Harapan Tahun Baru 2018

Kejap sangat dah masuk tahun baru. Rasanya banyak sangat lagi azam 2017 belum tercapai. Tapi, live must go on. Kan? Kena stay positif dan stay focus untuk 2018. Semoga membawa sinar baru untuk kita semua. Tahu tak sebenarnya KakMah banyak follow orang-orang hebat. Tak semestinya dalam bisnes Shaklee tapi juga dalam bidang-bidang lain. Suka baca penulisan mereka, cerita mereka, perkongsian mereka.

Kadang-kadang jeles pun ada gak tau. Hehe. Tapi take it as a positive way. Jeles ni boleh jadi inspirasi untuk lebih berjaya, bukan untuk down kan kita. Kenapa mereka boleh, tapi KakMah tak boleh? Apa beza KakMah dengan mereka? Kita sama-sama manusia ciptaan Allah kan? Bezanya kecekalan, kerajinan, usaha. Siapa usaha lebih, pasti dia dapat lebih juga. Fitrah manusia dan perjalanan hidup kan gitu.

KakMah harap sangat 2018 ni, KakMah nak lebih berjaya, build up bisnes shaklee KakMah, empayar bisnes KakMah. Semoga #teamWeGF semakin dikenali dan dapat memberikan inspirasi pada orang lain. Sepertimana group Shaklee lain seperti iReach, Supermom, OSF, TTDB (ni semua group upline KakMah), in shaa Allah, satu hari nanti WeGF juga mampu melonjak nama naik seperti yang lain.

KakMah nak jadi wanita yang masih bekerja, tapi masih mampu jana income lumayan dalam bisnes Shaklee. Seorang yang kerjanya 9 jam sehari, balik ada 2 orang anak yang perlukan perhatian, tapi masih boleh menjana pendapatan lumayan dengan bisnes Shaklee dan berjaya seperti orang lain.

Paling penting, KakMah nak jadi muslimah terbaik di sisi Allah. Bisnes, bisnes juga. Hubungan dengan Allah (business partner kita), sama-sama kita perbaiki dan jaga. Sebab Allah yang beri kita rezeki. Allah jua yang memudahkan perjalanan hidup kita.

Jika anda ingin join team KakMah, boleh hubungi KakMah. Anda perlu ada matlamat yang jelas, rajin berusaha, tidak mudah putus asa, dan mampu memecahkan tembok anda sekarang (comfort zone). Jom kita jana income lebih lumayan dengan Shaklee.

8 comments

Leave a Reply