• Tips Memilih Serbuk Protein Terbaik untuk Diet Harian

    Setiap hari kita memerlukan nutrisi protein dalam diet harian kita. Ayam, ikan, daging adalah antara sumber protein yang paling penting sekali. Betul kan? Dalam masa yang sama, kita juga memerlukan nutrisi protein soya. Berlambak supplement protein di pasaran, terutama protein soya. Kita sebagai consumer (pengguna) perlu arif dan tahu bagaimana untuk memilih protein soya yang terbaik untuk diet harian kita. Supaya kesihatan kita tidak terjejas, malah bertambah baik lagi. In Shaa Allah. KakMah nak kongsikan beberapa tips untuk anda, supaya dapat anda menitikberatkan semasa pembelian serbuk protein di pasaran. Kita inginkan hasil yang terbaik, semestinya kita perlukan bahan terbaik. Dan, nak tahu tak apa serbuk protein soya terbaik yang boleh…

  • Keputihan Semasa Hamil – Mungkin GBS

    Keputihan bukan hanya berlaku pada wanita bujang, anak dara. Keputihan juga boleh berlaku sekiranya anda sedang hamil. Seperti sebelumnya, ibu perlu perhatikan jenis keputihan yang ibu alami. Sekiranya keputihan tersebut putih, tidak likat, hanya berbau sedikit sahaja, itu dipanggil Leukorrhea, dan ia adalah normal. Sekiranya keputihan yang ibu alami adalah pekat, berwarna sedikit kehijauan atau kekuningan, berbau sangat tidak menyenangkan, ini adalah sesuatu yang tidak normal. Namun begitu, untuk setiap jenis keputihan yang ibu alami, jangan rahsiakan daripada doktor. Adalah penting untuk beritahu doktor atau jururawat yang merawat, agar rawatan atau ujian susulan boleh dilakukan. Pernah dengar tentang GBS? GBS ialah “Group B Streptococcus”, iaitu sejenis bakteria yang tinggal di…

  • Berat Turun Semasa Hamil?

    Kebiasaannya yang kita dengar ialah kenaikan berat badan secara consistent atau mendadak semasa kehamilan. Ada yang beratnya naik mengikut peringkat/kadar yang betul, ada yang naik berkilo-kilo dalam masa beberapa minggu. Tak kurang juga, ada kes, dimana berat badan semakin berkurangan semasa hamil. Dua kes sebegini adalah amat dikhuatiri iaitu berat naik mendadak dan berat turun. Sebab itu, jika ibu mengalami masalah seperti ini, jangan biarkan berlanjutan. Dapatkan nasihat segera daripada doktor. Pengambilan nutrisi secukupnya adalah sangat penting semasa hamil. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan berat badan tidak dapat dikawal dengan baik. Sebab itu semasa hamil, ibu diwajibkan mengamalkan vitamin yang membantu melengkapkan nutrisi seimbang pada ibu dan juga bayi di dalam…

  • Berpantang Lebih Mudah dengan Shaklee

    KakMah mengenali Shaklee semasa ttc (usaha untuk hamil), dan semestinya KakMah meneruskan pengambilan supplement Shaklee sepenuhnya semasa hamil dan berpantang. Walaupun tak ada pengalaman berpantang menggunakan product lain, tapi jujur KakMah rasa, berpantang dengan supplement Shaklee lebih mudah dan berkesan untuk KakMah, terutamanya semasa berpantang anak kedua. Sebab, KakMah melahirkan anak kedua di saat usia anak pertama baru mencecah 1 tahun 6 bulan (jarak dekat). Alhamdulillah, Allah memberi rezeki untuk KakMah berpantang secara normal untuk kedua-duanya. Jadi, masalah penjagaan tu tak sesusah mereka yang bersalin secara ceaser. Namun begitu, KakMah masih menerima beberapa jahitan akibat kesan sedikit koyakan (dan digunting) semasa bersalin. Syukur, dengan supplement Shaklee, luka bersalin cepat sembuh…

  • Perlukah Protein Dalam Diet Seharian?

    Ayam, daging adalah antara sumber protein semulajadi yang kita boleh dapat dalam diet seharian. Protein terdiri daripada asid amino. Ia membantu memberikan tenaga kepada sel untuk lebih sihat dan berfungsi dengan baik. Dalam setiap tubuh badan kita ni, ada lebih 100 trillion sel, dan setiap satunya mengandungi beribu protein untuk memastikan sel bekerja dengan sebaiknya. Fungsi utama protein adalah untuk membina, menguatkan dan memperbaiki / menggantikan sel dalam tubuh badan kita seperti tisu. Kekurangan protein di dalam badan boleh menyebabkan fungsi otot menjadi lemah, edema, atau bengkak, rambut nipis dan rapuh, dan kulit tidak bermaya(1). Manakala, pada kanak-kanak, kekurangan khasiat protein boleh menyebakan pertumbuhan tidak seperti sepatutnya (atau erti kata…