• 5 Rawatan Natural Untuk Kebahkan Demam Bayi

    Bila bayi demam, ibu bapa mesti risau yang teramat risau. Suhu badan panas, meragam. Nak kerja pun tak boleh fokus. Walaupun bayi aktif, tapi masih risau bila badan rasa panas dia tu. Especially kat bahagian kepala. Bahaya kan kalau panas kat kepala. Sebab tu, bila bayi start je demam, kita pun mulalah cari pelbagai cara untuk rawat anak, dan sebaiknya tanpa pengambilan ubat. Al-kisahnya, anak ummi yang berusia 9 bulan tu demam kelmarin. Asalnya daripada ummi sendiri. Ummi demam, batuk, selsema. Baby pun sama sekali berjangkit. Tapi suhu badan dia masa check kat klinik 38.7°C. Panas kan? Suhu normal bayi adalah 36 – 37 °C. Dan memang kepala dia, tangan…

  • Tips Didik Anak Untuk Rajin Solat

    Salah satu impian dan doa ibu ayah adalah memiliki anak yang soleh/solehah, yang rajin menunaikan solat (terutama solat 5 waktu), rajin mengaji Al-Quran. Didikan ibu ayah itu penting sejak dari anak kecil lagi. Bak kata orang, anak yang baru dilahirkan ibarat kain putih kosong yang tiada corak, kita sebagai ibu bapa (atau penjaga) yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak-anak kita sendiri. Susah ke untuk mendidik anak untuk rajin solat? In shaa Allah, ia akan mudah jika dididik sejak dari kecil. Jom ikut tips ni. Dengari azan pada anak Laungan azan perlulah dihormati. Didik anak untuk senyap dan dengar azan dengan tenang sejak dari anak kecil lagi (seusia bayi dilahirkan). Bila azan…

  • 8 Kelebihan Bayi Merangkak Yang Anda Perlu Tahu

    Perkembangan bayi ni meluas. Bermula dari saat di dalam rahim ibu lagi. Bayangkan sekecil-kecil saiz embrio di dalam rahim iaitu sebesar 6mm je apabila berjaya disenyawakan. Lepas tu membesar menjadi fetus, bayi yang telah bersedia untuk dilahirkan. Bila dah lahir, dari sekecil tu yang tak pandai apa-apa, lama-lama membesar. Perkembangan dia pun daripada duduk diam, dah mula pusing-pusing (menelentang, meniarap). Then, mulalah bayi merangkak. Time ni memang satu rumah akan dia teroka. Hehe. Tapi ada sesetengah bayi yang terus je berjalan. Ibu-ibu lain yang dengar anak orang ni dah pandai jalan, jadi jeles sebab anak sendiri baru nak merangkak. Ish. Jangan gitu. Banyak kelebihan bila bayi merangkak ni tau, dan…

  • 5 Mitos Tentang Keguguran Yang Anda Perlu Tahu

    Pengalaman keguguran sememangnya bukan senang nak hadapi. Bila zuriat yang kita nanti-nantikan tiba-tiba hilang begitu sahaja, pastinya perasaan sedih tu tak dapat dibendung. So, memang setiap mom-to-be akan berasa risau akan keguguran. Terutama di awal kehamilan. Selagi anak dalam rahim kita belum dilahirkan, selagi tu rasa risau tu tetap ada. Kebanyakan keguguran berlaku di trimester pertama. Namun, setiap bakal ibu perlu menjaga diri, kesihatan diri agar kandungan anda sentiasa sihat dan selamat dilahirkan kelak. In shaa Allah. MITOS 1: Jika anda pernah gugur sekali, kebarangkalian untuk gugur lagi sangat tinggi Totally, TAK semestinya. Pengalaman ummi sendiri. Ya, ummi pernah keguguran masa di awal pernikahan. Walaupun lama juga menunggu untuk kehamilan…

  • Antara Perubahan Dialami Oleh Seorang Lelaki Bergelar Ayah

    Seorang lelaki kebanyakannya ingin digelar sebagai seorang ayah kepada zuriatnya sendiri. Bila isteri hamil, percayalah, suami yang terlebih excited. Hehe. Alhamdulillah. Tahniah kerana anda telah / bakal bergelar ayah. Pelbagai gelaran bapa kita ada. Ayah / abah / papa / abi / daddy / dad (nak juga omputih). Walau apa pun gelaran ayah yang ada pada mereka, mereka tetap seorang ayah. Dan…. akan ada banyak perubahan yang dialami oleh mereka ni. Ada yang mitos, sebab masih ada cara penyelesaian. Bersediakah anda untuk merubah kepada alam seorang ayah? 1. Tiada lagi “me” time Well, bila dah ada anak ni, perasaan untuk ada masa “berseorangan” tu mungkin dah hilang. Tapi sebenarnya anda…