Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kesihatan Wanita,  Kisah Seorang Ibu,  Wanita

Pengalaman Kehamilan Anak Sulung (Potensi Baby Berat)

Rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca blog saya yang tak seberapa ni, terutama untuk bakal-bakal ibu di luar sana yang mungkin mengalami masalah atau pengalaman yang sama seperti saya. Saya nak share tentang pengalaman kehamilan anak sulung saya. Kenapa saya nak share? Sebab pada waktu ini ada beberapa pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

pengalaman-kehamilan-baby-berpotensi-besar

Tahun 2014, saya disahkan hamil setelah 3 tahun menanti. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, dan dengan izin-Nya, setelah saya dan suami mengamalkan set kesuburan secara consistent (read: tidak pernah skip walau sehari) selama 2 bulan. Mana-mana pasangan pun, terutama jika pernah mengalami pengalaman keguguran, sememangnya apabila hamil sekali lagi, akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Ada sampai tak buat kerja rumah langsung, ada yang pergi kerja pun suami tak benarkan di awal kehamilan tu. Hehe. Tapi kami, tawakal. Saya menjalankan rutin harian seperti biasa, disamping sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa melindungi anak kami. Walaupun saya bekerja di kilang, banyak berjalan, namun Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya amalkan set kehamilan sejak disahkan hamil.

Alhamdulillah, di awal kehamilan semuanya berjalan dengan lancar. Alahan saya pun biasa-biasa aje. Sekadar muntah-muntah di waktu pagi atau bila perut kosong. Selebihnya, saya tiada masalah. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Setiap kali check-up di klinik kesihatan, semuanya ok. Bacaan hemoglobin, blood pressure. Saya juga bebas GDM (Gestational Diabetes Mellitus). Paling menarik, jumlah kenaikan berat badan saya semasa hamil hanya 10kg sahaja. Tapi perut saya memang nampak besar.

Jadi, apa masalah atau pengalaman saya?

Semasa hamil, saya akan check up di klinik kerajaan (kk) dan hospital swasta. Kenapa? Sebab kat hosp swasta, setiap kali check up ada scan. Biasalah kehamilan pertama, excited nak tengok perkembangan baby. Kalau kat kk, sekadar check up biasa je. Scan apabila masuk minggu kandungan tertentu.

Al-kisahnya, bila masuk 30w, berat kandungan saya melebihi yang sepatutnya. Dan pada masa tu, kedudukan kandungan songsang. Bab kedudukan kandungan tu, tak risau sangat sebab masih baru lagi. Baby masih boleh berpusing lagi. Tapi bab berat tu. Hingga ke 34 atau 35 w, berat baby cecah almost 4kg. Terkejut ummi, nak. Doc kt hosp swasta tu dah bagi kata dua; samada induce atau ceaser. Tapi sebelum buat keputusan, Doc suruh saya refer doc kat kk dulu. Bila check up kk, kebetulan masa tu check dengan doc muslimah, dia nasihatkan saya untuk banyakkan berdoa. Masih boleh lagi bersalin normal. Yang penting, kena yakin dengan diri sendiri.

Bermula daripada tu, apa saya amalkan ialah sujud dan rukuk lama (Alhamdulillah, saya dapat solat dalam kedudukan berdiri sehingga ke saat bersalin). Terutama semasa sujud terakhir tu, saya sujud lama dan berdoa. Selain tu, setiap hari saya baca surah Maryam. Lepas solat maghrib, saya baca.

Masuk minggu 38, saya keluar discharge. Masa tu saya kena ke kk check bp. Bila beritahu nurse, nurse suruh terus ke GH. Masa tu hari Jumaat. Saya pun siap-siap, lepas zohor, saya ke HTJ, Seremban. Time ni bangunan baru untuk ibu bersalin dan kanak-kanak dah buka. So, facilities sangat canggih dan selesa. Sampai je kat GH, pergi kat tempat pemantauan tu. Masa tu check heartbeat baby, check contraction. Time tu tak ada contraction pun. Biasalah takde pengalaman. Nurse suruh pergi GH sebab ada discharge, kita pun pergilah. Lepas dah selesai check benda basic, Doc pun check bukaan. Opss.. Dah buka 1 cm rupanya. Apa lagi, terus masuk wad.

Nasib baik la guarantee letter dari ofis memang dah ada. Maka, masuklah wad kelas kedua. Bilik 4 katil, ada aircond. Sangat selesa. Tak lama lepas saya masuk wad, saya dibawa ke bilik scan. Time ni scan, berat baby dalam 3.9kg. Doc dah bagi segala kemungkinan yang ada. Antaranya ceaser. Risau sangat masa tu, tapi hati terus berdoa moga Allah permudahkan proses bersalin. Masa ni suami dah sampai dari tempat kerja di KL. Dalam pukul 4 petang lebih kurang, dah mula rasa contraction sikit-sikit. Saya minum air selusuh masa ni. Lama-kelamaan, sakit contraction bertambah kuat. Dah lah seorang masa ni. Suami tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat. Sikit-sikit panggil nurse. Haha. Bila check baru 2 cm. Tak lama lepas tu panggil lagi. Last sekali, buka pun 4 cm. Sempatlah saya minum ESP dan makan ostematrix masa ni. Time ni dah pukul 10-11 malam. Maka, terus ditolak ke labour room dengan wheel chair. Suami tunggu kat sana.

Sampai je labour room, mulalah operasi pasang itu, pasang ini. Labour room kat bangunan baru ni selesa sangat sebab memang satu bilik seorang ibu. So, privacy tu ada. Bila contraction datang aje, sakitnya Ya Allah… Allah je yang tahu. Sehinggakan saya diberi gas Entonoks yang kena sedut bila sakit contraction tu. Masa ni nurse yang standby kat dalam rajin mengingatkan saya untuk zikir (la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin). Suami di sisi pun bacakan zikir untuk saya. Sampailah ke kemuncak contraction. Jeng. Jeng. Jeng.

Alhamdulillah, nurse dan bidan sangat baik. Mulut kekadang memang laser, tapi saya ambil itu sebagai kata semangat untuk saya berjuang. Suami dan nurse tak putus-putus suruh saya zikir, ingat Allah. Mula-mula memang tak pandai teran, tapi nurse ajar. Masa teran jangan keluar suara, bawa kepala sampai ke perut. Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, lepas ikut mulut. Masa teran ni, suami siap bisik, “Ok, Yang. Dah nampak kepala baby. Sikit lagi”. Dan suami tak henti-henti bisikkan zikir kat telinga saya masa tu. Alhamdulillah, selepas 3 kali teran, akhirnya lahirlah anak lelaki pertama kami, Syafi Aisy. Tepat jam 3.34 pagi, 28 Februari 2015, seberat 3.68kg. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Pengajaran yang saya nak share ialah always get second opinion. Jangan putus asa, sentiasa berdoa pada Allah, dan tawakal. Setiap yang berlaku dah ditentukan Allah, dan pasti ada hikmahnya. Samada bersalin normal atau ceaser, pasti ada hikmah yang Allah dah tentukan. Cuma kita je tak tahu.

Jangan resah bila scan baby berat. Sebab berat tu ± 200 ke 300g. Dengan air ketuban lagi. So, be positif. Jangan cepat mengalah.

Untuk yang beragama Islam, amalkan amalan yang disarankan untuk bantu memudahkan proses bersalin. Antaranya rukuk lama, sujud lama. Perbanyakkan bacaan surah Maryam. In Shaa Allah, Allah permudahkan.

Dengan izin Allah jua, supplement Shaklee yang saya amalkan juga memberi saya tenaga semasa bersalin. Dan alhamdulillah, membantu penghasilan susu ibu. Saya dapat menyusukan anak saya semasa dalam labour room lagi, sebelum ditolak ke wad. Syukur, alhamdulillah.

Pada ibu-ibu atau bakal ibu-ibu, jangan risau menantikan kelahiran anak anda. Perbanyakkan berdoa, in shaa Allah, dipermudahkan jalan oleh-Nya. Jika anda perlukan supplement Shaklee untuk kehamilan dan berpantang, anda boleh hubungi saya. In shaa Allah, saya bantu sedaya saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *