GLA Complex,  Kehamilan,  Kesihatan Wanita,  Kesuburan,  Ovarian Cyst,  Panduan Kesihatan,  Set Kesuburan,  Testimoni GLA Complex,  Testimoni Set Kesuburan,  Testimoni Set Shaklee,  Wanita

Ambil Tahu: PCOS

Biasa dengar tentang PCOS? Di kalangan wanita, PCOS ini adalah sesuatu masalah berkaitan hormon level yang sering kita dengar. Mereka yang mengalami masalah PCOS mempunyai kebarangkalian untuk sukar hamil, ini kerana mereka mengalami masalah hormon imbalance (hormon lelaki lebih daripada sepatutnya).

PCOS atau Polycystic Ovary Syndrome menyerang bahagian ovari wanita, iaitu organ pembiakan yang menghasilkan hormon estrogen dan progesterone, iaitu hormon yang mengawal kitaran haid kita. Dan tahukah anda, ovari juga menghasilkan hormon lelaki iaitu androgen, tetapi dalam jumlah yang sedikit.

PCOS merupakan “sindrom”, iaitu gejala yang mempengaruhi sistem ovari dan ovulasi wanita. 3 ciri utamanya ialah terdapat cyst di ovari, hormon lelaki lebih dari normal, dan period cycle yang tidak tetap. PCOS bermaksud terdapat banyak kantung kecil yang penuh dengan cecair membesar di bahagian ovari.

Kantung kecil ini adalah sebenarnya folikel, dimana terdapat telur yang tidak matang. Telur tersebut tidak matang secukupnya untuk mencetuskan ovulasi. Apabila ovulasi berkurangan, ia boleh menjejaskan hormon wanita iaitu estrogen, progesterone, “follicle-stimulating hormone” (FSH), “luteinizing hormone” (LH).

Apa antara sebab terjadinya PCOS?

  • Kajian menunjukkan PCOS juga boleh terjadi disebabkan oleh genetik.
  • 70% daripada wanita yang mengalami PCOS mempunyai masalah “insulin resistance”, iaitu sel di dalam badan tidak mampu untuk menggunakan insulin sebaiknya. Insulin ialah hormone yang dihasilkan oleh pancreas untuk membantu badan kita menukarkan gula daripada makanan kepada tenaga. Apabila sel tidak dapat gunakan insulin dengan baik, pancreas akan menghasilkan lebih insulin untuk “membantu”, namun hal ini menyebabkan ovari menghasilkan lebih hormon lelaki.
  • Keradangan di dalam badan adalah juga salah satu punca PCOS. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan keradangan dan ini juga dapat meningkatkan hormon lelaki.

Apa simptom PCOS?

  • Period tidak tetap. Tidak seperti wanita normal yang datang haid setiap bulan. Mereka ini jarang sekali datang haid kerana kekurangan ovulasi menghalang lapisan uterus untuk dikeluarkan setiap bulan.
  • Pendarahan yang banyak apabila datang haid, kerana lapisan uterus terlalu lama “build-up” sebab jarang period.
  • Pertumbuhan rambut yang abnormal seperti di bahagian muka, badan.
  • Jerawat kerana hormon lelaki menyebabkan kulit semakin berminyak dari kebiasaannya.
  • Penambahan berat badan.
  • Rambut pada kulit kepala semakin menipis dan mudah gugur, seperti lelaki yang botak.
  • Tompokan gelap pada kulit terutamanya di bahagian lipatan badan seperti leher, pangkal paha, atau bawah payudara.

Apa kesan PCOS kepada anda?

  • Tidak subur, ini kerana ovulasi tidak terhasil.
  • Sindrom metabolisme iaitu berat badan berlebihan atau obesiti. Ini meningkatkan risiko gula dalam darah tinggi (diabetes), tekanan darah tinggi, serta tahap kolesterol LDL dan HDL yang tinggi. Ini juga meningkatkan lagi risiko untuk mengalami masalah jantung, stroke.
  • Sleep apnea iaitu pernafasan terhenti semasa tidur, dimana ia mengganggu tidur anda.
  • Endometrial cancer disebabkan lapisan uterus anda semakin menebal.
  • Kemurungan dimana masalah pertumbuhan rambut yang tidak diingini ini menjejaskan emosi anda.

Jika anda sedang ikhtiar untuk hamil dan juga mengalami masalah PCOS, jangan putus asa kerana anda boleh amalkan supplement Shaklee untuk tingkatkan nutrisi dalam badan anda agar sel “bekerja” dengan baik dan bantu untuk tingkatkan kebarangkalian anda untuk hamil.

Set ini membantu melengkapkan nutrisi dalam badan anda, serta membantu menstabilkan semula hormon anda.

Hasil daripada kedua-duanya mengesahkan saya mendalami Polysistic ovarian cyst (pcos) dimana punca utama daripada berat badan yang meningkat secara tiba-tiba yang mengganggu hormon di dalam badan.

Disebabkan oleh ubat itu akan memberi kesan sampingan lain, saya cuba berikhtiar dengan set kesuburan shaklee. Alhamdulillah berkat usaha, menjaga makan kebetulan bulan puasa masa itu saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg.

…. 2 minggu selepas raya result ujian kehamilan saya positif.

Nur Atiqah Zaaba

Jika anda ingin mendapatkan supplement Shaklee ini sebagai ikhtiar untuk anda atasi masalah PCOS dan ingin hamil, anda boleh hubungi KakMah sekarang.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *