Breastfeeding,  Diet,  Ibu Hamil,  Ibu Menyusu,  Kehamilan,  Kesihatan Jantung,  Omega Guard,  Panduan Kesihatan

Khasiat Omega 3 Untuk Kesihatan

Salah satu nutrisi yang kita perlukan seharian adalah Omega 3. Omega 3 adalah asid lemak yang anda tak boleh abaikan dalam diet harian anda. Ianya memberikan banyak manfaat kepada tahap kesihatan kita, tidak kira peringkat umur atau jantina.

Semestinya, kita boleh dapatkan khasiat Omega 3 ini daripada pemakanan harian. Terdapat beberapa jenis ikan yang kaya dengan khasiat EPA, DHA seperti Ikan Bilis, Ikan Sardin, Tuna, Ikan Tenggiri, Salmon. Cuma, kita perlu pastikan cara penyediaan makanan ini masih mengekalkan khasiat ikan itu sendiri.

Kenapa Omega 3 dikatakan asid lemak yang sangat penting untuk kesihatan?

Jantung yang Sihat

Omega 3 dapat membantu mengurangkan masalah keradangan. Masalah jantung boleh disebabkan oleh keradangan yang merosakkan saluran darah. Dengan pengambilan Omega 3 secara consistent, ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Otak yang Sihat dan Bijak

Otak kita terdiri daripada 60% lemak, begitu juga dengan sistem saraf kita. Berdasarkan kajian yang dilakukan, khasiat EPA dan DHA dapat memberikan kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran, serta perhatian.

Sendi yang Kuat

EPA dan DHA dapat mengurangkan keradangan dengan membantu mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan masalah sakit sendi. Ia juga dapat membantu mengekalkan ketumpatan mineral tulang, menggalakkan pergerakan sendi.

Kehamilan yang Sihat

Omega 3 adalah salah satu nutrisi yang sangat penting untuk diamalkan sejak dari kehamilan sehingga ke tempoh penyusuan susu ibu. Ia dapat menyokong perkembangan otak dan fungsi sistem imunisasi. Ia juga membantu perkembangan penglihatan yang sihat untuk bayi. Sangat penting untuk ibu hamil amalkan terutama selepas bersalin kerana ianya membantu mengawal emosi yang stabil selepas bersalin.

Menyokong Kesihatan Kulit

Penurunan Berat Badan

Omega 3 membantu merangsang enzim yang berperanan dalam menyingkirkan lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk penghasilan tenaga. Oleh itu, pengambilan supplement minyak ikan adalah salah satu alternatif terbaik dan efektif untuk membantu menurunkan berat badan.

Meningkatkan Sistem Imun

Menstabilkan Hormon

 

Omega 3 tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Oleh itu adalah penting untuk kita dapatkannya samada melalui pemakanan atau supplement. Seorang yang sihat memerlukan sekurang-kurangnya 1,000-2,000 mg khasiat minyak ikan sehari.

Shaklee mempunyai Omega Guard yang dapat memberikan khasiat minyak ikan yang anda perlukan setiap hari.

Hubungi KakMah untuk mendapatkan Omega Guard anda sekarang. Sebotol hanya berharga RM136.25 sahaja.

Untuk lebih penjimatan sehingga 10-20%, anda boleh menghubungi KakMah untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Yuran pendaftaran hanyalah RM75 sahaja.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *