• 11 Sebab Kenapa Perlu Makan Telur

    Siapa suka makan telur? Boleh geng dengan anak KakMah. Depa memang hantu telur. Hehe. Paling suka kalau masak telur mata atau telur rebus. Boleh makan sampai berbiji-biji. Tapi KakMah bukan nak cerita pasal anak KakMah gemarkan telur. KakMah nak share kenapa kita perlu makan telur ni. Tak kiralah telur apa pun, sebab telur adalah salah satu sumber protein yang lengkap. Sama seperti sumber makanan yang lain, adalah penting untuk kita memastikan cara penyediaan telur ini tidak membunuh khasiat dan nutrisi yang terdapat di dalam sebiji telur. Macam-macam cara kita boleh gunakan untuk masak telur. But make sure, it is a healthy way. Campur dengan salad ke, atau makanan lain yang…

  • Tips Susu Meriah Semasa Pam / Perah Susu

    Antara dilema atau kesukaran ibu yang bekerja dan menyusukan anak adalah semasa pam susu di tempat kerja. Semakin lama ibu bekerja, hasil perahan susu semakin berkurangan. Sehinggakan ibu risau dan menjadi stress sebab susu berkurangan dan tak banyak seperti sebelumnya. Betul kan? KakMah nak share tips macam mana untuk bantu ibu yang pam atau perah di tempat kerja, untuk mendapat hasil yang meriah. Mudah-mudahan, Allah mengizinkan dan mempermudahkan urusan ibu-ibu. Tips / Faktor Berjaya Pam Susu Waktu terbaik untuk pam susu adalah awal pagi, sebelum subuh. Ini kerana hormon prolaktin adalah tinggi dan dapat membantu menghasilkan lebih banyak susu. Adalah penting untuk ibu stress-free semasa pam. Ibu yang berada dalam…

  • Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusukan Anak

    Bulan Ramadhan tak lama je lagi ni kan? Ibu yang menyusukan anak, mesti risau susu drop. Terutama untuk ibu yang bekerja. KakMah sendiri pun kadang tu risau gak. Tapi jangan sampai stress. Sebab stress tu juga boleh membantutkan pengeluaran susu. Allah menjanjikan rezeki setiap orang, termasuk juga ibu yang menyusukan anak. Jadi, jangan risau sebab KakMah nak share tips berpuasa untuk ibu yang menyusukan anak. Allah Maha Penyayang. Perlu sentiasa yakin yang production susu kita tetap ada walaupun sepanjang berpuasa. KakMah faham. Ibu risau sebab masa tu tak minum air di siang hari, tak makan. Jadi, macam mana nak datangnya susu? Betul tak? Sebab itu pentingnya pemakanan semasa sahur dan…

  • Tips untuk Mudah Hamil – Fahami Ovulasi dan Kesuburan

    Sebenarnya, sebelum kita betul-betul bersedia untuk hamil, kita perlu fahamkan dulu tentang konsep ovulasi dan kesuburan wanita, terutamanya. Terutama bagi mereka yang mungkin ada masalah lambat hamil, sukar hamil. Jika kita tak faham konsep sebenar ovulasi dan kesuburan ni, memang sukar kita nak jangka bila sebenarnya waktu ovum kita mudah disenyawakan dengan sperma suami. Tempoh Period Benda paling kena buat dan ambil tahu ialah period cycle kita setiap bulan. Tetap atau tidak. Period cycle ni bermula daripada hari pertama sehinggalah ke hari pertama cycle seterusnya. Contoh, 30 March anda datang period dan ini adalah hari pertama. Kemudian 30 April, anda datang period sekali lagi. Jadi, tempoh period anda adalah daripada…

  • Tips Untuk Recharge Diri

    RELAX, RECHARGE, REFOCUS Kita ni manusia biasa. Kadang-kadang memang sampai masanya kita rasa letih sangat. Penat sampai boleh timbul rasa “malas” nak buat apa-apa. Betul tak? Tapi, cuba kita fikir balik, perlu ke kita layan rasa penat, letih, malas, down kita tu berhari-hari, berminggu-minggu? Kalau asyik layan, memang tak kemana lah kita ni kan. Sama juga la dengan KakMah. Ada masanya, rasa penat sampai nak menangis je. Rasa nak jerit kuat-kuat bagi keluar rasa “serabut” dalam kepala, badan KakMah ni. Pernah tak rasa macam tu? Kalau pernah, KakMah nak share sedikit tips untuk recharge semula diri kita ni supaya boleh kembali fokus pada kerja, tanggungjawab, dan target kita. Solat Solat…