• Perlunya Kalsium Untuk Ibu Hamil

    Kalsium merupakan salah nutrisi yang semua orang perlukan, tidak kira lelaki atau wanita. Sejak dari lahir lagi, kita memerlukan kalsium untuk membina tulang yang sihat dan kuat. Jika kalsium tidak mencukupi, mulalah rasa sakit belakang, sakit lutut, dan banyak lagi masalah lain. Begitu juga dengan seorang wanita yang sedang hamil. Ibu hamil sebenarnya sangat memerlukan kalsium. In fact, semua golongan masyarakat juga perlukan kalsium. Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi yang kuat. Ibu hamil berkongsi nutrisi dalam badan dengan bayi dalam kandungan. Zat besi, Vitamin C, Asid Folic, Protein. Dan paling penting, Kalsium. Jika nutrisi ini tidak di top-up melalui pemakanan samada dari bahan semulajadi atau supplement, badan anda mungkin tidak…

  • Pengalaman Kehamilan Anak Sulung (Potensi Baby Berat)

    Rasa terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca blog saya yang tak seberapa ni, terutama untuk bakal-bakal ibu di luar sana yang mungkin mengalami masalah atau pengalaman yang sama seperti saya. Saya nak share tentang pengalaman kehamilan anak sulung saya. Kenapa saya nak share? Sebab pada waktu ini ada beberapa pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Tahun 2014, saya disahkan hamil setelah 3 tahun menanti. Alhamdulillah, rezeki dari Allah, dan dengan izin-Nya, setelah saya dan suami mengamalkan set kesuburan secara consistent (read: tidak pernah skip walau sehari) selama 2 bulan. Mana-mana pasangan pun, terutama jika pernah mengalami pengalaman keguguran, sememangnya apabila hamil sekali lagi, akan dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Ada…

  • Promosi Cun September 2016

    Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan September. Ingat tak satu lagu tu, “Wake me up when September ends”. Hehe. Ok, takde kena mengena pun sebenarnya. Bulan ni, kita meraikan Hari Raya Aidiladha kan? Ada sesetengah negeri atau tempat, yang meraikan Aidiladha ni dengan penuh kemeriahan, sama macam Aidilfitri. Antaranya Kelantan, Terengganu. Betul tak? Time ni juga lah kita nak berketrampilan cun melecun gitu. Kan? So, ummi nak share dengan anda, promosi gempak Shaklee sepanjang bulan September ni. Sempat lagi nak membeli sebelum raya. Nak tahu produk apa menjadi pilihan bulan ni? Ta-daaa!! Haaa.. best ke best? ESP dan juga Vitamin C. Kombinasi supplement terbaik untuk kulit kita. Tak percaya?…

  • Cara Mengira 10 Pergerakan Bayi Semasa Hamil

    Tahniah atas kehamilan anda, Ibu. Mesti excited kan? Perasan tak, Ibu sudah boleh merasakan pergerakan bayi seawal 20 minggu kebiasaannya, terutama untuk first time mother. Bagi yang hamil kali kedua dan seterusnya, minggu ke 16 tu pun dah boleh rasa baby kicking. Walaupun tak kuat, tapi sesekali “melantun” perut. Hehe. Perasaan masa pertama kali rasa kicking tu, mesti ibu-ibu gembira kan? Sebab tahu ada satu lagi nyawa di dalam rahim kita. Syukur, Alhamdulillah. Apabila kandungan mencecah 34 minggu ke atas, pergerakan bayi tidak sekuat sebelum ini kerana pergerakannya terhad (bayi makin membesar, rahim sempit). Sebab itu, bila kandungan telah mencecah 30 minggu, nurse dan doktor akan suruh kita pantau pergerakan…

  • 10 Punca Penyusuan Susu Ibu Boleh Gagal

    Menjadi keinginan seorang ibu yang baru melahirkan anak, terutama anak pertama, ingin menyusukan bayinya 100% tanpa campur dengan susu formula (FM). Mungkin ramai tidak tahu, pemberian FM pada peringkat awal kelahiran bayi boleh memberi risiko kepada bayi. Sebenarnya, setiap ibu telahpun ditentukan rezeki susu untuk anaknya. Definisi banyak atau kurang, bergantung kepada pemikiran ibu itu sendiri. Secara jujur, berapa pun jumlah susu yang kita hasilkan, adalah sebenarnya mencukupi untuk keperluan anak. Oleh itu, ibu-ibu tak perlu risau dan cemas, hingga mengambil keputusan untuk memberikan FM kepada bayi. Benar, menyusukan bayi adalah tidak semudah disangka. Perlukan azam dan semangat yang kuat untuk jayakannya. Kita lihat apakah antara 10 sebab atau punca…