Anti-Oksidan,  CarotoMax,  Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kesihatan Jantung,  Kesihatan Mata,  Omega Guard

Rabun Selepas Bersalin – Betul ke?

Jujur kata, memang orang tua ni banyak sangat pantang larang terutama ketika berpantang. Biasalah, ibu-ibu baru lepas bersalin, memang kena jaga betul-betul kesihatan mereka, badan mereka. Supaya apa yang kita lakukan semasa pantang tu, tak memudaratkan di kemudian hari. Kadang tu, kesan tak nampak pada jangkamasa pendek, tapi mula kelihatan bila dah bertahun-tahun.

Contoh seperti angkat benda berat, ibu jari kaki terlanggar benda keras, pemakanan tak dijaga dengan baik.

Pernah dengar tak orang tua selalu berpesan juga, kurangkan membaca semasa berpantang. Kalau dia nampak kita membaca, atau zaman sekarang ni mengadap laptop atau smartphone, confirm kena ceramah. Kononnya, kalau membaca ni, boleh buat kita pening, sakit kepala, rabun. Tapi, sejauh mana betulnya pesanan mereka ni?

Kebanyakan ibu-ibu mengalami masalah penglihatan semasa hamil. Terutamanya apabila usia kehamilan telah pun mencecah trimester ketiga. Hal ini berlaku disebabkan perubahan hormon seorang ibu hamil dan juga masalah kesihatan yang sedang dihadapi.

Antara masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi kadar penglihatan ialah…

Tekanan Darah Tinggi

Antara masalah yang sering terjadi pada ibu hamil, iaitu kadar tekanan darah yang tinggi. Jika tidak dikawal, ia boleh menyebabkan kadar penglihatan semakin berkurangan.

Pre-Eclampsia

Satu keadaan dimana tekanan darah menjadi tidak seimbang. Biasanya mula berlaku apabila kandungan mula mencecah usia 20 minggu. Simptom lain berlakunya pre-eclampsia ialah kandungan protein yang tinggi dalam urine, buah pinggang, atau hati yang mengalami masalah. Keadaan ini juga boleh menyebabkan penglihatan terganggu.

Diabetes Gestasi

Kadar gula yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan kesan kepada retina mata. Jika sejarah keluarga juga ada pesakit diabetes, ia mungkin turut dapat memberikan kesan kepada ibu hamil itu.

Penggunaan Contact Lens

Menjadi trend untuk memakai contact lens. Walaupun tidak rabun, tapi disebabkan style, ramai memilih untuk memakai contact lens. Penggunaan lens ini boleh mengakibatkan mata kering disebabkan hormon semasa hamil dan kekurangan kolagen di sekitar retina mata. Penggunaan eye drop terlalu kerap juga boleh menyebabkan mata kering. Jadi, elakkan penggunaan contact lens dalam tempoh yang lama.

 

Ibu yang mengalami masalah penglihatan semasa hamil adalah tidak digalakkan untuk menjalani sebarang pembedahan. Ini kerana hormon seorang ibu hamil adalah tidak stabil dan ini oleh memburukkan lagi keadaan. Disebabkan itu, pakar nutrisi amat menggalakkan ibu hamil untuk mengamalkan supplement minyak ikan untuk membantu perkembangan mata yang baik untuk bayi di dalam kandungan dan juga ibu itu sendiri.

OMEGA GUARD

  • Ibu yang sedang hamil boleh mengamalkan Omega Guard untuk membantu mengurangkan masalah penglihatan.
  • Kandungan minyak ikan, omega 3, dan DHA di dalam Omega Guard juga membantu perkembangan otak bayi.

CAROTOMAX

  • Selepas ibu berpantang, ibu boleh mula mengamalkan Carotomax yang mengandungi vitamin A untuk membantu mengurangkan masalah rabun.
  • Dalam sesetengah keadaan, ibu yang rabun semasa hamil akan mula berkurangan atau hilang selepas berpantang kerana tahap hormon telah kembali normal. Jika semakin teruk, ibu boleh mula mengamalkan Carotomax.

Digalakkan untuk ibu menjaga kesihatan mata semasa berpantang. Petua orang tua boleh kita ikut, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak memudaratkan kita. Kadang tu, petua mereka ni berguna juga tau.

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang, in shaa Allah, keadaan kesihatan ibu juga akan semakin baik. Jika ibu ingin mendapatkan supplement ini, ibu boleh buat pembelian secara online di link e-sell ini. Pembelian boleh menggunakan debit atau credit card.

Jika anda inginkan penjimatan dari 10-20%, anda boleh mendaftar dengan KakMah sebagai ahli Shaklee. Yuran keahlian hanya RM75 sahaja. Anda berpeluang untuk menjalankan bisnes Shaklee secara part time atau full time, bergantung kepada pilihan anda sendiri.

Hubungi KakMah untuk daftar sebagai ahli dan untuk mendapatkan supplement anda.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *