Panduan Kesihatan,  Pembesaran Anak-Anak

Pneumonia Di Kalangan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut

Pneumonia adalah satu penyakit yang berkaitan dengan masalah jangkitan paru-paru yang membuatkan seseorang itu mempunyai masalah kesukaran untuk bernafas. Ini adalah disebabkan oleh saluran udara pada paru-paru dipenuhi dengan nanah dan lendir yang menghalang sistem pernafasan untuk berfungsi dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Pneumonia di kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan si kecil ini kekurangan oksigen dan menyebabkan mereka sukar bernafas dan keadaan ini boleh membahayakan nyawa mereka. Dalam erti kata lain, pneumonia di kalangan kanak-kanak boleh membawa MAUT!!

Antara symptom yang ibu bapa perlu ambil berat dan ambil tindakan segera sekiranya symptom ini terjadi ialah….

✔ demam panas

✔ batuk dengan atau tanpa kahak

✔ sakit dada

✔ tiada selera makan atau hilang selera makan

✔ rasa tidak sihat

✔ sering merengek

✔ pernafasan tidak stabil (laju atau susah bernafas)

✔ muntah atau cirit-birit

Pneumonia kepada kanak-kanak boleh menjadi sangat serius kerana mereka akan mengalami masalah dehidrasi dan kekurangan oksigen. Pernafasan mereka akan menjadi laju atau sukar bernafas, bibir menjadi biru, batuk berdarah, tidak boleh makan atau minum, tidak kencing. Sekiranya anak anda telah sampai ke tahap ini, segeralah bawa anak anda ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Batuk pneumonia biasanya kedengaran lebih “dalam” dan kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi. Oleh itu, pantaulah keadaan batuk anak anda.

Jika anak anda masih lagi menyusu badan, kerapkanlah menyusukan anak anda untuk meningkatkan tahap imunisasi badannya. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak anda.

Semoga perkongsian kami kali ini dapat memberi sedikit ilmu kepada anda. Awasilah anak anda, dan pantaulah keadaan kesihatan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *