Boleh ke Kurus Selepas Bersalin? – Video Sharing

Ramai mengeluh, risau. Bimbang berat badan semakin bertambah selepas melahirkan anak. Betul tak? Masa KakMah mula-mula disahkan hamil anak pertama dulu, KakMah tak risau sangat benda ni. Tak sedar diri sebelum ni punyalah gemuk KakMah ni. Sungguh. Boleh tengok post KakMah sebelum ni. Beza semasa belum hamil, dan selepas melahirkan 2 orang anak.

Namun Alhamdulillah. KakMah dapat menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas melahirkan anak pertama. 10kg lebih kurang berbanding semasa awal kehamilan. Sebab tu, kelihatan perbezaan yang sangat ketara. KakMah mula-mula tak perasan pun. Tak timbang pun berat badan KakMah berapa. Tapi bila masuk kerja, kebanyakannya tegur kata KakMah dah kurus. Bila timbang, pastu compare dengan berat asal (check dalam buku pink), baru perasan turun 20kg. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Rezeki KakMah? Mungkin. Alhamdulillah, KakMah berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin.

Tapi sebenarnya ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin tau. Jom kita dengar tips daripada Puan Salwa ni. Tak banyak pun tips yang Puan Salwa ni kongsikan. Ada 4 tips penting.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Dah faham?

Tips pertama: Susukan anak sepenuhnya.
Tips kedua: Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi.
Tips ketiga: Kawal pengambilan kalori.
Tips Keempat: Jaga pemakanan, pengambilan nutrisi mencukupi. Supaya makanan dalam badan dapat ditukarkan kepada tenaga, dan bukan lemak.

Nak cuba Set Berpantang, Set Kurus, atau pun Set Kecantikan Shaklee? Boleh hubungi KakMah untuk info lanjut.

*Disclaimer*

Berat Naik Lepas Bersalin?

Ramai ibu yang runsing dan risau akan kenaikan berat badan semasa hamil. Ada yang naik 10kg, ada yang naik 20kg. Tapi, boleh ke berat tu turun semula ke berat asal selepas bersalin nanti? Wanita sememangnya sangat menjaga berat badan. Kalau boleh, tak mahu makin berat selepas bersalin. Nak maintain macam anak dara or better than that kan?

Betul ke Berat Susah Turun Lepas Bersalin?

Sebenarnya, salah satu tips untuk mudah turun berat badan selepas bersalin adalah dengan menyusukan baby. Sebab setiap kali anda menyusukan baby, samada direct feeding atau pam, anda sebenarnya membakar sangat banyak kalori. Sebab tu kalau anda perasan, masa menyusu, kita rasa mengantuk sangat. Macam ada setan yang kuat sangat kat mata ni, paksa kita untuk tidur kan? Sebenarnya kalori kita sedang dibakar masa menyusu, dan sebab itulah kita rasa sangat penat.

Itulah antara sebab kenapa KakMah sangat menggalakkan ibu untuk menyusukan baby. Berusahalah agar anda dapat menyusukan baby anda sehingga sekurang-kurangnya usia baby 6 bulan, dan sebaiknya sehingga berusia 2 tahun. Ini juga tertulis dalam Al-Quran, kerana sememangnya menyusukan baby bukan hanya memberi manfaat pada ibu, malah juga sangat memberi manfaat pada baby.

Antara perkara yang menyebabkan berat naik selepas bersalin ialah:

  • Jarang bersenam
  • Pemakanan tak seimbang
  • Kurang rehat
  • Emosi yang turun naik / stress

Maka, kalau nak berat turun atau terkawal selepas bersalin, jangan jadikan alasan “BABY” sebagai sebab anda tak boleh nak kawal 4 perkara asas tu. Sebab baby sebenarnya boleh jadi dorongan dan galakan untuk anda kawal 4 perkara tu.

Pengalaman KakMah

Ini KakMah. Sebelum KakMah hamil, memang berat KakMah tak terkawal. Mana tak nya, masa kerja ada 3 kali time break. Selera makan lak boleh tahan time tu. Hehe. Masa hamil anak pertama, KakMah naik 10kg. Alhamdulillah, tak banyak sangat naik. Mungkin asbab pengambilan Omega Guard semasa hamil, jadi berat badan KakMah terkawal semasa hamil.

Selepas bersalinkan anak pertama, habis berpantang, KakMah turun 20kg. Ya, 10kg kurang daripada berat sebelum hamil. Antara sebab KakMah turun banyak masa ni ialah penjagaan pemakanan semasa berpantang. Kalau ingat dalam post KakMah sebelum ni, KakMah alami masalah gastric yang sangat kuat. Sampai tahap nak bangun/berdiri/duduk pun tak boleh. Apatah lagi nak menyusukan baby, Allah je yang tahu KakMah tak mampu sangat time tu. Disebabkan tu, masa berpantang tu, KakMah kawal pemakanan. KakMah tak makan makanan berminyak, tak ambil garam. KakMah amalkan ni selama hampir sebulan. Alhamdulillah, lepas habis berpantang, turun mendadak sampai 20kg.

Masuk balik kerja, ramai tegur KakMah dah kurus sangat. Kurus berbanding sebelum hamil. Syukur, dengan izin Allah. Berat KakMah maintain sampailah masa KakMah hamil sekali lagi. Masa kehamilan kedua, KakMah naik 15kg. Dan syukur, lepas bersalin, juga turun ke berat asal. Tak turun sangat lagi dah. Hehe. Still, ada ramai tegur kata KakMah nampak kurus. Padahal KakMah rasa banyak gak makan.

Alhamdulillah, KakMah rasa, atas asbab pengambilan supplement Shaklee sepanjang kehamilan, berpantang, dan sepanjang menyusukan baby ni sangat membantu KakMah untuk kawal 4 perkara yang menyumbang kepada kenaikan berat badan lepas bersalin. Emosi terkawal, senang membuang, pemakanan terjaga.

Antara tips lain untuk kekal maintain berat badan lepas bersalin ialah:

  • Jaga pemakanan (kurangkan pengambilan minyak dan garam).
  • Jangan ambil gula. Banyakkan minum air masak (suam sebaiknya).
  • Jangan malas. Banyakkan exercise walaupun yang ringan-ringan seperti jalan kaki ke, naik turun tangga ke.
  • Teruskan breastfeeding – ni KEY dia.
  • Amalkan pemakanan sihat, dan amalkan supplement seperti Shaklee.

 

Supplement Shaklee Yang Semulajadi dan Selamat Diamalkan

 

Untuk info lanjut, boleh hubungi KakMah.

*Disclaimer*

Berat Badan Turun dengan Omega Guard (Testimoni)

Omega Guard adalah supplement minyak ikan yang terbaik. Dihasilkan daripada hati minyak ikan, bukan lemak ikan tau. Dan ianya 3x lebih tumpat. Tahu tak bahawa minyak ikan dapat membantu menurunkan berat badan. Sebab apa? Kandungan asid lemak omega-3 dalam minyak ikan membantu meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam. Selain itu, ia juga dapat membantu merangsang enzim yang berperanan dalam menyingkirkan lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk penghasilan tenaga. Oleh itu, pengambilan supplement minyak ikan adalah salah satu alternatif terbaik dan efektif untuk membantu menurunkan berat badan. Dan lebih baik, jika disenambungkan dengan bersenam.

Tak percaya? Jom kita tengok 2 testimoni ni.

omega-guard-kurus-01

omega-guard-kurus-02

Haaa… Percaya ke percaya? Hehe.

Kalau consistent dan amalkan pemakanan sihat, in shaa Allah, Omega Guard Shaklee dapat membantu.

Nak order Omega Guard? Boleh roger Ummi okeh. Nak supplement lain untuk bantu anda kurangkan berat badan pun, boleh juga. Ada Cinch Shake, Lecithin, ESP, Herblax. Roger Ummi, kita borak-borak.

signature 3

*Disclaimer*

Testimoni Kurus Dengan Supplement Shaklee

Alhamdulillah, ramai yang menampakkan perubahan positif setelah consume supplement Shaklee sepanjang proses penurunan berat badan mereka. Kenapa mereka memilih Shaklee? Kerana supplement Shaklee diyakini halal, semulajadi, dan selamat untuk diamalkan. In Shaa Allah.. Supplement Shaklee untuk kurus terdiri daripada 3 proses utama iaitu bakar lemak, detox, dan protein. Kita ikuti dulu testimoni pengguna Shaklee yang mengamalkan supplement Shaklee untuk kurus (kurangkan berat badan).

Pengambilan supplement adalah berlainan dengan ubat-ubatan. Mana-mana supplement pun, akan mengambil masa yang lama untuk menampakkan perubahan. Namun begitu, bergantung kepada tahap badan seseorang individu itu. Dan juga bergantung kepada disiplin seseorang itu. Jadi jangan pelik kalau ada yang cepat nampak kesan, ada yang lambat. Ini kerana supplement mengambil masa untuk bertindak dan memberikan impak kepada perubahan yang kita inginkan.
Berbalik kepada 3 proses yang kami cadangkan untuk menurunkan berat badan iaitu bakar lemak, detox, dan juga protein, anda boleh click LINK ini untuk keterangan lanjut.
Hubungi kami untuk dapatkan supplement Shaklee anda. In Shaa Allah, free consultation akan diberikan.
———————————————————
Puan Shima (SID # 885670)
msg/whatsapp: 0196972866
———————————————————

**Disclaimer**