• 10 Punca Penyusuan Susu Ibu Boleh Gagal

    Menjadi keinginan seorang ibu yang baru melahirkan anak, terutama anak pertama, ingin menyusukan bayinya 100% tanpa campur dengan susu formula (FM). Mungkin ramai tidak tahu, pemberian FM pada peringkat awal kelahiran bayi boleh memberi risiko kepada bayi. Sebenarnya, setiap ibu telahpun ditentukan rezeki susu untuk anaknya. Definisi banyak atau kurang, bergantung kepada pemikiran ibu itu sendiri. Secara jujur, berapa pun jumlah susu yang kita hasilkan, adalah sebenarnya mencukupi untuk keperluan anak. Oleh itu, ibu-ibu tak perlu risau dan cemas, hingga mengambil keputusan untuk memberikan FM kepada bayi. Benar, menyusukan bayi adalah tidak semudah disangka. Perlukan azam dan semangat yang kuat untuk jayakannya. Kita lihat apakah antara 10 sebab atau punca…

  • Infographic: Tips Pilih Carrier Babywearing Mengikut Umur

    Bila hamil, bermulalah kita fikir macam-macam nak sediakan untuk bakal baby kita tu kan? Selain daripada baju, pampers, barangan mandian, mesti parents fikir juga tentang “baby gear” yang mereka perlu miliki. “Baby gear” ni membantu memudahkan parents untuk bawa anak berjalan-jalan. Selain daripada perlu dukung anak, ibu bapa juga boleh dapatkan “baby gear” ini. Salah satu “baby gear” yang ibu bapa perlu ada ialah baby carrier (baby-wearing). Well, kalau nak dibandingkan antara Stroller dan Babywearing ni, sudah semestinya KakMah memilih Baby-wearing. Salah satu sebab ialah, baby rapat dengan kita, lagi akrab dan mudah nak handle bila berjalan. Tak perlu nak sorong stroller. Hehe. Tapi atas pilihan masing-masing. Ada sesetengah orang,…

  • 9 Tips Nak Pilih Stroller Anak

    Ada sahabat bertanyakan pada KakMah tentang tips untuk pilih stroller yang sesuai untuk anak. Well, KakMah ni takde la “terer” sangat bab ni. Tapi, in shaa Allah, dengan sedikit research dari website sana-sini, KakMah simpulkan dalam post kali ni. Ok? Semoga bermanfaat kepada anda semua, terutama “first-time-parents”. Stroller atau “kereta sorong anak” ni adalah salah satu benda yang ibu bapa “perlu” ada. Bukan kata wajib, tapi sekurang-kurangnya perlu satu peralatan yang bantu “membawa” bayi (atau anak) bila kita nak berjalan. Sekarang ni, banyak sangat jenis stroller yang ada di pasaran. Yang boleh lipat-lipatlah, yang boleh basuhlah, macam-macam lagi. So, apa ciri yang anda perlu menitik beratkan apabila memilih stroller untuk…

  • 5 Perkara Perlu Elakkan Bila Demam

    Bila demam ni, ada juga pantang larangnya. Bukan apa, nak lagi cepat kebah demam tu, elakkan lah daripada buat benda-benda ni. Sebab bila kita demam dan kita biarkan panas badan tu berlarutan (tak keluar), ia boleh membahayakan diri kita. Terutama kalau baby yang demam. Lagi kita nak jaga, nak cepat-cepat panas badan tu keluar. So, tips ni bukan hanya untuk kita amalkan pada anak-anak, tapi kita yang dewasa ni pun boleh juga amalkan. Berselubung Bila demam, kadang-kadang kita akan menggigil sebab sejuk. Jadi, secara automatiknya, kita akan berselubung. Padahal sebenarnya, suhu badan sangat panas. Itu bermaksud, panas dari dalam. Jadi kita pun selubung dengan selimut lah, comforter lah, which prevent…

  • 5 Rawatan Natural Untuk Kebahkan Demam Bayi

    Bila bayi demam, ibu bapa mesti risau yang teramat risau. Suhu badan panas, meragam. Nak kerja pun tak boleh fokus. Walaupun bayi aktif, tapi masih risau bila badan rasa panas dia tu. Especially kat bahagian kepala. Bahaya kan kalau panas kat kepala. Sebab tu, bila bayi start je demam, kita pun mulalah cari pelbagai cara untuk rawat anak, dan sebaiknya tanpa pengambilan ubat. Al-kisahnya, anak ummi yang berusia 9 bulan tu demam kelmarin. Asalnya daripada ummi sendiri. Ummi demam, batuk, selsema. Baby pun sama sekali berjangkit. Tapi suhu badan dia masa check kat klinik 38.7°C. Panas kan? Suhu normal bayi adalah 36 – 37 °C. Dan memang kepala dia, tangan…