#tsunamishaklee,  Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kekeluargaan,  Kesuburan,  Kisah Seorang Ibu

Mujur Bertemu Doktor Percaya pada Vitamin

Benar, orang kata anak ni pengikat kasih sayang suami isteri. Anak ni juga rezeki tak ternilai dari Allah. Tapi, tak semua pasangan suami isteri yang dikurniakan rezeki anak seawal usia perkahwinan. Ada yang menanti setahun, ada yang menanti berpuluh tahun. Contoh paling popular dan latest sekali ialah, Dato’ CT. Hampir 11 tahun bernikah, barulah diizinkan Allah untuk hamil anak pertama mereka.

KakMah dan suami juga antara pasangan yang lewat dikurniakan zuriat. Hampir 3 tahun kami menunggu. Alhamdulillah, kini dah 2 anak kami.

Perjalanan kami bermula pada tahun 2011, dimana kami bernikah pada bulan Disember 2011. Syukur, masuk 2 bulan bernikah, KakMah disahkan hamil. Namun rezeki kami tak lama dan kandungan KakMah tak membesar seperti sepatutnya semasa KakMah check-up 11 minggu. Sebelum tu KakMah alami discharged dan tak lama lepas tu KakMah spotting (keluar darah tapi tak banyak). Semasa scan, doktor mendapati kandungan KakMah tak seperti 11 minggu, ukurannya seperti baru 8 minggu dan heartbeat tiada lagi. Maka, doktor diagnosed as miscarriage (gugur).

KakMah sebenarnya dikenalkan dengan Shaklee sejak tahun 2012 lagi. Namun rezeki Allah, alhamdulillah, tahun 2014 baru KakMah disahkan hamil sekali lagi.

Sepanjang 2 tahun amalkan Shaklee tu sebenarnya, KakMah culas amalkan supplement. Bila ingat, makan. Bila tak ingat, abaikan je. Rasa macam, tak penting pun supplement tu dan tak effect apa pun. Masa tu fikir, “Ish, anak ni kan kuasa Allah, macam mana lak vitamin ni boleh buat kita pregnant”. Sampai begitu sekali KakMah fikir sebab jahil sangat tentang nutrisi, supplement. Dan tak faham bahawa ini juga salah satu ikhtiar. Kalau kita ikhtiar, perlulah buat dengan bersungguh.

Sampailah di ketika kami disarankan untuk buat check up dan berjumpa dengan pakar. Sebelum rujuk doktor, kami buat ujian itu ini. Bila dah dapat keputusan, kesudahannya, pakar kata cuba amalkan vitamin dulu dalam masa beberapa bulan. Dan beliau explain macam mana vitamin ni boleh bantu menyuburkan lagi kami berdua. Beliau kata, in shaa Allah, kalau cukup vitamin, telur matang dan sihat, kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi. Kalau tak boleh juga, baru ikhtiar cara lain dimana memakan kos yang agak mahal. Syukur sangat sebab doktor tak terus minta kami buat rawatan IVF, IUI. Rawatan ni sememangnya sangat mahal.

Kami tergamam bila doktor terangkan dan cadangkan begitu.

Sejak dari tu, memang kami berdua consistent. Setiap hari makan supplement. Disamping berdoa, zikir, memperbanyakkan sedekah. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Selepas 2,3 bulan benar-benar consistent tu, dengan izin Allah, KakMah disahkan hamil sekali lagi.

Kami sangat rasa bersyukur masa tu. Barulah kami yakin bila nutrisi dalam badan kita ni mencukupi, badan sihat, in shaa Allah, dengan izin Allah, adalah rezeki anak tu. Barulah kami percaya bagaimana nutrisi ni boleh effect kesihatan badan kita. Dan sejak itulah KakMah nekad nak berkongsi dengan orang lain. Alhamdulillah, sampai sekarang kami masih amalkan supplement. KakMah memang tak pernah tinggal, sebab sekarang masih menyusukan anak. Dan in shaa Allah, even dah wean off nanti pun, nak continue juga.

Sahabat semua yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, saranan KakMah…
1/ Buat pemeriksaan. Ketahui apa masalah sebenar.
2/ Jika tiada masalah, amalkan supplement dengan consistent.
3/ Doa, zikir, sedekah, tawakal – wajib buat dengan consistent.

Oh ya. KakMah amalkan ESP, b complex, gla complex, basic supplements semasa ttc. Husband amalkan vitamin E dan zinc (now takde, boleh ganti dengan CoQ-trol).

Jika anda ingin mendapatkan supplement Shaklee, boleh hubungi KakMah yang mempunyai pengalaman ttc selama 3 tahun. In Shaa Allah, KakMah akan berkongsikan ilmu dengan anda, sebanyak mana yang KakMah tahu dan alami.

Semoga anda juga dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini. Ameen.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *