guard and soon Phytocol-ST. Dan of course, kena jaga pemakanan juga. Less fast food, less salt, less sugar.
Taking supplements is not wrong.
But choosing the right supplements is important.
Kaji dulu supplement yang anda ambil. Jika cukup kajiannya, cukup clinical studies nya, bertahun di pasaran, boleh teruskan. Dan untuk KakMah, KakMah pilih dan tetap consistent dengan supplement Shaklee. One of the main reason adalah sebab Shaklee ada landmark study. Walaupun masih ada sangkal study ni, tapi ask other supplements’ brands. Ada tak mereka buat? Berani tak mereka buat? Shaklee committed dan memang nak pastikan mereka yang mengamalkannya sentiasa sihat dan tiada risiko kesihatan. Sebab itu mereka buat Landmark Study.
KakMah ni baru je 6 tahun mengamalkan supplement Shaklee. Mana yang dah otai tu, dah lebih 20 tahun mengamalkan supplement Shaklee. Alhamdulillah, semakin sihat dan awet muda lagi. Dan mereka makan memang lebih daripada 1 supplement. Boleh dikatakan setiap supplement Shaklee yang ada kat pasaran Malaysia ni, mereka amalkan. Lebih 20 tahun tau, dan tak ada amalkan supplement lain selain Shaklee.
Betapa ramai athlete negara yang menjadi Pure Performance Athlete. Mereka mengamalkan supplement Shaklee untuk lebih sihat, kekal bertenaga, fokus. Dan terbaru, our Malaysian ice-skater, Julian Yee, diumumkan sebagai Malaysian’s First Pure Performance Athlete.
Jika mereka tidak mempercayainya, mereka juga tidak akan pilih Shaklee sebagai supplement harian mereka.
Anda perlukan supplement Shaklee? Hubungi KakMah untuk dapatkan supplement anda. Pengamal supplement Shaklee sejak 2012.