Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kisah Seorang Ibu

Pengalaman Bersalin di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

Alhamdulillah, KakMah selamat melahirkan 2 orang anak KakMah di GH Seremban, atau juga dikenali sebagai HTJ (Hospital Tuanku Jaafar). Tahun 2015 merupakan antara tahun awal Blok Wanita & Kanak-kanak dibuka untuk orang awam. Biasalah, bangunan baru, facilities pun baru dan semakin canggih. Atas sebab anak pertama KakMah dijangka agak berat, dan setelah mendapatkan pandangan daripada pakar di Hospital Swasta, KakMah buat keputusan untuk melahirkan anak pertama KakMah di HTJ. Sebab jika ikut doktor di hospital swasta, ceaser adalah pilihan utama. Tapi bila KakMah rujuk doktor di KK, doktor masih memberikan harapan positif yang masih ada potensi untuk melahirkan secara normal. Yang penting, ibu kena kuat dan bersemangat.

HARI PERTAMA

KakMah mengalami discharge pagi selepas subuh. Kebetulan KakMah perlu buat check-up di KK setiap hari untuk ambil bacaan tekanan darah. Sebab masa check-up sebelum tu, tekanan darah KakMah tinggi sikit. So, masa tu KakMah beritahu nurse yang KakMah ada discharge. Color coklat, dan tak banyak. Nurse terus suruh KakMah serah diri ke GH untuk pemeriksaan lanjut. Sebab itu merupakan antara tanda-tanda nak bersalin.

Selepas Zohor, KakMah pun “check-in” di Wad Bersalin HTJ.

Seperti biasa, perkara pertama yang nurse buat ialah check BP, check urin, dan ceritakan kenapa serah diri (apa tanda-tandanya). Lepas tu, doktor akan check bukaan. Alhamdulillah, masa ni dapat doktor perempuan untuk check bukaan, jika ada.

Masa tu rupanya dah mula buka, tapi baru 1 cm. So, doktor suruh admit sampai bersalin. Lagipun ini anak pertama kan? So, pengalaman sakit contraction macam mana tu takde sangat lagi.

Bila dah masuk wad, husband dan mak tak dapat nak teman setiap masa. Biasalah, polisi hospital kerajaan. Hanya boleh melawat apabila masuk waktu melawat. KakMah dapat bilik 4 orang, siap ada aircond. Memang sangat selesa. Ada 2 bilik air kat dalam bilik tu, 1 untuk mandi dan 1 lagi “bank”.

JAM 5 PETANG

KakMah mula rasa contraction yang teramat sangat. Dah la seorang, tapi kuatkan juga tahan sakit tu. Selawat banyak-banyak. Kejap, kejap panggil nurse suruh check bukaan. Hehe. Tapi nurse layankan aje. Takde pula dimarahnya. Suruh KakMah zikir, ingat Allah. Siap remind KakMah untuk solat sebab masih boleh solat.

JAM 9 MALAM

Time ni memang tak tahan sangat. Panggil lagi nurse. Nurse tanya, nak check bukaan kat sini ke atau pergi bilik procedure? KakMah dah tak larat nak jalan rasanya, so KakMah kata check sini je la. So, nurse pun ikutkan je dan check. Alhamdulillah, masa tu dah 4 cm. Terus nurse bagitahu siapkan baju baby, kain bedung baby, pampers. Nak ke labor room. Nervous nya masa ni Allah je yang tahu. Cepat-cepat call husband yang memang setiap masa tunggu kat luar dengan mak.

Husband dibenarkan masuk kejap untuk jumpa. KakMah suruh husband turun dan tunggu kat labor room.

JAM 11 MALAM

Procedure pertama, letak itu ini. Untuk check heartbeat baby, ibu. Dah lah kita menahan sakit contraction. Allah je tahu sakitnya macam mana. Pula tu, husband tak masuk lagi. Rupanya dia tak tahu kena beritahu kat nurse jaga kaunter kat depan.

KakMah beritahu nurse dalam labor room untuk panggilkan suami KakMah kat depan. Nurse kata, “nanti. settle kan awak dulu”.

Setengah jam kemudian barulah nurse panggil husband. Nurse datang kat kita, tanya no IC kita, no IC husband. Hahaha. Mujur ingat walaupun tengah sakit. Geram juga lah time tu tapi jawab jugalah. Bila dah disahkan, husband pun masuk dan temankan.

Bila KakMah tak tahan dan jerit sikit, nurse cepat-cepat kata, “sabar, Puan. bawa zikir”. Nurse siap join zikir sekali sebab nak ingatkan KakMah untuk zikir.

JAM 2 PAGI

Dah start contraction tahap maksima. KakMah siap diberikan nebulizer (not sure if this correct) untuk “calm” kan KakMah supaya tak rasa sakit sangat. Huhu. Bila nurse tengok KakMah seakan meneran, nurse kata, “jangan teran, nanti baby keluar”. KakMah tak boleh tahan dah. Hahaha.

Tak lama lepas tu, nurse yang memang standby dalam labor room dengan KakMah tu panggil bidan bertugas. Mulalah ajar nak meneran dengan betul. Mula-mula disuruhnya mengereng dan cuba teran. Lepas tu, baring betul-betul dan teran ikut cara yang betul. Masa ni kena “sound” dengan nurse sebab jerit. Hahaha. KakMah ok je dan layankan je.

Husband disisi sentiasa zikir kat telinga. Pastu bagi semangat. “Sikit lagi, yang. Sikit lagi”. Bila dah keluar kepala, lagi nurse suruh teran sekuat hati dan tahan nafas.

JAM 3.34 PAGI

Lahirlah anak sulung KakMah. A healthy baby boy, seberat 3.68kg. Secara normal. Suprisingly, baby terus kencing dan berak lepas tu. Alhamdulillah.

KakMah pula dijahit sebab nurse terpaksa potong sikit untuk keluarkan baby. Masa ni nurse ada letak bius, so tak rasa sakit sangat. Huhu. KakMah sempat ucapkan terima kasih pada semua nurse yang ada kat dalam tu dan minta maaf sebab selalu sangat jerit. Hahaha.

HARI KEDUA

Alhamdulillah, petang tu KakMah dah boleh discharge. Dah boleh bawa baby balik sebab baby dah kencing, berak. KakMah pun boleh kencing seperti biasa dan tak ada masalah pendarahan berlebihan.

Overall, KakMah memang suka dan selalu suggest pada kawan-kawan KakMah untuk bersalin di HTJ. Labor room mereka pun sekarang memang untuk individu. So, sangat convenient. Syukur, untuk kedua-dua pengalaman bersalin di HTJ, KakMah tak alami sebarang masalah.

KakMah dijaga dengan baik, dirawat dengan baik. Nurse pun ramah dan mesra.

“Lain orang, lain pengalamannya”. Betul, ada orang tak suka bersalin kt GH. KakMah cuma berkongsikan pengalaman KakMah, supaya anda semua dapat rasakan hospitality yang kakitangan GH berikan pada kami, terutama semasa saat bersalin.

Semoga dapat menjadi panduan untuk anda semua, terutama ibu-ibu di sekitar Seremban / Senawang. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu-ibu.

4 Comments

  • Eda

    Salam sy nk ty, kalau bilik 4 di hosp seremban tu kire ward 1st class ke? Atau kene request? Tahun ni rasa nk bersalin di hosp seremban sbb nk blk lg ry. Sy dr jb..

    • Shima Zainal

      Waalaikumussalam. Wad 4 katil yang saya dapat tu memang besar dan ada aircond. Tak silap saya, ia samada wad 2nd class atau 1st class. Boleh request sebelum masuk untuk dapatkan wad 1st class. Bergantung pada availability dan kelayakan. Puan boleh cuba hubungi HTJ untuk makluman lanjut. Dah berapa bulan, Puan? Due raya nanti ya? Semoga dipermudahkan segala urusan Puan. Ameen.

  • Nor dalila

    Salam kak mah… Nak tanya, nak bersalin di GH SEREMBAN nak kena booking katil dulu ke… Hehehe.

    Sbb ada keluarga sebelah mak bgtau nak kena booking.. Dulu first baby masa bersalin kat perak xde plak nak booking.. Xpastilah kalo lain tempat, tak sama… Sy due hujung bulan nih…

    • Shima Zainal

      Waalaikumussalam.
      Masa saya nak bersalin dulu, walk-in juga, sis. Hehe. Takde pula booking.
      Tambah pula masa first dengan second time serah diri kat GH tu, memang dah keluar tanda bersalin.

      Masa anak kedua tu, sampai je dah memang 6 cm. So, terus masuk labour room dan bersalin.
      Then, masuk wad, ada katil tapi letak kt tengah, antara 4 katil yang lain sebab penuh. Kiranya saya ni katil tambahan. Hehe. Tapi still selesa, sis.
      Lagipun petang dah balik. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *