• Promosi Set Kulit Cantik Februari 2018

    KakMah nak update uolls tentang promosi bulan Februari 2018. Well, sepertimana semua pun mungkin dah perasan, Shaklee bakal launch skincare terbaru mereka, iaitu YOUTH Skincare. In Shaa Allah, bulan March nanti. Bersempena dengan launching tersebut, Shaklee bagi chance pada mereka yang inginkan kulit sihat, cantik, berseri, gebu, mulus untuk dapatkan supplement kecantikan supaya anda mendapat double effect terutama selepas menggunakan YOUTH nanti. Cantik dalaman dan luaran. Dapatkan 4 kotak Collagen Powder bersama dengan 1 botol Vitamin C dengan penjimatan lebih 10%. Kenapa lebih? Sebab anda juga layak untuk mendapat FREE membership dan membuat pembelian pada harga ahli (lebih murah 10-20% dari RP). Kenapa Collagen? Badan kita ni sebenarnya memang dah…

  • Selsema Berlarutan Jangan Dibiarkan

    Baru-baru ini, anak sulung KakMah, Aisy, dimasukkan ke wad kerana demam panas. Sebenarnya dah hampir sebulan lebih Aisy selsema. Dan selsemanya tak kebah mana pun. Pernah surut sebab ambil antibiotic Augmentin, tapi bertahan seminggu aje. Lepas tu, Aisy selsema semula. Selepas balik dari Ipoh, Aisy mula demam semula. Kali ni, panas sungguh badannya. Dah makan ubat demam, tapi tak kebah sangat pun. Lantas, KakMah pun bawa Aisy berjumpa panel dan minta reference letter untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Swasta. Suhu badan Aisy masa ni 39.0°C. Sampai di hospital, doktor dengar paru-paru, takde pula kahak atau abnormal yang lain. Tapi disebabkan Aisy dah pernah ambil antibiotic, doktor pun minta Aisy…

  • Ketahui Info Tentang Pneumonia

    Pernah dengar tak tentang Pneumonia? Pneumonia ialah jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan sakit. Bermula dengan batuk, demam, dan pernafasan yang sukar. Pneumonia ini biasa kita dengar terjadi di kalangan bayi, kanak-kanak. Namun dewasa juga boleh mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria ke dalam paru-paru. Kebiasaannya, kita lebih cenderung terkena jangkitan kuman ini selepas kita mengalami masalah selsema. Selsema menyebabkan diri kita sukar untuk melawan jangkitan kuman. Justeru, lebih cenderung untuk mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia juga boleh berlaku sekiranya anda juga merupakan pesakit kronik seperti asma, penyakit jantung, kanser, kencing manis. Apakah simptom Pneumonia? Batuk. Berkemungkinan batuk berkahak, yang…

  • Supplement Untuk Anak Hadapi Peperiksaan

    Pengambilan supplement bukan hanya bila datangnya sakit sahaja. Tapi sebenarnya, orang yang masih sihatlah yang memerlukan supplement untuk mencegah daripada masalah kesihatan. Orang kata, mencegah lebih baik daripada mengubati. Sebab tu, disarankan sangat untuk anak-anak yang menghadapi peperiksaan untuk menjaga kesihatan sebaiknya. Elakkan daripada demam, selsema, batuk yang mudah berjangkit dan boleh dikatakan “musim” juga, terutama waktu cuaca panas/sejuk ni. Sustained Release Vita-C Plus setiap satu biji mengandungi 500 mg vitamin C, cukup untuk keperluan seharian membantu menguatkan sistem imunisasi badan Omega Guard mengandungi Omega-3 untuk menyokong perkembangan minda juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi B-Complex lengkap dengan segala vitamin B yang diperlukan membantu menukarkan makanan kepada tenaga memantu mengawal…

  • Keputihan Semasa Hamil – Mungkin GBS

    Keputihan bukan hanya berlaku pada wanita bujang, anak dara. Keputihan juga boleh berlaku sekiranya anda sedang hamil. Seperti sebelumnya, ibu perlu perhatikan jenis keputihan yang ibu alami. Sekiranya keputihan tersebut putih, tidak likat, hanya berbau sedikit sahaja, itu dipanggil Leukorrhea, dan ia adalah normal. Sekiranya keputihan yang ibu alami adalah pekat, berwarna sedikit kehijauan atau kekuningan, berbau sangat tidak menyenangkan, ini adalah sesuatu yang tidak normal. Namun begitu, untuk setiap jenis keputihan yang ibu alami, jangan rahsiakan daripada doktor. Adalah penting untuk beritahu doktor atau jururawat yang merawat, agar rawatan atau ujian susulan boleh dilakukan. Pernah dengar tentang GBS? GBS ialah “Group B Streptococcus”, iaitu sejenis bakteria yang tinggal di…