B-Complex,  CoQ-trol Plus,  CoQHealth Plus,  GLA Complex,  Kehamilan,  Kesihatan Wanita,  Kesuburan,  Set Kesuburan,  Testimoni Set Kesuburan,  Testimoni Set Shaklee,  Vita-E Complex,  Vitamin,  Zinc Plus

Kenal Shaklee Sebab Ikhtiar TTC

Setiap orang menginginkan zuriat selepas mendirikan rumahtangga dengan pasangan. Setuju? Walaupun ada pasangan yang “merancang”, namun pastinya keinginan untuk mendapatkan zuriat itu tetap ada. Sebab memang dah lumrah berpasangan, berumahtangga, kehadiran zuriat adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Namun begitu, bukan semua pasangan diizinkan Allah untuk memperoleh zuriat dalam waktu yang singkat selepas berkahwin. Ada yang perlu menanti setahun, 5 tahun, 10 tahun, lebih 20 tahun pun ada juga. Allah mengizinkan sesuatu itu apabila Allah tahu kita telah pun bersedia untuk menerimanya. Tapi, tidaklah bermaksud, kita perlu duduk sahaja dan tunggu kan. Perlulah sentiasa berusaha dan jangan pernah putus asa dengan keajaiban Allah.

Pernah Gugur

Pengalaman KakMah sendiri, KakMah pernah mengalami masalah keguguran semasa kehamilan pertama KakMah. Waktu itu, Allah mengizinkan KakMah untuk hamil 2-3 bulan selepas KakMah bernikah dengan suami. Namun, rezeki kami sebenarnya bukan di waktu itu. Allah pinjamkan “nyawa” itu sebentar sahaja di dalam rahim KakMah, iaitu sehingga 11 minggu.

Nak kata tak jaga kandungan, KakMah jaga diri dengan baik. Tak ada pun buat kerja lasak atau makan makanan “tajam”. Cuma, mungkin asbab KakMah tak menjaga pengambilan nutrisi lengkap, kandungan KakMah tak survived. Sebab, KakMah jenis memilih makanan. Suka sangat dengan “junk” food. Wallahu’alam.

Namun, KakMah redha dan terima seadanya. Suami dan keluarga juga banyak memberi sokongan, dorongan, kata-kata semangat.

Sahabat Baik Beri Nasihat

Semasa KakMah “berpantang” selepas menjalani proses DnC, sahabat baik KakMah datang ziarah. Beliau satu-satunya sahabat yang datang bersama dengan seorang lagi kawan (kami panggil KakZah, dan beliau dah kembali ke Rahmatullah). Sungguhpun sahabat KakMah ni tahu akan kesedihan KakMah lalui, namun beliau banyak memberi sokongan.

Bila dah masuk kerja pun, beliau berikan nasihat. Apa yang beliau pernah buat semasa usaha untuk hamil dulu. Antara nasihat beliau ialah sentiasa bersedekah di masjid/surau setiap hari Jumaat, bersedekah ke rumah kebajikan (samada pusat tahfiz atau anak yatim), mendoakan orang lain, makan makanan sihat.

Bermulalah Pengenalan Kepada Supplement Shaklee

Sahabat KakMah juga memberi pandangan dan cadangan, untuk KakMah ikhtiar dengan mengamalkan supplement. Beliau berkongsikan banyak testimoni dari pengguna yang berjaya hamil selepas mengamalkan supplement Shaklee. Setelah berbincang sedalamnya dengan suami, KakMah bersetuju untuk ikhtiar.

Namun, awal pengambilan KakMah kurang keyakinan. Makan pun banyak culas (banyak skip). Bila ingat, makan. Bila tak ingat, abaikan je. Lebih 2 tahun sia-sia begitu sahaja sebab KakMah tak amalkan dengan cara yang betul dan tiada keyakinan. Namun, tetap continue makan dan berdoa pada Allah.

Berjumpa Pakar

Sehinggalah kami berjumpa dengan pakar.

Kami nekad untuk amalkan supplement Shaklee dengan consistent, tanpa miss walau 1 hari pun. Kami berdoa,

Ya Allah, moga dengan asbab aku dan suami mengamalkan supplement Shaklee ini dan berdoa kepada-Mu, Kau makbulkanlah doa kami dan Kau kurniakanlah kami zuriat yang soleh/solehah. Ameen.

Alhamdulillah, sesungguhnya, Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya.

Selepas hampir 2 bulan kami benar-benar consistent, KakMah disahkan hamil sekali lagi.

Kehamilan Berjalan Lancar

Alhamdulillah, kehamilan waktu itu berjalan dengan lancar. KakMah meneruskan pengambilan supplement Shaklee sepanjang kehamilan. Semuanya berjalan dengan lancar. Pemeriksaan kesihatan dan kehamilan juga tiada masalah. KakMah bebas masalah anemia, GBS, GDM. Kenaikan berat badan pun cantik.

Dan Alhamdulillah, KakMah selamat melahirkan putera pertama kami pada Februari 2015.

Jika anda juga seperti KakMah, sedang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat, anda boleh cuba mengamalkan supplement Shaklee ini juga.

Konsepnya sangat mudah. Jika anda fikir anda telah bersedia untuk mendapatkan zuriat, anda perlu pastikan kesihatan badan anda juga sihat sepenuhnya. Nutrisi lengkap untuk memastikan bukan sahaja diri anda sihat, tetapi juga bakal zuriat di dalam kandungan anda nanti.

Jangan ambil mudah akan kepentingan pengambilan supplement semasa anda ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Kerana, apabila tubuh badan anda dan pasangan sihat, in shaa Allah, janin di dalam rahim isteri juga sihat dan membesar dengan baik sehingga ke saat dilahirkan.

Supplement Untuk Isteri

  • GLA Complex membantu untuk menstabilkan hormon. Jika anda mengalami masalah period tidak stabil, GLA dapat membantu menstabilkan semula kitaran period anda dan ini membolehkan anda untuk “tahu” bilakah waktu subur anda.
  • B-Complex lengkap dengan asid folic yang sangat diperlukan oleh wanita yang sedang ikhtiar untuk hamil. Asid folic diperlukan 3 bulan sebelum merancang kehamilan untuk mengelak daripada bayi mengalami kecacatan kelahiran yang teruk seperti neural tube defects. Ini kerana asid folic sangat penting untuk pertumbuhan saraf tunjang dan otak janin. B-Complex juga dapat membantu mengurangkan stress.

Supplement Untuk Suami

  • Vita-E Complex mengandungi vitamin E yang dapat membantu menyokong pengeluaran sperma serta mencegah daripada kerosakan atau kecacatan sperma.
  • Zinc Plus lengkap dengan khasiat Zinc yang diperlukan untuk membantu memberi kekuatan kepada sperma serta membantu pengeluaran sperma yang berkualiti.

Supplement Tambahan Untuk Suami + Isteri

  • CoQ-Trol Plus boleh diamalkan oleh suami dan isteri. Setiap orang mengandungi coenzyme Q10 dalam badan yang bertanggungjawab untuk memberikan tenaga kepada sel. Namun, seperti collagen, apabila usia kita semakin meningkat, coenzyme ini semakin berkurangan dan ini boleh melemahkan sel dalaman kita. Pengambilan CoQ-Trol Plus oleh suami isteri dapat membantu meningkatkan kebarangkalian untuk hamil kerana ovum dan sperma sihat dan kuat.

Berminat untuk mendapatkan supplement Shaklee ini?

Hubungi KakMah segera. Pengalaman selama hampir 3 tahun ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. In Shaa Allah, KakMah boleh membantu memberikan nasihat dan pandangan kepada anda. Semoga anda juga diizinkan Allah untuk hamil dan melahirkan zuriat anda kelak. Ameen.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *