Salam Ramadhan 1434H

Assalamualaikum… Kami mengucapkan Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa kepada semula umat Islam yang visit blog kami… Moga Ramadhan tahun ini memberi 1000 keberkatan kepada kita.. Sama-sama kita meningkatkan ibadah, agar lebih dekat dengan-Nya.. In Shaa ALLAH..
Jangan lupa baca niat ya?
SELAMAT BERPUASA!!!

Ujian Allah itu Indah

Assalamualaikum…
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah (ayat 286) yang bermaksud:
Surah Al-Baqarah (Ayat 286)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Firman Allah ini menunjukkan bahawa untuk setiap dugaan atau pun ujian yang Allah berikan untuk umat-Nya, percayalah bahawa dugaan itu adalah sesuatu yang mampu ditanggung oleh manusia itu sendiri. “Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” Oleh itu, sekiranya kita ditimpa ujian/dugaan/musibah, sentiasa lah ingat pada Allah.. Allah akan bersama dengan kita… Allah tidak akan melupakan kita.. Jangan putus asa untuk terus berdoa kerana Allah Maha Mendengar..
Kegagalan bukanlah untuk ditangisi selamanya, kerana kita ada kalimah Allah yang sentiasa memberi kelapangan pada hati dan fikiran, malah akan memberi semangat untuk kita terus tabah menghadapi segalanya. Percayalah bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita.. Janganlah kita lemah.. Sentiasa ingat pada Allah S.W.T..

Surah Al-Imran (Ayat 139)
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 
Wallahu’alam

Kesabaran itu ada Hikmahnya…

Assalamualaikum..
Syukur Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita bernafas di bumi yang sementara ini.. Semoga segala apa yang kita lakukan hari ini, diberkati oleh Allah s.w.t.. in shaa ALLAH…
Hari ni sy just nk share terjemahan dari Surah Al-Imran, ayat 120 yang berbunyi…
Yang bermaksud (in English)
If good touches you, it distresses them; but if harm strikes you, they rejoice at it. And if you are patient and fear Allah , their plot will not harm you at all. Indeed, Allah is encompassing of what they do. [quran.com]
Sesungguhnya, untuk setiap apa jua dugaan atau kesempitan yang kita dapat, sekiranya kita bersabar dan bertakwa kepada Allah, Allah akan melindungi kita.. Percayalah, untuk setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah yg Allah dah tetapkan untuk kita. Kita perlu sabar, redha, dan tawakal.. in shaa Allah, bahagia akan menanti kita… Allah Maha Berkuasa… Sentiasalah memohon pada-Nya.. Dia akan mendengar..
Wallahu’alam…