Ibu Hamil,  Kehamilan

Kehamilan: Ambil Tahu Fakta dan Mitos

Kita sebagai seorang insan ni tak pernah berhenti belajar. Masa kecil belajar meniarap, merangkak, berjalan, berlari, melompat. Bila dah besar, belajar tentang sains, fizik, alami, agama, macam-macam lagi. Memang kehidupan kita ini sentiasa belajar. Even dah tua pun tetap belajar. Setuju?

Begitu juga dengan wanita yang ingin hamil, sedang hamil, dah bersalin, menyusukan anak. Setiap dari mereka ni perlu belajar supaya mereka lebih faham dan dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. So, hari ni KakMah nak share tentang fakta dan mitos tentang kehamilan. Bukan senang untuk hamil, bukan mudah untuk jadi seorang ibu. Fakta dan mitos ni pun penting untuk ibu tahu supaya tak terikut sangat dengan trend, benda yang tular di media sosial nya. Kaji dulu, fahami dulu.

 

“Eh. Makan lah lebih sikit. Kan pregnant tu. Baby dalam perut nak makan juga.”

Mitos: Bila seorang ibu hamil, jumlah pemakanannya meningkat 2 kali ganda sebab kena makan untuk bayi dalam kandungan juga.

Fakta: Keperluan tenaga yang diperlukan daripada pemakanan sihat dan seimbang hanya meningkat kira-kira 300 kalori sahaja sehari apabila masuk trimester kedua dan terakhir.

“Banyak sangat naik berat tu. Cuba control sikit makan terutama dah nak bersalin ni.”

Mitos: Proses bersalin adalah lebih mudah bila berat badan semakin berkurangan semasa hamil.

Fakta: Ibu yang tidak ada penambahan berat badan semasa hamil berisiko mengalami komplikasi kelahiran pra-matang, dan juga boleh menyebabkan masalah jantung dan paru-paru. Sebab, ibu perlukan berat ideal untuk tampung pembesaran bayi dalam kandungan.

“Abang, sayang mengidam buah naga lah. Sayang nak makan kari kambing.”

Mitos: Ibu hamil mengidam sesuatu yang badannya perlukan.

Fakta: Ibu hamil sebenarnya boleh mengidam apa pun. Tak menunjukkan apa-apa petanda yang keperluan badan perlukan.

“Kesian sebab selalu loya, muntah-muntah. Teruk juga alahan kali ni.”

Mitos: Ibu hamil yang sihat tidak mengalami alahan.

Fakta: Alahan ibu hamil sebenarnya adalah sesuatu yang normal. Namun ianya boleh dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, minum air yang banyak, dan mengurangkan pengambilan gula.

“Makan benda berkhasiat. Kurangkan makanan berlemak. Barulah berat naik dengan baik.”

Mitos: Tiada masalah penambahan lemak jika mencapai berat badan ideal semasa hamil.

Fakta: Kehamilan yang sihat adalah termasuk dengan fat storage. Ibu hamil memerlukan lebihan lemak untuk proses bersalin dan menyusukan anak.

 

Dah faham sekarang? Hehe. Kesimpulannya, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat. Jangan makan berlebihan. Dan pastikan nutrisi yang diperlukan dalam badan seorang ibu hamil mencukupi. Jangan abaikan supplement / vitamin yang doktor berikan atau yang anda beli sendiri. Boleh cuba supplement Shaklee untuk bantu memberikan nutrisi mencukupi untuk kehamilan anda.

Set Kehamilan Lengkap

Hubungi KakMah untuk mendapatkan supplement anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *