• Tips Susu Meriah Semasa Pam / Perah Susu

    Antara dilema atau kesukaran ibu yang bekerja dan menyusukan anak adalah semasa pam susu di tempat kerja. Semakin lama ibu bekerja, hasil perahan susu semakin berkurangan. Sehinggakan ibu risau dan menjadi stress sebab susu berkurangan dan tak banyak seperti sebelumnya. Betul kan? KakMah nak share tips macam mana untuk bantu ibu yang pam atau perah di tempat kerja, untuk mendapat hasil yang meriah. Mudah-mudahan, Allah mengizinkan dan mempermudahkan urusan ibu-ibu. Tips / Faktor Berjaya Pam Susu Waktu terbaik untuk pam susu adalah awal pagi, sebelum subuh. Ini kerana hormon prolaktin adalah tinggi dan dapat membantu menghasilkan lebih banyak susu. Adalah penting untuk ibu stress-free semasa pam. Ibu yang berada dalam…

  • Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusukan Anak

    Bulan Ramadhan tak lama je lagi ni kan? Ibu yang menyusukan anak, mesti risau susu drop. Terutama untuk ibu yang bekerja. KakMah sendiri pun kadang tu risau gak. Tapi jangan sampai stress. Sebab stress tu juga boleh membantutkan pengeluaran susu. Allah menjanjikan rezeki setiap orang, termasuk juga ibu yang menyusukan anak. Jadi, jangan risau sebab KakMah nak share tips berpuasa untuk ibu yang menyusukan anak. Allah Maha Penyayang. Perlu sentiasa yakin yang production susu kita tetap ada walaupun sepanjang berpuasa. KakMah faham. Ibu risau sebab masa tu tak minum air di siang hari, tak makan. Jadi, macam mana nak datangnya susu? Betul tak? Sebab itu pentingnya pemakanan semasa sahur dan…

  • Supplement Shaklee Untuk Bantu Ibu Menyusu

    Ibu menyusu memerlukan nutrisi seimbang, lengkap, dan juga sihat untuk keperluan ibu dan juga bayi yang disusui. Ya, mungkin ramai tak faham. Tapi apa ibu makan/minum, si anak juga mendapat khasiat atau rasa yang sama. Sebab tu perlunya pemakanan yang sihat supaya bayi juga turut sihat dan membesar dengan baik. Setuju? Seperti juga ibu yang sedang hamil, antara nutrisi diperlukan oleh ibu yang menyusukan anaknya ialah protein, kalsium, vitamin c, zat besi, omega-3, dan banyak lagi. Nutrisi ini membantu perkembangan minda anak dan juga kesihatan anak. Manakala untuk ibu, ia membantu memberikan tenaga, mengawal emosi dengan baik. Bila ibu bertenaga, tak stress, kesihatan baik, maka susu pun mudah terhasil dan…

  • Manfaat dan Kelebihan Menyusukan Bayi (Breastfeed)

    Tahu tak, susu yang terbaik untuk bayi yang baru lahir adalah susu ibu itu sendiri. Ini juga disebut di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 233. Sesungguhnya, ibu hendaklah menyusukan anak mereka sehingga berusia 2 tahun genap. Itulah yang terbaik untuk anak kita. Ramai ibu yang bila dah mula hamil, memang dah tanam niat ingin menyusukan anak mereka dengan susu ibu sendiri. Alhamdulillah, jika telah pun berniat begitu. Teruskan belajar dan fahami apa diperlukan untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu. Banyak manfaat dan kelebihan jika ibu berpeluang untuk menyusukan anak ibu sendiri. Manfaat ini bukan hanya untuk ibu, tetapi juga untuk anak. Nak tahu apa? Manfaat kepada Bayi Susu ibu sangat…

  • Rahsia Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerja

    Ibu yang bekerja sentiasa mengalami dilema bagaimana untuk jayakan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka, terutama apabila mereka telah mula melangkah masuk ke alam pekerjaan semula. Dah tentu, tiada masalah sepanjang tempoh berpantang kerana bayi sentiasa di depan mata ibu. Tapi bila dah masuk kerja, jadual kerja yang padat kadang tu buat ibu rasa stress dan tak tahu macam mana nak manage untuk pam dan sediakan stok semasa bekerja. Tahu tak, bila ibu telah mula stress sepanjang tempoh cuti berpantang tu, production susu pun boleh menjadi semakin berkurangan. Nanti bekalan EBM untuk anak pun tak mencukupi bila ibu dah mula bekerja nanti. So, ibu perlu buat persediaan semasa hamil lagi.…