Kekeluargaan,  Kisah Seorang Ibu,  Pembesaran Anak-Anak,  Shaklee Baby Set

Demam Cepat Kebah dengan Shaklee Baby Oil

Baru-baru ni, anak-anak KakMah tiba-tiba je demam. Bila dah nak subuh, baru perasan dia demam. Badan memang panas sangat, rasa ada kot suhu 38°C ke atas. Mula-mula Aisy demam, selang 2 hari Ayra pula. Mujur tak serentak. Hari bekerja pula tu, memang risaunya lah hati. Alhamdulillah, panas badan mereka tu kejap aje. Bila siang, mereka semakin aktif dan demam kebah.

CERITA AISY

Malam sebelum tidur, Aisy ok je. Tak menunjukkan tanda-tanda nak demam pun sebab dia aktif macam biasa. Dalam pukul 4 pagi, KakMah terjaga dan rasa kepala dia panas sangat. Hari tu sebenarnya KakMah nak hantar Ayah ke IJN untuk routine check up. So, lepas dah hantar En Suami ke station bas, KakMah terus ajak Aisy mandi sebab rasa badan dia still panas walaupun lepas sejam makan ubat. Aisy pun sekarang ni ok je ajak mandi, sejak guna set mandian Shaklee Baby. Lepas mandi, KakMah sapukan Baby Oil pada badan dia dan kepala dia terutamanya. Sambil-sambil baca Al-Fatihah dan doa semoga demam nya cepat kebah.

Alhamdulillah, masa on the way ke IJN, demamnya kebah dah. Dan Aisy sangat behave masa kat IJN. Langsung tak meragam. KakMah siap bawa Baby Oil tu ke IJN, just in case kalau badan dia panas lagi. Tapi syukur, tak perlu pakai dah. KakMah still bagi dia ubat demam few hours later, sebab tak nak berulang. Syukur, Aisy ok sangat.

CERITA AYRA

Cerita Ayra lebih kurang sama dengan Aisy. Jam 4 pagi, dia tersedar nak minum susu. Bila peluk dia, rasa bahang kat badan dia, kepala dia. KakMah bagi dia minum susu dulu, lepas tu KakMah kejutkan suami untuk ambilkan ubat demam. Nasib baiklah anak-anak ni dah ok bila bab bagi ubat ni. Kalau tak, memang bersilat jadinya. Hehe. Lepas dah bagi ubat, Ayra nak abahnya dukung dia. KakMah terus minta tolong En Suami sapukan Baby Oil kat badan dan kepala dia. Lepas tu pujuk, bagi minum susu, dan dia tidur balik. Time ni memang dah buka baju Ayra biar haba dalam badan keluar.

Lepas subuh, bila rasa badan Ayra, still rasa dedar lagi kat badan dia. KakMah sapu sikit lagi Baby Oil tu kat belakang badan dia. Alhamdulillah, tak lama lepas tu, kebah dah demam Ayra. Masa angkat Ayra nak masuk kereta, memang berpeluh badan dia. Kat rumah pengasuh pun, bila ditanya, Ayra tak demam pun. Syukur sangat.

KENAPA BABY OIL?

Baby Oil Shaklee dihasilkan daripada chamomile, lavender, dan rosemary yang digunakan sejak turun temurun untuk membantu menurunkan suhu badan dan mengurangkan ketidakselesaan kerana demam.

Selain daripada Baby Oil, Shaklee Baby juga lengkap dengan Gel Mandian serta Lotion. Sangat wangi, jimat, dan menenangkan. Trust me, Aisy jenis susah sangat nak mandi dulu tau. Siap “gaduh, gaduh” bila nak ajak dia mandi. Sekarang ni, Aisy sendiri ajak g mandi. Ummi is suka sangat. Hahaha.

 Sebab tu lah, KakMah amat sarankan ibu bapa untuk dapatkan 1,2, atau 3 Shaklee Baby Set ni sebab sangat limited. Bila-bila masa boleh out of stock (harap-harap Shaklee continue restock product ni. ameen). Set Mandian Shaklee Baby ni sangat bersesuaian dengan babies atau kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit sensitif, eczema, atau masalah kulit lain.

Nak dapatkan product ni, boleh hubungi KakMah ya.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *