• Period Kembali Stabil dan Berjaya Hamil

    Wanita ni ada masanya kitaran haid (period cycle) tetap, ada yang tak tetap. Kitaran haid bermaksud tempoh daripada hari pertama datang period hingga ke hari pertama datang period yang seterusnya. Faham? Contoh, 19 Oct Hasnah (bukan nama sebenar) datang period. Kemudian 19 Nov, Hasnah datang period semula. Jadi, kitaran haid Hasnah ialah 32 hari (19 Oct – 19 Nov). Kitaran haid yang tetap bermaksud setiap kitarannya mempunyai tempoh yang hampir sama 28 – 32 hari. Manakala jika tidak tetap, tempohnya boleh jadi 30 hari, 40 hari, 35 hari. Pada mereka yang ingin ikhtiar untuk hamil, kitaran haid ini sangat penting untuk diambil tahu. Jangan pandang sambil lewa sahaja. Jika ada…

  • Infographic: Senarai Barang Keperluan Untuk Bersalin di Hospital

    Senarai ni sebenarnya dah lama bertakuk kat KakMah punya folder, tapi lupa nak up kat blog. Haha. Asalnya, sebab cerita masa KakMah bersalinkan anak kedua September tahun lepas. Banyak benau barang lupa, especially barang baby. Mujurlah ada ibu lain bagi pinjam. Adei. Segan KakMah. Padahal anak kedua, tapi boleh lupa segala benda. So, KakMah fikir nak share kan dengan ibu-ibu di luar sana, yang tengah tunggu masa nak bersalin tu, bolehlah check dalam senarai ni, dah cukup belum barangnya. Kalau tak cukup, boleh terus g beli tau. Rasanya banyak expo baby dalam masa terdekat ni. Bolehlah shopping. Yeay! Senarai ni, ibu-ibu boleh sesuaikan dengan keadaan masing-masing. Sekiranya dijangkakan bersalin secara…

  • Kulit Kembali Berseri dengan The Radiant 4

    Dilema sangat apabila kulit bermasalah sangat kan? Terutama masalah kulit kusam, jeragat, berminyak, berjerawat. Dah cuba pelbagai skincare, tapi masih tak berkurangan. Malah, ada kes dimana tersalah pilih skincare, ada bahan kimia, kulit jadi lebih teruk. Macam-macam product yang terdapat di pasaran sekarang ni. Bagaikan cendawan tumbuh. Dalam masa 1-2 jam tengok tv, pelbagai iklan product baru keluar. Hehe. Tapi KakMah masih setia memilih product Shaklee. Sebab KakMah yakin product Shaklee adalah selamat, semulajadi, berkesan. Alhamdulillah, setakat KakMah tulis ni tahun 2017, KakMah dah amalkan supplement Shaklee selama 5 tahun. Tadi cerita pasal masalah kulit kan? Hehe. Ok, KakMah nak share sedikit a successful story yang juga mengalami masalah kulit…

  • Boleh ke Kurus Selepas Bersalin? – Video Sharing

    Ramai mengeluh, risau. Bimbang berat badan semakin bertambah selepas melahirkan anak. Betul tak? Masa KakMah mula-mula disahkan hamil anak pertama dulu, KakMah tak risau sangat benda ni. Tak sedar diri sebelum ni punyalah gemuk KakMah ni. Sungguh. Boleh tengok post KakMah sebelum ni. Beza semasa belum hamil, dan selepas melahirkan 2 orang anak. Namun Alhamdulillah. KakMah dapat menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas melahirkan anak pertama. 10kg lebih kurang berbanding semasa awal kehamilan. Sebab tu, kelihatan perbezaan yang sangat ketara. KakMah mula-mula tak perasan pun. Tak timbang pun berat badan KakMah berapa. Tapi bila masuk kerja, kebanyakannya tegur kata KakMah dah kurus. Bila timbang, pastu compare dengan berat asal (check…

  • Berat Naik Lepas Bersalin?

    Ramai ibu yang runsing dan risau akan kenaikan berat badan semasa hamil. Ada yang naik 10kg, ada yang naik 20kg. Tapi, boleh ke berat tu turun semula ke berat asal selepas bersalin nanti? Wanita sememangnya sangat menjaga berat badan. Kalau boleh, tak mahu makin berat selepas bersalin. Nak maintain macam anak dara or better than that kan? Betul ke Berat Susah Turun Lepas Bersalin? Sebenarnya, salah satu tips untuk mudah turun berat badan selepas bersalin adalah dengan menyusukan baby. Sebab setiap kali anda menyusukan baby, samada direct feeding atau pam, anda sebenarnya membakar sangat banyak kalori. Sebab tu kalau anda perasan, masa menyusu, kita rasa mengantuk sangat. Macam ada setan yang…