#tsunamishaklee,  Kekeluargaan,  Kisah Seorang Ibu,  Parenthood

Penguat Semangat, Sumber Inspirasi

Setiap orang memerlukan seseorang untuk dijadikan penguat semangat dan juga sumber inspirasi untuk terus berjaya dalam hidup. Kita hidup di dunia ni bukan untuk diri kita je, tapi juga untuk orang lain juga. Betul tak? Disamping kita nak membantu orang, kita nak jadi orang yang dapat menginspirasikan orang lain. Tapi sebelum kita nak jadi orang tu, someone has to be our role model. Setuju?

Ini mak KakMah.
Hari tu terserempak dengan colleague, a Chinese guy, dia kata muka KakMah macam mak. Betul ke? Hehe. Dah nama pun anak mak, mestilah ikut muka pun macam mak. Khennn?

Zaman muda mak ni takde la senang mana. Tak macam sekarang. Sekarang ni, Alhamdulillah, walaupun tidak semewah orang lain, tapi kehidupan mak lebih selesa dengan anak-anak dah besar, kerja dengan baik. Menjadi nenek kepada 13 orang cucu. Syukur, Alhamdulillah.

Nak tahu tak, mak ni kahwin awal juga tau. Biasalah orang dulu-dulu. Jadinya, mak memang menjadi seorang surirumah sejak berkahwin. Mak berfikiran jauh dan kerana keperluan, zaman muda mak macam-macam beliau buat. Antaranya menjahit, jual Avon. Sebab nak cari income lebih untuk family. Walaupun ayah bekerja macam biasa sebagai seorang kakitangan kerajaan, tapi anak-anak 4 orang yang sedang membesar, memaksa mak untuk buat part time gini.

Walaupun masa tu KakMah still kecil lagi, tak nampak “kesusahan” mak, tapi bila sesekali mak bercerita, jadi kagum dengan mak. KakMah lahir tahun 1986, dan masa tu mak masih lagi aktif menjahit dan jadi pengasuh. Ingat lagi, tengok mak potong kain, jahit baju. Hehe.

Mak bersengkang mata setiap hari menjahit, terima tempahan ramai orang. Sesekali tu promote Avon pula. Dulu mana ada online ni, social media pun takde sangat. So, mak memang berniaga secara offline marketing. Hebat mak ni. Sebab tu sekarang ni pun, bila mak jumpa orang, mak pula promote Shaklee kat orang tu. Haha. Terima kasih, mak. Hat ni KakMah memang kena follow cara mak ni. Kena rajin bercakap. Hehe.

Mak tak pernah putus asa zaman mudanya. Percaya tak, dengan hasil titik peluh tu, mak banyak menyimpan. Tengok sekarang macam mana. Alhamdulillah. Duit mak sentiasa ada je walaupun sekarang ni mak tak kerja dan tak ada pencen pun. Huhu. Sebab apa tau? Selain daripada anak-anak bagi duit kat mak, satu KakMah suka dan ikut ialah mak ni suka sangat bersedekah. Kadang tu tak perlu sedekah jauh pun. Cukup sekadar selalu belanja anak cucu makan. Hehe. Setiap kali tahu cucu nak balik, memang mak pastikan kat rumah ni ada makanan untuk cucu kudap.

That is why, we love our mak so much.

And that is why, she is my role model. 

In shaa Allah, KakMah pun nak jadi macam mak. Tak pernah putus asa. Berjuang sehabisnya sampai berjaya. Tak mahu hidup dalam comfort zone untuk tempoh yang lama. Sangat bahaya sebenarnya. Allahuakbar.

KakMah buat ni bukan untuk diri sendiri, tapi untuk masa depan anak-anak, keluarga.

Again, I LOVE YOU, mak. Mak lah sumber inspirasi Ima, sumber kekuatan Ima. *sob,sob*

Untuk anda semua yang spend masa baca post KakMah kali ni, doakan kesihatan mak KakMah ya. Semoga mak sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *