Penyakit Bell’s Palsy – Ketahui Simptomnya

Pernah dengar tentang penyakit Bell’s Palsy? Siapa pernah tengok drama “Aku Bukan Bimbo” lakonan Shaheizy Sam tu, mesti perasan ada satu plot dimana, Dani Ikram (lakonan Shaheizy) ada menghadapi satu penyakit. Ummi tak tengok sangat cerita ni. Tapi ada satu episod tu, Elsuraya tu baru tahu tentang penyakit Dani ni. Eh. Terlajak pula cerita tentang drama tu ya. Nak tahu lebih lanjut, p tonton sendiri. Ummi tak layan drama ni. Hehe.. Ok2, berbalik kepada penyakit dalam drama tu. Haaa.. Itulah dia penyakit yang dikenali sebagai Bell’s Palsy.

Ada orang beranggapan, Bell’s Palsy adalah Stroke. Tapi betul ke Bell’s Palsy tu Stroke? Sama ke simptom dia? Sama ke kesan dia? Ummi akan cuba terangkan serba sedikit tentang Bell’s Palsy ni.

Bell's Palsy - Simptom

Tentang Bell’s Palsy

  • Seperti Stroke, Bell’s Palsy adalah lumpuh atau kelemahan otot di salah satu bahagian muka anda.
  • Kerosakan kepada saraf muka yang mengawal otot menyebabkan salah satu bahagian muka anda terasa berat dan seakan “jatuh”.
  • Kegagalan saraf ini juga boleh mengganggu deria rasa. Pengeluaran saliva atau air mata juga boleh terganggu.
  • Ia boleh berlaku secara mendadak dan beransur pulih selepas beberapa minggu atau bulan.
  • Bell’s Palsy bukanlah berpunca daripada Stroke.
  • Punca berlakunya Bell’s Palsy adalah samar. Ada yang berpendapat, saraf yang mengawal otot rosak akibat keradangan.

 

Apakah simptom Bell’s Palsy

  • Kelumpuhan atau kelemahan salah satu bahagian muka hingga menyebabkan ia terasa berat adalah simptom utama. Ia juga boleh menyebabkan anda sukar untuk mengelipkan mata anda.
  • Air liur sentiasa meleleh.
  • Mengalami masalah mata seperti mata terasa kering.
  • Hilang deria rasa.
  • Sakit di bahagian dalam atau belakang telinga.
  • Kebas di bahagian muka yang terlibat.
  • Kepekaan kepada bunyi meningkat.

Jika anda mengalami salah satu atau kebanyakan simptom tersebut, terutama kelemahan di salah satu bahagian muka, segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan dan saranan lanjut.

 

Kebanyakan kes Bell’s Palsy sembuh sendiri dalam masa 1-2 bulan. Ada juga yang diberi ubat untuk membantu melancarkan semula pergerakan saraf muka, terutama bagi mereka yang mendapatkan rawatan awal di hospital (seawal 1-3 hari). Adalah sangat penting untuk anda rujuk pakar dengan segera sekiranya simptom dikesan lebih awal.

 

Apa yang boleh dilakukan di rumah sekiranya anda ada masalah Bell’s Palsy?

  • Exercise Muka iaitu dengan cara mengawal saraf muka anda. Beri “stress” dan “relax” kan muka anda. Urutkan bahagian dahi, pipi, bibir dengan minyak atau krim juga boleh membantu.
  • Pastikan mata anda sentiasa lembap dan tidak kering. Jika anda sukar mengelipkan mata anda, potensi untuk mengalami masalah mata kering sangat tinggi. Jadi, elakkan kerana ia boleh menyebabkan masalah mata yang serius. Gunakan jari anda untuk mengelipkan mata anda, titiskan eyedrop (rujuk pakar), atau gunakan penutup mata semasa tidur.
  • Berus atau floss gigi anda sekerap mungkin terutama selepas makan. Kegagalan saraf pada bahagian mulut boleh menyebabkan makanan tersekat, dan ini boleh menyebabkan masalah lain seperti sakit gusi atau gigi reput. Makan secara perlahan supaya mudah untuk anda telan. Makan makanan lembut dan senang dikunyah.

 

Ada supplement Shaklee boleh membantu?

  • Vivix adalah supplement terbaik untuk pesakit Bell’s Palsy. Supplement anti-oksidan yang menyerap hingga ke tahap DNA bantu melancarkan pergerakan otot dan saraf.
    • Salah satu kandungan vivix adalah anggur muscadine yang membantu memberikan sistem imun yang tinggi serta anti-oksidan.
    • Mengandungi asid ellagik yang membantu menghentikan penyebaran bahan kimia penyebab kanser, anti-virus, dan anti-bakteria.
    • Fitonutrien yang ada dalam anggur muscadine juga dikenali dan diiktiraf sebagai ajen anti-radang dan anti0oksidan.
  • Omega Guard adalah supplement yang membantu mengurangkan keradangan (inflamasi)
  • B-Complex lengkap dengan segala vitamin B diperlukan untuk kesihatan saraf. Antaranya ialah B6 dan B12.

 

Testimoni?

Testimoni Bell's Palsy

Testimoni Bell’s Palsy

Untuk maklumat lanjut dan untuk dapatkan supplement anda, anda boleh menghubungi Ummi. In shaa Allah, Ummi akan membantu anda sebaik boleh. Dengan izin-Nya jua.

signature 3

*Disclaimer*