Migraine,  Panduan Kesihatan

FAQ tentang Migraine (Sakit Kepala)

Migraine atau sakit kepala (Bahasa Melayu nya) merupakan salah satu penyakit yang seringkali terjadi di kalangan kita.. kami ingin share dengan anda, apakah FAQ (atau persoalan) yang sering diajukan tentang migraine..
Sesetengah orang akan melihat seakan “aura” of flashing lights atau spots sebelum atau semasa migraine. Aura tersebut juga seakan titik buta, perubahan dalam penglihatan, atau melihat garis yang berombak/bergerigi. Aura hanyalah sesuatu yang visual, namun begitu boleh juga memberi kesan kepada deria yang lain seperti pendengaran, rasa, bau, sentuhan. Lebih kurang 15 – 20% pesakit migraine akan melihat aura disamping merasa sakit kepala, dan ia terjadi selama 15 minit hingga ke sejam.
Q: Adakah migraine hanya terjadi pada satu bahagian sahaja?
A: Ya
Berlainan dengan sakit kepala biasa, migraine biasanya menyerang hanya pada satu bahagian kepala sahaja namun ia tidak tetap. Ia boleh terjadi berubah ke satu bahagian yang lain. Sakitnya dirasakan seperti berdenyut-denyut. Sakit migraine biasanya terjadi selama 4 jam atau lebih.
Q: Makanan apakah yang akan mencetuskan migraine?
A: Makanan yang mempunyai bahan semulajadi seperti tyramine boleh trigger migraine. Contoh seperti cheese, pisang, yogurt, fresh-baked breads, daging yang diproses, buah-buahan kering. Elakkan dari makan caffeine, chocolate, MSG, perasa tiruan.
Q: Berapa lama masa diambil untuk sakit migraine terjadi?
A: 1 hingga 2 jam
Sesetengah orang akan mengalami symptom migraine sehari atau dua hari sebelum terkena migraine. Antara symptom awal ialah sensitif pada cahaya, suara, bau, dan juga perubahan mood.
Q: Bolehkah mengurangkan migraine dengan pengambilan ubat/supplement seharian?
A: Ya
✬ Beta-blockers
✬ Anti-seizure medicine
✬ Antidepressants
✬ Calcium channel blocker
Q: Kondisi yang bagaimana akan diberikan ubat untuk mengurankan migraine?
A: 
✬ Mengalami 2 kali atau lebih migraine dalam sebulan
✬ Migraine anda dialami lebih daripada 24 jam
✬ Migraine anda mengganggu kehidupan seharian anda lebih dari sehari
✬ Anda kerap mengambil ubatan untuk kurangkan migraine lebih dari 2 kali seminggu
✬ Ubat yang anda biasa amalkan tidak lagi memberikan kesan
Q: Apa yang boleh merangsang migraine?
A:
✬ Bau-bauan yang kuat
✬ Perubahan hormone
✬ Lampu atau cahaya yang terlalu terang
✬ Stress atau terlalu penat
✬ Terlebih atau kurang tidur
✬ Pengambilan ubat-ubatan
✬ Perubahan cuaca
✬ Pengambilan makanan yang terlalu sejuk seperti ice cream
✬ Pengambilan makanan tertentu
Q: Adakah migraine disebabkan keturunan?
A: Ya
4 daripada 5 orang yang mengalami migraine mempunyai ahli keluarga yang juga menghidap migraine. Sekiranya ibu atau ayah anda menghidap migraine, 50% kemungkinan anda menghidap migraine sangat tinggi. 75% kemungkinan sekiranya kedua-dua ibu dan ayah anda menghipap migraine.
❀ Kajian menunjukkan bahawa biofeedback dan behavioral therapy boleh membantu mencegah migraine. Pengambilan riboflavin (vitamin B2) sebagai supplement anda juga boleh mengurangkan masalah migraine yang dihadapi. 
❀ Yoga, acupuncture, tai chi, berurut, boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan migraine. 
Semoga panduan kami kali ini membantu anda.. Sekiranya anda mempunyai symptom-symptom awal tersebut, berjumpalah dengan doktor dan dapatkan nasihat dari mereka. Atau, anda juga boleh menghubungi kami untuk dapatkan supplement yang juga boleh membantu anda.. in shaa ALLAH..
Jom like FB Page kami!
Feel Free to SHARE | LIKE | TAG Supplement4all
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *