Diabetes,  Diet,  Ibu Hamil,  Kehamilan,  Panduan Kesihatan,  Tips

Info tentang Diabetes (Gula Dalam Darah Tinggi)

Fakta terbaru berkenaan dengan masalah diabetes pada tahun 2017 ini adalah, seramai 3.6 juta rakyat Malaysia dianggarkan menghidapi masalah diabetes. Ini adalah kira-kira 10% daripada jumlah penduduk rakyat di Malaysia ini. Boleh dikatakan suatu nombor yang besar kan? Sebab itu, kita perlu jaga tahap kesihatan kita sewaktu masih sihat lagi. Jangan tunggu dah sakit, baru nak berpada. Jom kita tambahkan sedikit info berkenaan dengan diabetes atau juga dikenali sebagai kencing manis.

Diabetes merujuk kepada pesakit yang mempunyai kadar bacaan gula yang tinggi di dalam darah.

Ada 3 sebab kenapa seseorang boleh menghidap masalah diabetes.

  • berkemungkinan kerana pengeluaran insulin di dalam badannya tidak mencukupi
  • berkemungkinan kerana sel-sel di dalam badan yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin
  • berkemungkinan disebabkan oleh kedua-dua sebab di atas

Ada 3 simptom utama pesakit diabetes

  • kerap membuang air kecil (polyuria)
  • kerap rasa dahaga (polydipsia)
  • kerap rasa lapar (polyphagia)

 

Tahukah anda, terdapat 3 jenis diabetes. Seringkali, diabetes yang ketiga, adalah yang sering dialami oleh kaum Wanita.

Type 1 Diabetes

  • 10% di kalangan pesakit diabetes dikategorikan dalam Type 1 Diabetes.
  • Sering terjadi di peringkat remaja atau dewasa, sebelum menginjak usia 40-an.
  • Ia merupakan keadaan dimana badan tidak dapat menghasilkan insulin.
  • Pesakit ini perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya. Oleh itu, pesakit perlu mengawal dan memastikan tahap glukosa mereka tidak tinggi dengan menjalankan ujian darah secara berkala (tetap). Mereka juga perlu mengikut diet yang khas.

Type 2 Diabetes

  • 90% di kalangan pesakit diabetes dikategorikan dalam Type 2 Diabetes.
  • Ia merupakan keadaan dimana badan tidak lagi dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk fungsi yang sepatutnya.
  • Sel-sel di dalam badan pesakit jenis diabetes ini juga tidak bertindak balas terhadap insulin.
  • Mereka yang berisiko menghadapi jenis diabetes ini ialah:
    • mereka yang mengalami maslaah obesiti
    • mereka yang mempunyai visceral fat, belly fat
    • mereka yang semakin meningkat usia
    • mereka yang tidak/kurang aktif
    • mereka yang mempunyai saudara terdekat yang mengalami jenis diabetes yang sama
    • lelaki yang mempunyai tahap testosterone yang rendah

Gestational Diabetes

  • Sering terjadi di kalangan wanita hamil.
  • Sesetengah wanita hamil mempunyai tahap glukosa yang tinggi dan badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menghantar kesemua glukosa ke dalam sel.
  • 10-20% wanita hamil yang mengalami masalah diabetes ini perlu mengamalkan ubat-ubatan dan pemakanan sihat untuk mengawal kadar gula dalam darah mereka.
  • Tahap diabetes yang tinggi dikalangan wanita hamil boleh memberi komplikasi semasa bersalin dan memberi kesan kepada bayi terutama berat mereka.
  • Wanita yang ingin hamil, perlu mulakan diet yang sihat agar mereka mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami masalah ini.

 

Pastikan anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda lagi. Jauhi benda-benda manis, pengambilan gula yang banyak, air ber-gas. Amalkan diet sihat agar anda terhindar daripada risiko diabetes. Juga, amalkan kehidupan yang aktif. Lakukan senaman ringan setiap hari agar badan lebih sihat dan cergas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *