-
Set Kehamilan Shaklee Penuhi Nutrisi Ibu Hamil
Ibu hamil memerlukan nutrisi seimbang untuk memastikan ibu bersedia untuk menampung pembesaran bayi di dalam kandungan. Pernah dengar tak, ibu berkongsi nutrisi dengan bayi. Sebab itu, risiko ibu untuk hilang nutrisi seimbang untuk dirinya sendiri sangat tinggi, jika tidak top-up dengan pemakanan harian. Contoh paling senang ialah kalsium. Bayi yang membesar memerlukan kalsium untuk membina tulang dan tunas gigi yang sihat dan kuat. Kekurangan kalsium dalam badan ibu boleh menyebabkan bayi juga kurang mendapat khasiat kalsium tersebut. Paling membimbangkan, ibu terdedah dengan risiko osteoporosis atau masalah tulang lain. Nak ke membongkok sebelum usianya? Nauzubillahiminzalik. Sebab itu, penting untuk ibu mengamalkan pemakanan sihat setiap hari. Pastikan makanan dimasak dengan baik supaya…
-
Apa Nutrisi Diperlukan Oleh Ibu Hamil?
Tahniah! Anda hamil. Alhamdulillah. Berita ni adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan menggembirakan untuk semua wanita yang bergelar isteri. Betul tak? Bila lambat datang haid, emosi ting tong, mudah letih, itu petanda anda mungkin hamil. Lepas tu dengan rasa teruja, anda pergi ke farmasi, beli pregnancy test kit dan buat ujian sendiri. Khennn? Ini normal untuk semua. Bukan anda je, so jangan rasa malu atau pelik. Hehe. Kehamilan memang best. Banyak manfaat seorang ibu yang sedang hamil. Berjuang selama 9 bulan 10 hari untuk memastikan bayi di dalam kandungan sihat, membesar dengan baik, dan selamat dilahirkan di dunia ini. Dan dalam tempoh kehamilan inilah si ibu perlu memastikan pemakanan sehariannya…
-
Keputihan Semasa Hamil – Mungkin GBS
Keputihan bukan hanya berlaku pada wanita bujang, anak dara. Keputihan juga boleh berlaku sekiranya anda sedang hamil. Seperti sebelumnya, ibu perlu perhatikan jenis keputihan yang ibu alami. Sekiranya keputihan tersebut putih, tidak likat, hanya berbau sedikit sahaja, itu dipanggil Leukorrhea, dan ia adalah normal. Sekiranya keputihan yang ibu alami adalah pekat, berwarna sedikit kehijauan atau kekuningan, berbau sangat tidak menyenangkan, ini adalah sesuatu yang tidak normal. Namun begitu, untuk setiap jenis keputihan yang ibu alami, jangan rahsiakan daripada doktor. Adalah penting untuk beritahu doktor atau jururawat yang merawat, agar rawatan atau ujian susulan boleh dilakukan. Pernah dengar tentang GBS? GBS ialah “Group B Streptococcus”, iaitu sejenis bakteria yang tinggal di…
-
Bagaimana Mengawal Kencing Manis Ketika Hamil?
Ibu hamil ni ada pelbagai ragam. Ada yang sihat dan tiada sebarang masalah, ada yang mengalami masalah berat naik mendadak, ada yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. Tak lupa juga, ada ibu hamil yang mengalami masalah kencing manis ketika hamil iaitu Gestational Diabetes. Kebiasaannya, ibu-ibu tiada masalah begini semasa bujangnya, atau kehamilan lain. Semasa hamil, tubuh badan ibu secara semulajadinya menghasilkan lebih banyak insulin untuk memenuhi keperluan bayi di dalam kandungan. Jika pankreas ibu tidak dapat meningkatkan penghasilan insulin semasa kehamilan, ia boleh menyebabkan paras gula di dalam darah semakin tinggi kerana sel juga tidak menggunakan glucose tersebut. Situasi inilah yang dikatakan Gestational Diabetes. Jika ibu di-diagnosed mengalami masalah ini,…
-
Berat Turun Semasa Hamil?
Kebiasaannya yang kita dengar ialah kenaikan berat badan secara consistent atau mendadak semasa kehamilan. Ada yang beratnya naik mengikut peringkat/kadar yang betul, ada yang naik berkilo-kilo dalam masa beberapa minggu. Tak kurang juga, ada kes, dimana berat badan semakin berkurangan semasa hamil. Dua kes sebegini adalah amat dikhuatiri iaitu berat naik mendadak dan berat turun. Sebab itu, jika ibu mengalami masalah seperti ini, jangan biarkan berlanjutan. Dapatkan nasihat segera daripada doktor. Pengambilan nutrisi secukupnya adalah sangat penting semasa hamil. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan berat badan tidak dapat dikawal dengan baik. Sebab itu semasa hamil, ibu diwajibkan mengamalkan vitamin yang membantu melengkapkan nutrisi seimbang pada ibu dan juga bayi di dalam…