#tsunamishaklee,  Ahli Shaklee,  Tips

Pentingnya Vision Board

Setiap orang ada impian. Betul tak? Anda, dia, mereka. Termasuklah KakMah ni. Banyak impian yang KakMah inginkan, tapi kadang-kadang impian ni bermain je dalam minda KakMah. KakMah tak visualize segala impian KakMah tu. Lama-lama, impian pun berkubur begitu sahaja. Bagaimana dengan anda? Jika anda berimpian, apa anda akan lakukan untuk pastikan impian tu menjadi satu kenyataan, menjadi penguat untuk kita berjaya mencapai impian tu.

VISION BOARD

Pernah dengar tak tentang Vision Board? Visualize kan apa impian kita dalam satu kertas putih, tampal ataupun tuliskan impian kita tu seolah-olah kita telah pun capai benda tu. Letak target date bila kita nak ianya tercapai. Hidup ni macam kerja, mesti ada KPI. Setiap KPI mesti ada timeline kan. Berimpian juga perlu ada timeline supaya kita tak hanyut dibawa arus begitu sahaja. Impian entah kemana, usaha melayang kemana-mana. Bila ada timeline, kita rasa tercabar, dan ingin berusaha untuk capai impian tu.

KakMah pernah tengok vision board seorang leader ni (sekarang dah masters pun). Beliau berimpian untuk menunaikan umrah. Beliau buat 1 vision board. Beliau ambil gambar orang lain mengerjakan Umrah, kemudian potong gambar sendiri, dan tampal kt gambar orang tu. Poster (atau vision board) yang beliau hasilkan tu, beliau print banyak-banyak dan letak merata tempat di sekitar rumah. Dalam bilik, dapur, ruang tamu. Supaya beliau dan keluarga sentiasa nampak dan kekal semangat untuk capai impian tu.

Kuasa Allah. Alhamdulillah, soon after that, beliau dan suami pulun habis, mereka kerja keras, dan akhirnya mereka dijemput oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Mereka berpeluang untuk mengambil gambar mereka sendiri di Tanah Suci. Syukur sangat kan? Itulah salah satu vision board yang KakMah rasa terpukul sangat. Sebab “the power of Vision Board” tu.

Bukanlah kata “oh, letak vision board, confirm jadi”. Confirm jadi kalau kita berusaha untuk mencapainya. Confirm tak jadi kalau kita tak berusaha untuk capai impian itu dan hanya duduk goyang kaki sahaja. Tujuan vision board adalah supaya kita nampak apa kita nak, kita kekalkan momentum dan berusaha berhempas pulas untuk pastikan impian tu tercapai. Kalau tak tercapai, malulah kan?

Sebab tu, penting untuk lakarkan impian kita dalam vision board. Berimpianlah dengan sesuatu yang membuatkan anda “bangkit dari katil”. Dan bukannya impian sambil lewa. Itu adalah impian terbaik sekali.

Jom sama-sama kita buat VISION BOARD. Semoga segala impian kita semua menjadi kenyataan. ameen.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *