• Boleh ke Kurus Selepas Bersalin? – Video Sharing

    Ramai mengeluh, risau. Bimbang berat badan semakin bertambah selepas melahirkan anak. Betul tak? Masa KakMah mula-mula disahkan hamil anak pertama dulu, KakMah tak risau sangat benda ni. Tak sedar diri sebelum ni punyalah gemuk KakMah ni. Sungguh. Boleh tengok post KakMah sebelum ni. Beza semasa belum hamil, dan selepas melahirkan 2 orang anak. Namun Alhamdulillah. KakMah dapat menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas melahirkan anak pertama. 10kg lebih kurang berbanding semasa awal kehamilan. Sebab tu, kelihatan perbezaan yang sangat ketara. KakMah mula-mula tak perasan pun. Tak timbang pun berat badan KakMah berapa. Tapi bila masuk kerja, kebanyakannya tegur kata KakMah dah kurus. Bila timbang, pastu compare dengan berat asal (check…

  • Berat Naik Lepas Bersalin?

    Ramai ibu yang runsing dan risau akan kenaikan berat badan semasa hamil. Ada yang naik 10kg, ada yang naik 20kg.┬áTapi, boleh ke berat tu turun semula ke berat asal selepas bersalin nanti? Wanita sememangnya sangat menjaga berat badan. Kalau boleh, tak mahu makin berat selepas bersalin. Nak maintain macam anak dara or better than that kan? Betul ke Berat Susah Turun Lepas Bersalin? Sebenarnya, salah satu tips untuk mudah turun berat badan selepas bersalin adalah dengan menyusukan baby. Sebab setiap kali anda menyusukan baby, samada direct feeding atau pam, anda sebenarnya membakar sangat banyak kalori. Sebab tu kalau anda perasan, masa menyusu, kita rasa mengantuk sangat. Macam ada setan yang…

  • Kawal Bacaan Hemoglobin (Hb) Semasa Hamil

    Ramai wanita teruja apabila disahkan hamil. Terutamanya jika itu adalah kehamilan pertama selepas baru bernikah. Dan, orang kata bunting pelamin pula kan? Tak pun, dah tunggu lama, akhirnya Allah beri rezeki untuk hamil. Tapi, cuba ibu check, dah cukupkah persediaan ibu? Tahu tentang HEMOGLOBIN? Perasan tak semasa check-up, terutamanya jika check-up di Klinik Kesihatan Kerajaan, setiap bulan kena ambil darah, urine. Dalam result darah tu ada HGB kan? Itulah dia hemoglobin. Ia adalah kandungan protein di dalam sel darah merah yang membantu membekalkan oksigen ke dalam sel-sel badan kita. Perasan tak, semakin usia kandungan meningkat, bacaan Hb juga turut terpengaruh dan mula menurun. Jika tak cukup pemakanan dan nutrisi seharian,…

  • Pengalaman Berpantang Anak Kedua (Jarak Dekat)

    Alhamdulillah, syukur. Pada usia pernikahan kami mencecah 5 tahun pada Disember 2016 lalu, kami telah dikurniakan dengan sepasang anak yang comel sangat (ikut muka ummi dia – ok, ni tambah garam. hehe). Kami lambat dikurniakan anak. Hanya selepas 3 tahun menanti dan berusaha, akhirnya kami dikurniakan seorang anak lelaki pada Februari 2015. Dalam tempoh 3 tahun menanti tu, ramai kenalan berikan sokongan. Ada yang kata, “Takpe, nanti bila dah ada rezeki, terus jarak dekat aje nanti”. Siapa sangka. Perancangan Allah kan sangat hebat dan indah. Kak Mah disahkan hamil sekali lagi pada Januari 2016 (sewaktu usia anak sulung kami 11 bulan). Hari Raya Haji yang lepas, iaitu September 2016, lahirlah…

  • Berat Badan Turun dengan Omega Guard (Testimoni)

    Omega Guard adalah supplement minyak ikan yang terbaik. Dihasilkan daripada hati minyak ikan, bukan lemak ikan tau. Dan ianya 3x lebih tumpat. Tahu tak bahawa minyak ikan dapat membantu menurunkan berat badan. Sebab apa? Kandungan asid lemak omega-3 dalam minyak ikan membantu meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Selain itu, ia juga dapat membantu merangsang enzim yang berperanan dalam menyingkirkan lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk penghasilan tenaga. Oleh itu, pengambilan supplement minyak ikan adalah salah satu alternatif terbaik dan efektif untuk membantu menurunkan berat badan. Dan lebih baik, jika disenambungkan dengan bersenam. Tak percaya? Jom kita tengok 2 testimoni ni. Haaa… Percaya ke percaya? Hehe. Kalau consistent dan…