B-Complex,  Keletihan,  Kesihatan,  Kesihatan Jantung,  Pengambilan Supplement,  Tips

Kesan Kekurangan Vitamin B

Vitamin B ada pelbagai jenis. B12, B6, B7, dan pelbagai lagi vitamin B. Asid folic yang ibu hamil kena makan tu pun adalah salah satu vitamin B tau. Kita sebenarnya amat memerlukan vitamin B dalam kehidupan seharian. Kekurangan vitamin B boleh mengakibatkan beberapa masalah atau kesan pada kita. Nak tahu apa?

kesan-kekurangan-vitamin-b-shaklee

  • B12

    • Anda mudah berasa letih, lemah, mengalami masalah sembelit, atau tertekan.
    • Kerang dan hati lembu adalah antara sumber makanan tinggi dengan vitamin B12.
  • B6

    • Sistem imun anda lemah, maka anda kerap atau mudah untuk tidak berasa sihat.
    • Anda mudah tertekan atau keliru.
    • Bibir mudah kering.
    • Antara sumber makanan yang tinggi dengan vitamin B6 ialah kacang kuda, hati lembu, dan tuna.
  • B1 (Thiamin)

    • Anda mudah rasa lemah, keletihan.
    • Anda juga boleh mengalami “brain damage“.
    • Kekurangan B1 juga boleh menyebabkan masalah psikosis (gangguan mental yang teruk dimana pemikiran dan emosi terjejas, tidak dapat berhubung dengan dunia luar).
    • Sumber makanan yang tinggi dengan vitamin B1 ialah trout, kacang hitam.
  • B2 (Riboflavin)

    • Kekurangan B2 boleh menyebabkan masalah pada hati dan saraf.
    • Hati lembu adalah sumber makanan utama yang kaya dengan riboflavin. Selain itu susu, yogurt, dan daging lembu sendiri boleh juga diambil sebagai alternatif.
  • B3 (Niacin)

    • Vitamin B3 yang mencukupi membantu sistem penghadaman, kulit, saraf berfungsi dengan baik.
    • Niacin juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga
    • Makanan semulajadi yang boleh diambil ialah susu, telur, beras, dan ikan.
  • B7 (Biotin)

    • Kekurangan Biotin boleh menyebabkan masalah ruam kulit, rambut gugur, kolesterol tinggi, dan masalah jantung.
    • Antara makanan semulajadi yang boleh diambil ialah kobis, salmon, lobak merah, pisang, tepung soya, bijirin, dan yis.
  • Asid Folic

    • Vitamin B yang sangat penting terutama untuk ibu hamil.
    • Pengambilan asid folic yang mencukupi boleh mengelakkan daripada kecacatan kelahiran. Ia juga bantu pembentukan tulang belakang bayi yang baik.
    • Anda boleh makan bayam, kacang hitam sebagai sumber asid folic semulajadi anda.

Shaklee ada ke supplement yang lengkap dengan segala vitamin B yang diperlukan ni? Mestilah ada. Shaklee ada B-Complex yang lengkap dengan semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan.

Harga? Hanya RM58.75. Satu botol boleh tahan sehingga ke 4 bulan maksimum. Murah ke murah?

Untuk order dan dapatkan supplement Shaklee anda, boleh hubungi KakMah.

*Disclaimer*

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *