• 10 Punca Penyusuan Susu Ibu Boleh Gagal

    Menjadi keinginan seorang ibu yang baru melahirkan anak, terutama anak pertama, ingin menyusukan bayinya 100% tanpa campur dengan susu formula (FM). Mungkin ramai tidak tahu, pemberian FM pada peringkat awal kelahiran bayi boleh memberi risiko kepada bayi. Sebenarnya, setiap ibu telahpun ditentukan rezeki susu untuk anaknya. Definisi banyak atau kurang, bergantung kepada pemikiran ibu itu sendiri. Secara jujur, berapa pun jumlah susu yang kita hasilkan, adalah sebenarnya mencukupi untuk keperluan anak. Oleh itu, ibu-ibu tak perlu risau dan cemas, hingga mengambil keputusan untuk memberikan FM kepada bayi. Benar, menyusukan bayi adalah tidak semudah disangka. Perlukan azam dan semangat yang kuat untuk jayakannya. Kita lihat apakah antara 10 sebab atau punca…

  • 6 Tips Jayakan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerjaya

    Salah satu kerisauan yang ada pada ibu bekerjaya adalah bagaimana untuk menjayakan penyusuan susu ibu selepas kembali ke rutin bekerja. Bekerja di syarikat yang mesra penyusuan susu ibu adalah satu kelebihan kepada ibu. Tetapi untuk mereka yang mempunyai masalah, bagaimana pula? Kami ingin kongsikan dengan anda beberapa tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Penuhi minda dengan Ilmu ❥ Ibu perlu mula belajar tentang penyusuan susu ibu. ❥ Pelajari teknik dan kaedah yang betul, serta apa yang diperlukan untuk menjayakan proses ini ❥ Sertai kelas-kelas laktasi yang dianjurkan oleh pihak hospital kerana mereka akan mengajar anda kebaikan susu ibu, kaedahnya, dan banyak lagi tips menarik Pelajari permulaan menyusu yang betul ❥…

  • Bapa dan Menyusukan Bayi (Breastfeeding)

    Seorang bapa sebenarnya juga mampu “menyusukan” seorang bayi. Bukanlah bermaksud direct breastfeeding, tetapi lebih kepada galakan dan sokongan ikhlas dan berterusan daripada seorang bapa kepada ibu dalam tempoh sepanjang penyusuan bayi. Bapa memainkan peranan penting untuk meningkatkan proses pembesaran anak-anak. Hubungan kasih sayang antara anak dan bapa adalah amat penting selain daripada menyediakan nafkah untuk isteri dan anak-anak.  Bagaimana seorang bapa boleh memainkan peranan dalam proses breastfeeding? ❤ Bapa boleh membantu dengan memberi perhatian dan kasih sayang kepada bayi yang baru dilahirkan ❤ Kajian membuktikan bahawa kasih sayang dan sokongan suami dapat memastikan penyusuan susu ibu dapat berjalan dengan lancar dan dijayakan dalam jangka masa yang lebih lama ❤ 98%…

  • Tips Untuk Berjaya Memerah Susu

    Seseorang ibu yang bekerja tentunya bimbang/risau sekiranya tidak dapat menghasilkan susu banyak semasa proses memerah susu. Namun begitu, zaman sekarang seluruh dunia menyokong breastfeeding. Oleh itu, tidak perlu bimbang sekiranya majikan tidak memahami. Berbincang dengan majikan dan dapatkan persefahaman dari mereka. Kami ingin share beberapa tips iaitu faktor penting yang membantu seorang ibu untuk berjaya memerah susu. Faktor ini dapat mempengaruhi jumlah susu yang diperah. In Shaa ALLAH. Tips / Faktor untuk Berjaya Memerah Susu? ❋ Waktu memerah yang terbaik adalah seawal pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah tinggi dan dapat menghasilkan lebih banyak susu ❋ Ibu perlu dalam berkeadaan yang selesa dan tenang kerana ini akan merangsang…

  • Tanda Awal Bayi Memerlukan Susu

    Kami ingin berkongsi dengan anda sedikit tips tentang Penyusuan Susu Ibu. Dan kali ini, post kami berkaitan dengan tanda-tanda awal bayi anda memerlukan susu. Untuk berjaya dalam proses penyusuan susu ibu, seorang ibu perlu memberi sepenuh perhatian kepada perkembangan bayi dan tanda-tanda yang diberikan oleh bayi, bukannya bergantung kepada jam atau waktu (watch the baby, not the clock!). Perhatikan pada bayi anda tanda-tanda awal berikut yang menunjukkan bahawa bayi anda bersedia untuk menyusu. ☀ Badan bayi anda mula bergerak-gerak (tidak tenang) ☀ Bayi anda menggerakkan tangan ke mulutnya, dan kadang-kadang menghisap tangan ☀ Mulut bayi terbuka dan seolah-olah sedang menghisap sesuatu ☀ Mulut bayi anda tercari-cari puting apabila anda menyentuh…