• 15 Makanan Bantu Tingkatkan Sistem Ketahanan Badan

    Ada orang yang sangat mudah untuk jatuh sakit. Apabila terlalu penat, stress, mulalah rasa nak demam, selsema pun mula wujud. Ini mungkin merupakan salah satu simptom bahawa sistem ketahanan badan (imunisasi) anda tidak kuat. Sistem imunisasi merupakan sistem semulajadi dalam badan kita untuk melawan segala jenis bakteria, virus, kuman, parasit, yang boleh menyebabkan kita lemah dan jatuh sakit. Sistem imunisasi yang kuat membantu menjadi penghalang utama yang menghalang “penceroboh” ini daripada memasuki badan kita. Jika sistem imunisasi lemah, maka senanglah untuk berjangkit atau terkena penyakit seperti demam, selsema, batuk. Penting untuk kita menjaga tahap kesihatan kita. Kita perlukan badan yang sihat, kuat untuk meneruskan rutin harian seperti biasa. Jika kita…

  • Apa Nutrisi Diperlukan Oleh Ibu Hamil?

    Tahniah! Anda hamil. Alhamdulillah. Berita ni adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan menggembirakan untuk semua wanita yang bergelar isteri. Betul tak? Bila lambat datang haid, emosi ting tong, mudah letih, itu petanda anda mungkin hamil. Lepas tu dengan rasa teruja, anda pergi ke farmasi, beli pregnancy test kit dan buat ujian sendiri. Khennn? Ini normal untuk semua. Bukan anda je, so jangan rasa malu atau pelik. Hehe. Kehamilan memang best. Banyak manfaat seorang ibu yang sedang hamil. Berjuang selama 9 bulan 10 hari untuk memastikan bayi di dalam kandungan sihat, membesar dengan baik, dan selamat dilahirkan di dunia ini. Dan dalam tempoh kehamilan inilah si ibu perlu memastikan pemakanan sehariannya…

  • Promosi Set Kulit Cantik Februari 2018

    KakMah nak update uolls tentang promosi bulan Februari 2018. Well, sepertimana semua pun mungkin dah perasan, Shaklee bakal launch skincare terbaru mereka, iaitu YOUTH Skincare. In Shaa Allah, bulan March nanti. Bersempena dengan launching tersebut, Shaklee bagi chance pada mereka yang inginkan kulit sihat, cantik, berseri, gebu, mulus untuk dapatkan supplement kecantikan supaya anda mendapat double effect terutama selepas menggunakan YOUTH nanti. Cantik dalaman dan luaran. Dapatkan 4 kotak Collagen Powder bersama dengan 1 botol Vitamin C dengan penjimatan lebih 10%. Kenapa lebih? Sebab anda juga layak untuk mendapat FREE membership dan membuat pembelian pada harga ahli (lebih murah 10-20% dari RP). Kenapa Collagen? Badan kita ni sebenarnya memang dah…

  • Selsema Berlarutan Jangan Dibiarkan

    Baru-baru ini, anak sulung KakMah, Aisy, dimasukkan ke wad kerana demam panas. Sebenarnya dah hampir sebulan lebih Aisy selsema. Dan selsemanya tak kebah mana pun. Pernah surut sebab ambil antibiotic Augmentin, tapi bertahan seminggu aje. Lepas tu, Aisy selsema semula. Selepas balik dari Ipoh, Aisy mula demam semula. Kali ni, panas sungguh badannya. Dah makan ubat demam, tapi tak kebah sangat pun. Lantas, KakMah pun bawa Aisy berjumpa panel dan minta reference letter untuk berjumpa dengan pakar di Hospital Swasta. Suhu badan Aisy masa ni 39.0°C. Sampai di hospital, doktor dengar paru-paru, takde pula kahak atau abnormal yang lain. Tapi disebabkan Aisy dah pernah ambil antibiotic, doktor pun minta Aisy…

  • Ketahui Info Tentang Pneumonia

    Pernah dengar tak tentang Pneumonia? Pneumonia ialah jangkitan pada paru-paru yang boleh menyebabkan kita berasa sangat tidak selesa dan sakit. Bermula dengan batuk, demam, dan pernafasan yang sukar. Pneumonia ini biasa kita dengar terjadi di kalangan bayi, kanak-kanak. Namun dewasa juga boleh mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman atau bakteria ke dalam paru-paru. Kebiasaannya, kita lebih cenderung terkena jangkitan kuman ini selepas kita mengalami masalah selsema. Selsema menyebabkan diri kita sukar untuk melawan jangkitan kuman. Justeru, lebih cenderung untuk mengalami masalah Pneumonia. Pneumonia juga boleh berlaku sekiranya anda juga merupakan pesakit kronik seperti asma, penyakit jantung, kanser, kencing manis. Apakah simptom Pneumonia? Batuk. Berkemungkinan batuk berkahak, yang…