• 10 Tips Ayah “Bonding” dengan Anak

    Pastinya seorang ayah ingin ada ikatan rapat dengan anak, terutama anak baru lahir. Orang “MatSalleh” kata, “Bonding”. Selalunya seorang ayah risau, sebab anak yang baru dilahirkan sudah semestinya sentiasa bersama dengan ibu. Tambahan pula jika menyusu badan. Memang setiap masa anak adalah dengan ibu. Adakah itu bermakna, ayah tidak boleh untuk ada “bonding” dengan anak? Seperti jarang ada peluang untuk ayah “berduaan” dengan baby kan. Sebenarnya, banyak benda ayah boleh buat untuk create “bonding” dengan anak, terutama bayi baru lahir. Ketika ini, anak bukan sahaja ingin kenal dengan ibunya. Tapi dia juga ingin kenal dan mengetahui siapa ayahnya, sifat dan keperibadian ayahnya. KakMah ingin kongsikan dengan anda, tips menarik yang…

  • 6 Kunci Kejayaan Untuk Berjaya Menyusukan Anak

    Zaman sekarang ni, breastfeeding atau penyusuan susu ibu bukanlah lagi sesuatu yang janggal di dengar. Malah, pihak hospital juga amat menggalakkan penyusuan susu ibu. Ini disebabkan oleh khasiat dan nutrisi dalam susu ibu itu adalah sangat bernilai dan tiada tolok bandingnya. Sebagai contoh, ada bayi yang mengalami masalah prolong jaundice disebabkan oleh susu ibu. Namun, doktor tak suruh stop menyusukan anak, tapi doktor suruh teruskan kerana tidak ada komplikasi kesihatan lain (seperti berkaitan dengan hati bayi). Ini adalah pengalaman KakMah sendiri selepas melahirkan anak pertama. Anak KakMah prolong jaundice sehingga usia hampir mencecah 3 bulan. Alhamdulillah, kesihatan anak baik dan KakMah dapat menyusukan anak sepenuhnya tanpa perlu rasa bimbang. Setiap…

  • Anak Jarak Dekat (Tak Lebih 2 Tahun) – Macam Mana Nak Handle?

    Selalu ada ibu mengeluh, penat dan letih nak uruskan 2 orang anak yang jaraknya tak lebih daripada 2 tahun. Memang lebih ideal jika jarak antara 2 orang anak lebih daripada 2 tahun. Secara logiknya, sebab yang sulung masih terlalu kecil dan perlukan perhatian ibu bapanya untuk membesar dengan penuh kasih sayang. Dan juga, sebab emosi anak-anak kurang daripada 2 tahun kadang tu sukar dijangka. Mereka juga mungkin susah untuk memahami. Bila dah dapat adik dan nampak ibu atau ayahnya lebih menumpukan perhatian pada adiknya, maka emosi dan jiwanya terganggu. Tapi kalau dah Allah beri rezeki awal, siapa kita untuk menolak? Jadi, macam mana kita nak handle situasi begini? KakMah juga…

  • Tanda Awal Bayi Memerlukan Susu

    Ibu perlu tahu bila baby perlukan susu. Sebab bila baby dah menangis kuat dan teresak-esak, baby seakan merajuk dan susah nak minum susu lepas tu. Ibu kena cool down kan baby, tunggu dia berhenti menangis, tenangkan baby, barulah boleh menyusukan anak dengan tenang. Sebab tu penting untuk ibu tahu tanda awal baby perlukan susu. Semasa dalam pantang, ibu sebenarnya perlu fokus dengan baby. Lihat pola tidurnya, pola menyusunya. Setiap pergerakan baby, pasti ada sebab dan dari pergerakan tu la ibu boleh tahu bila sebenarnya waktu yang tepat untuk menyusukan anak. Ini dipanggil “Watch the Baby, not the Clock!”. Jangan set kan masa untuk susukan baby. Baby sendiri akan bagi hint…

  • Rahsia Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Bekerja

    Ibu yang bekerja sentiasa mengalami dilema bagaimana untuk jayakan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka, terutama apabila mereka telah mula melangkah masuk ke alam pekerjaan semula. Dah tentu, tiada masalah sepanjang tempoh berpantang kerana bayi sentiasa di depan mata ibu. Tapi bila dah masuk kerja, jadual kerja yang padat kadang tu buat ibu rasa stress dan tak tahu macam mana nak manage untuk pam dan sediakan stok semasa bekerja. Tahu tak, bila ibu telah mula stress sepanjang tempoh cuti berpantang tu, production susu pun boleh menjadi semakin berkurangan. Nanti bekalan EBM untuk anak pun tak mencukupi bila ibu dah mula bekerja nanti. So, ibu perlu buat persediaan semasa hamil lagi.…