B-Complex,  CoQ-trol Plus,  Keletihan,  Keperluan Harian,  Kesihatan,  Kesihatan Jantung,  Panduan Kesihatan,  Thyroid,  Vita-Lea

Punca Letih dan Mengantuk. Bagaimana Atasi?

Pernah tak kita mengalami masalah rasa terlalu penat, mengantuk. Padahal tidur cukup dah 8-10 jam setiap malam. Rasanya malam takde la kena berjaga atau tidur tak lena. Kebiasaannya kalau wanita, terutama baru ada baby tu, fahamlah kenapa letih. Sebab setiap 2 jam mesti kena bangun nak menyusukan anak. Betul?

Tapi yang bujang, lelaki, kenapa masih rasa keletihan dan mengantuk yang melampau di siang hari? Kadang tu sampai tertidur kat meja di ofis sebab mengantuk sangat. Tengah khusyuk buat kerja pun, boleh rasa letih teramat sangat.

Kenapa begitu? Adakah ia kebetulan atau ada sebab kesihatan tertentu yang anda tidak tahu?

Sebab 1: Tak cukup tidur

Dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur yang nyenyak setiap malam. Apabila anda tidak mendapat tidur mencukupi, daya ingatan dan tumpuan anda boleh terjejas dan ini juga boleh menjejaskan tahap kesihatan anda.

Cara atasi:

Tidur pada waktunya. Apabila sampai waktu tidur, jauhkan handphone atau laptop dari tempat tidur anda. Zikir sebelum tidur sehingga anda terlelap. Atau bayangkan sesuatu perkara positif yang berlaku pada diri anda keesokan harinya. Namun jika anda mempunyai masalah sukar tidur, anda mungkin mengalami masalah Sleep Disorder. Jumpa pakar untuk ketahui lebih lanjut tentang masalah ini.

Sebab 2: Sleep Apnea

Anda rasa seperti anda tidur cukup selama 8 jam. Tetapi sebenarnya, sleep apnea ini bagaikan memberhentikan nafas anda untuk seketika ketika anda tidur dan anda sebenarnya “terjaga” seketika, tetapi anda tidak sedar yang anda terjaga. Hati-hati sekiranya anda mengalami sleep apnea kerana risiko kepada masalah jantung adalah sangat tinggi.

Cara atasi:

Kurangkan berat badan kepada berat ideal dan jauhi rokok.

Sebab 3: Tidak cukup tenaga

Nak tidur pun kena ada tenaga mencukupi. Oleh itu, amalkan diet seimbang dan pemakanan yang penuh dengan nutrisi yang badan kita perlukan. Makanan seimbang ini boleh membantu menyeimbangkan paras gula dalam darah.

Cara atasi:

Jangan skip breakfast. At least, ambil light breakfast. Pastikan setiap hidangan anda lengkap dengan protein dan karbohidrat yang mencukupi. Amalkan pemakanan yang berkhasiat untuk membantu memberikan tenaga yang berpanjangan.

Sebab 4: Anemia

Anemia ialah masalah kekurangan sel darah merah. Biasanya berlaku di kalangan wanita sebab mudah kekurangan zat besi, lagi-lagi bila datang haid, hamil. Sel darah merah sangat penting sebab ia membantu membawa oksigen ke seluruh bahagian dalam badan kita termasuklah tisu, organ, otak.

Cara atasi:

Pastikan anda memasukkan makanan yang tinggi khasiat zat besi seperti daging, hati, kerang, kekacang, sayur bayam. Nak mudah, ambil supplement yang ada khasiat zat besi.

Sebab 5: Kemurungan

Kemurungan bukan sahaja melibatkan masalah emosi kita, malah fizikal kita juga boleh turut terjejas. Bila kemurungan, masalah keletihan, sakit kepala, hilang selera makan adalah antara tanda-tanda yang biasa berlaku.

Cara atasi:

Jika anda merasai kemurungan lebih dari seminggu, segera berjumpa dengan pakar untuk melakukan psychotherapy.

Sebab 6: Hypothyroidism

Tiroid adalah kelenjar kecil di pangkal leher anda, yang membantu untuk mengawal metabolisme badan anda serta menukarkan makanan kepada tenaga. Jika kelenjar ini tidak aktif, ia boleh menyebabkan metabolisme menjadi perlahan, anda juga kurang fokus (lembab) serta boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Cara atasi:

Segera berjumpa dengan pakar untuk dapatkan rawatan hypothyroidism.

Sebab 7: Terlalu banyak Caffeine

Suka minum caffeine? Benar, ia dapat membantu meningkatkan kecerdasan badan dan tumpuan kita. Namun, sekiranya terlalu banyak pengambilan caffeine, ia boleh meningkatkan kadar jantung, tekanan darah, serta keletihan.

Cara atasi:

Kurangkan pengambilan minuman yang tinggi caffeine seperti kopi, teh, coklat, minuman ringan secara beransur-ansur. Sekiranya anda berhenti secara mendadak, ia juga boleh menyebabkan anda keletihan.

Sebab 8: Diabetes

Kandungan gula tinggi dalam darah. Badan kita tidak mampu untuk menukarkan gula tersebut kepada tenaga.

Cara atasi:

Ubah diet seharian anda dengan mengurangkan pengambilan gula.

Sebab 9: Dehydration (Kurang Air)

70% dalam badan kita ni adalah air. Apabila badan anda kekurangan air, ia boleh menyebabkan anda rasa letih.

Cara atasi:

Minum air secukupnya setiap hari. Air yang dimaksudkan ialah air kosong. Elakkan minum minuman bergula terlalu kerap atau banyak kerana ia boleh mengundang kepada masalah diabetes. Untuk permulaan, anda perlu minum air kosong 2 gelas setiap sejam. Dan, pastikan juga anda minum 2 gelas air sebelum dan selepas anda melakukan aktiviti luar.

Sebab 10: Ada masalah Jantung

Keletihan merupakan salah satu simptom jantung anda bermasalah. Sekiranya anda adalah seorang yang aktif, namun anda tidak mampu lagi untuk melakukan aktiviti sama seperti sebelum ini, segeralah berjumpa dengan pakar.

Cara atasi:

Ubah gaya hidup dan rutin harian anda menjadi lebih sihat. Sentiasa lakukan senaman ringan untuk mengembalikan kecerdasan dalam badan anda.

Sebab 11: Kerja mengikut shift

Dah biasa tidur waktu malam. Bila anda telah mula bekerja mengikut shift, rutin tidur anda berubah serta merta.

Cara atasi:

Belajar untuk tidur siang, sepertimana anda tidur waktu malam. Gelapkan bilik (kurangkan pencahayaan), sama seperti ketika waktu malam.

Sebab 12: Alergi pada makanan

Sesetengah orang mengalami masalah alergi pada makanan. Biasanya mereka ini akan mengalami masalah gatal-gatal. Tapi ada juga yang mengalami masalah keletihan.

Cara atasi:

Kena sentiasa “try and error”. Jika anda mula belajar sesuatu makanan yang baru, dan anda rasa letih selepas makan makanan tersebut, itu mungkin menunjukkan anda tidak sesuai dengan makanan tersebut.


Sebagai ikhtiar, anda juga boleh mengamalkan supplement ini untuk membantu anda mengatasi masalah keletihan yang anda alami. Supplement Shaklee selamat diamalkan kerana dihasilkan daripada bahan semulajadi yang premium serta kajian bertahun-tahun dijalankan untuk menghasilkan sesetengah formula supplement tersebut.

Vita-Lea mengandungi zat besi untuk membantu membekalkan nutrisi secukupnya kepada sel darah merah anda agar ianya mencukupi.

Sustained Release Vita-C Plus kaya dengan khasiat vitamin C yang diperlukan seharian, membantu untuk meningkatkan daya pertahanan badan. Ia juga membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik ke dalam sistem tubuh badan kita.

B-Complex lengkap dengan kesemua vitamin B yang diperlukan untuk membantu menukarkan makanan kepada tenaga.

CoQ-Trol Plus dihasilkan untuk memberikan nutrisi Coenzyme Q10 dan resveratrol yang dapat memelihara jantung anda serta membekalkan tenaga dalam badan anda.

Performance Drink dapat membantu mengurangkan masalah dehydration, terutama bagi mereka yang sangat aktif.

Ingin mendapatkan produk Shaklee ini? Hubungi KakMah segera.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *