#tsunamishaklee,  Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kekeluargaan,  Kesihatan Wanita,  Kisah Seorang Ibu

Pengalaman Gugur Kandungan Pertama

MISCARRY, CONCEIVE, PREGNANT

Tahu tak Kak Mah pernah gugur?
Di awal pernikahan, Kak Mah disahkan hamil apabila masuk bulan kedua bernikah. Perasaan masa tu, gembira sangat. Dalam masa yang sama risau sebab unexpected. Kak Mah jaga kandungan dengan baik masa tu. And Kak Mah langsung takde morning sickness. Not even muntah waktu pagi. Memang totally nothing. Masa tu, syukur, sebab tak alami morning sickness macam ibu lain. Tambahan pula masa tu, Kak Mah dan suami adalah Pasangan Jarak Jauh (PJJ).

Orang kata dan Kak Mah pernah terbaca, kalau tak alami morning sickness langsung, tu tanda kandungan tak kuat. Wallahu’alam. Tak pasti betul ke tak benda tu atau apa berlaku pada Kak Mah ni ialaah satu kebetulan.

Di usia kandungan 7-8 minggu, Kak Mah ada discharge sikit (keluar lendir keputihan). Time tu kat office. Memandangkan ni kandungan pertama, terus ke Klinik Wanita berdekatan dengan office (tak perlulah sebut nama). Time tu scan, tengok heartbeat dah ada (dan masih ada). Happy sangat time tu, bersyukur cause everything seems fine. Alhamdulillah. Doktor bagi ubat kuatkan rahim. Kak Mah amalkan and never skip sampai habis.

Then, 11 minggu kandungan, bleeding pula. Again, kat office time tu. Perasan sebab masa buang air, ada tompok darah kat bowl. Masa ni dah buka buku merah, so terus pergi Klinik Kesihatan (KK). Kat KK, tak berapa check sangat. Tak scan, nothing. Cuma nurse and doktor pesan, kalau teruk sangat lagi, terus g GH. So, balik office dalam keadaan masih risau dan kerja macam biasa. But, bila menjelang tengahari (after lunch hour, selesai solat), darah makin banyak keluar. Risau sangat time ni. Terus ke Columbia Hospital.

Sampai sana, disebabkan tak pernah register, so kena tunggu giliran. Kak Mah yang last sekali. Time tu sementara menunggu, zikir dan doa, moga takde pape yang serius. Siap bergelak ketawa lagi dengan mak. Cuba untuk tidak berfikir negatif. Tapi mak sebenarnya dah risau. Naluri seorang ibu kan?

Masuk bilik Doktor, scan, and figured out baby got no heartbeat. Surprisingly, ukuran janin masa tu tak seperti 11 minggu. Ukuran seperti 7-8 minggu sahaja. Bermakna janin tak membesar since waktu discharge tu. Allah. Sedih sangat time tu. Allah je yang tahu. Meraung Kak Mah dalam bilik doktor. Rasa nak tercabut nyawa. Siap suruh doktor ulang, apa yang dia kata. Siap minta second opinion, memang no heartbeat. Diagnosed as miscarriage. Doktor sarankan untuk cuci. Sebab janin boleh dikatakan hampir hancur. Bimbang ada infection lain. Masa tu suami kerja kat KL. Kak Mah kata dengan doktor, nak discuss dulu then call balik. Masuk kereta, called husband and cried again. Suami advise untuk cuci keesokannya. Jangan tunggu lama-lama. After DnC, memang janin dah tak terbentuk, hancur. Kak Mah tak sempat tengok rupa janin. Dah dicuci dan dibungkus dengan baik.

TRY-TO-CONCEIVE

After keguguran pertama ni, every month kami usaha. Tapi tak berhasil. Setiap bulan datang period. Pernah nangis bila lewat 2,3 hari then period. Sedih. Dah lah pernah someone beritahu Kak Mah, kalau pernah gugur, lambat nak pregnant balik. Lagilah Kak Mah down. But, never give up. Alhamdulillah, suami pun tak pernah mendesak dan sentiasa berikan semangat, menyokong Kak Mah. Sampailah usia pernikahan hampir mencecah 3 tahun, kami decide untuk buat check up. Check kalau Kak Mah atau suami ada sebarang masalah.

Masa check up, doktor sarankan suami untuk amalkan vitamin E dan zinc. Sebab 2 supplement ni amat membantu menyihatkan sperma. Dan untuk Kak Mah, doktor suruh amalkan protein dan asid folic. Protein tu membantu menguatkan rahim.

Sebelum check up ni Kak Mah memang dah ambil Shaklee, tapi tak consistent. Culas sangat makan. Bila doktor kata gitu, kami tekad dan makan dengan consistent. Tak skip langsung selama 3 bulan. Dan akhirnya, Kak Mah disahkan hamil sekali lagi. Alhamdulillah. Kandungan kali ni ada morning sickness. Dan Kak Mah sanggup lalui morning sickness ni. Sepanjang kehamilan Kak Mah amalkan supplement shaklee 100%, tak ambil vitamin KK or Columbia. Alhamdulillah, both doctors takde masalah. Dan Kak Mah pun takde masalah kesihatan. Hb ok, BP ok, kenaikan berat badan ok, GDM free.

And in 2015, lahirlah putera kami yang sulung, Muhammad Syafi Aisy. Alhamdulillah. Syukur sangat kami masa ni. Sampai sekarang tak sangka, kami bukan hanya dikurniakan seorang cahaya mata, tapi kami dikurniakan 2 cahaya mata di usia pernikahan kami 5 tahun ni. Sepasang. Alhamdulillah, syukur sangat.

Anak-anak Kak Mah

Pesanan Kak Mah pada pasangan yang sudah lama bernikah tapi belum ada rezeki, jangan putus asa. Allah tak suka kita putus asa. Ikhtiar selagi boleh, selagi mampu. Berdoa dan terus berdoa. Setiap kali berdoa, perlu yakin. in shaa Allah, Allah kurniakan zuriat apabila Dia tahu kita benar-benar bersedia.

So, jangan bersedih.
In shaa Allah, ada rezeki kalian nanti.
Kak Mah doakan.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *