Kesihatan Jantung,  Panduan Kesihatan

Makanan Kaya Omega-3

Omega-3 merupakan asid lemak yang diperlukan untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik. Pelbagai kajian telah dilakukan dan antara kajian membuktikan bahawa Omega-3 dapat membantu mengurangkan keradangan. Dan sekaligus, ini juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit yang disebabkan oleh proses keradangan seperti penyakit jantung dan athritis. Omega-3 boleh didapati melalui makanan semulajadi atau pun supplements.

Kami ingin berkongsi dengan anda apakah makanan semulajadi yang kaya dengan Omega-3.

WALNUT
⚘ kaya dengan alpha-linolenic acid (ALA) yang merupakan 1 daripada 3 asid lemak Omega-3

TELUR BER-GRED TINGGI
⚘ telur yang mempunyai gred tinggi mempunyai warna telur kuning yang lebih pekat dari biasa
⚘ Omega-3 terdapat di dalam telur kuning, bukan pada telur putih

IKAN
⚘ ikan air sejuk mempunyai kepekatan DHA dan EPA yang tinggi
⚘ contoh ikan adalah seperti salmon, tuna, sardin, dan banyak lagi
⚘ kajian menunjukkan bahawa DHA dan EPA mengurangkan triglycerides yang boleh menyebabkan arteri tersekat (risiko penyakit jantung)

KEKACANG
⚘ kaya dengan ALA, dan boleh juga menyumbang kepada EPA dan DHA
⚘ contoh seperti kacang soya hijau, pinto, kidney beans

SUSU YANG DIPERKAYA
⚘ merupakan makanan sampingan yang diperlukan kanak-kanak sekiranya mereka tidak gemarkan ikan
⚘ membantu mempertingkatkan daya ingatan kanak-kanak

PILIHAN MINYAK YANG SIHAT
⚘ pilih minyak yang mempunyai kandungan Omega-3 yang tinggi
⚘ minyak canola, kacang soya, atau walnut adalah antara pilihan terbaik
⚘ gunakan dengan cara yang betul kerana minyak tetap mempunyai kalori

SAYURAN HIJAU
⚘ sayur-sayuran hijau kaya dengan kandungan ALA

RUMPAI LAUT
⚘ kandungan Omega-3 yang terdapat dalam ikan air sejuk juga terdapat di dalam rumpai laut dan algae

ROTI, BIJIRIN
⚘ kebanyakan roti dan bijirin di pasaran sekarang juga terdapat Omega-3

FLAXSEED
⚘ mempunyai kandungan Omega-3 ALA yang tinggi

MAKANAN SOYA
⚘ tofu, miso, tempeh, susu soya, edamame adalah antara makanan berasaskan soya yang tinggi kandungan Omega-3

SUPPLEMENT OMEGA-3
⚘ ramai yang tidak mendapat khasiat Omega-3 daripada makanan semulajadi
⚘ pengambilan supplement yang tinggi Omega-3 adalah merupakan salah satu inisiatif yang perlu diambil untuk memenuhi keperluan nutrisi Omega-3 dalam badan

Oleh itu, jom sama-sama kita amalkan pemakanan sihat agar kita juga mendapat kebaikan Omega-3. Sekiranya anda merasakan bahawa sukar untuk mendapatkan makanan yang tinggi kandungan Omega-3, supplement adalah jalan penyelesaian untuk anda!

Hubungi kami untuk FREE consultation!

———————————————————
msg/whatsapp: 0196972866
———————————————————

**Disclaimer**

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *