Ahli Shaklee,  Coaching,  Keahlian Shaklee,  Peluang Jana Income

Coaching dan Mentoring Bersama Upline

Untuk memulakan sesuatu bisnes, tidak kiralah samada bisnes MLM atau bisnes buka restoran sekalipun, satu perkara yang sangat penting adalah MENTOR. Tanpa mentor, pastinya kita tidak ada “guidance” atau “idola” untuk kita “follow” mereka rapat-rapat supaya kita juga turut sama boleh berjaya seperti mereka. Setuju?

Begitu juga dalam bisnes Shaklee yang KakMah ceburi ini. Sungguhpun, sekarang ini, KakMah hanya “part time” buat bisnes, tapi komitmen KakMah pada bisnes Shaklee yang disayangi ini ialah 100% okeh. Disaat KakMah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli, waktu itu tak pernah terniat pun untuk buat bisnes. Sebab dah kerja kan. Tapi bila tengok macam “best” je kawan (iaitu upline KakMah) buat, so terjebak lah juga.

Menariknya bisnes Shaklee ni ialah, bila dapat sertai “coaching” secara percuma (atau berbayar) dengan upline. Uplinelah mentor kita dalam bisnes. Merekalah yang bantu berikan strategi, semangat, tips untuk kita berjaya dalam bisnes. Penting untuk kita selalu join “coaching” dengan mentor kita. Barulah aura dan ilmu tu sentiasa refresh. Kan?

Kelas “Kenali Warna” Bersama Upline

Oktober 2018 lalu, KakMah menyertai satu kelas yang dianjurkan oleh upline KakMah, iaitu Master Coordinator Norita Idris, atau lebih mesra dipanggil sebagai Kak N. Kak N merupakan upline KakMah entah level keberapa pun tak terkira dah. Tapi masih berpeluang untuk menyertai kelas beliau. Beliau yang sungguh ramah, passionate, muslimah memang menjadi idola ramai SID.

Kelas beliau kali ini tentang mengenali prospect/customer/downline melalui warna mereka. Warna ini melambangkan personaliti mereka tau. Jadi, bila kita dah tahu apa warna mereka, mudah untuk kita “memenangi” hati mereka supaya “setia” dengan kita.

Tahu tak, jika diluar, kelas sebegini memakan beribu ringgit untuk kita sertai. Tapi dengan Kak N, kelas ini diadakan secara percuma. Siapa cepat, dapatlah seat yang sangat limited tu. Best kan?

Ini antara kenalan KakMah yang hadir. Mereka ni, bukan upline (kecuali Ibu CT yang bertudung biru gelap tu), bukan juga downline KakMah. Tapi mereka ni sideline KakMah. Ukhwah terbentuk antara kami ni sangat mengagumkan. Tidak ada di antara mereka yang lokek ilmu, walaupun kita ni bukannya dari susur galur direct mereka. Bab ni, memang KakMah bersyukur sangat dipertemukan dengan bisnes Shaklee tau.

Master Cross-Coaching Seminar 1.0

Dalam bulan yang sama juga, KakMah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh MCC, iaitu My Champion Circle. Asalnya group ini adalah gabungan daripada beberapa orang Master Coordinator yang bergabung dalam satu team, untuk lahirkan lebih ramai leaders. Mereka bukan daripada susur galur yang sama. Jauh sekali adik-beradik atau saudara, tapi kerana mereka mempunyai passion yang sangat tinggi untuk membantu lebih ramai lagi untuk berjaya, maka mereka berusaha untuk menjayakan seminar 1.0 ini.

Dalam masa beberapa jam sahaja, seat PENUH. Tak sempat committee nak announce dalam group atau war-war kan benda ni, tapi dah FULL HOUSE. Berebut orang nak join. Mujur, KakMah dapat sambar seat dengan cepat.

Seminar ini bukannya ajar tentang strategi pemasaran, tetapi menerapkan tentang amalan rohani, kepercayaan, keyakinan untuk terus berjaya dalam bisnes Shaklee ni. Pernah dengar tentang RAS? Di tempat lain, RAS ini mungkin juga diajar, tetapi menelan belanja yang sangat tinggi. Namun, MCC committee, hanya meletakkan sejumlah harga commitment yang sangat rendah. Ilmu yang KakMah dapat dalam seminar ini adalah sangat tinggi. Menangis juga lah semasa sesi diadakan.

Beberapa kali rasa sentap. Beberapa kali “dipukul” dengan perasaan sendiri. Business is not just about money, but also your spiritual. Hati kita ini yang menarik rezeki untuk sampai pada kita. Jadi, hati kena yakin, kena tetap, kena jitu matlamat.

In Shaa Allah, KakMah juga akan menghadiri MCC 2.0 pada 26 Januari ini. Sangat tak sabar tau sebab pastinya, semangat untuk menghadiri seminar ini bukanlah sekadar sebagai seorang SID, tapi merupakan seorang leader, seorang wanita yang mempunyai empayar besar untuk diterajui.


Bagaimana? Best kan?

Adakah anda juga dibelenggu masalah kewangan setiap bulan? Teringin nak ada duit sendiri dan tak mahu bergantung sepenuhnya dengan suami, walaupun suami mampu?

 

Bagaimana pula dengan pendapatan satu rumah yang hanya cukup-cukup makan? Sampai bila anda ingin sekat perbelanjaan anda? Pasti anda ingin membantu meringankan beban suami anda, juga ingin berikan kesenangan kepada anak-anak. Anda juga pasti ingin mencukupkan segala keperluan mereka. Setuju?

 

Ekonomi ada masa turun. Bila berlakunya masalah kewangan dunia, maka banyak syarikat mengambil keputusan untuk “membuang” pekerja mereka. Andai kita menjadi mangsa (nauzubulillahiminzalik), adakah kita bersedia?

 

Jangan tunggu lagi. Sertai KakMah untuk bersama-sama menjana pendapatan lumayan bersama dengan bisnes Shaklee. Bimbingan intensif akan diberikan kepada anda. Tugas anda hanya perlu berusaha dan “follow” nasihat dan bimbingan mentor. Ini bisnes kita, kita tentukan ke arah mana kita ingin bawa bisnes kita.

Yuran keahlian hanyalah RM75 sahaja.

Hubungi KakMah segera untuk mendaftarkan diri anda sebagai Pengedar Shaklee Malaysia.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *