• 12 Tips Mudah Untuk Tambah Susu Ketika Pam

    Menjadi kerunsingan ibu-ibu apabila melihat jumlah susu yang dipam tidak banyak. Paling sedih dan membimbangkan apabila dari sehari ke sehari, jumlah susu semakin sedikit, tapi anak memang bergantung pada susu ibu sahaja. Tidak kiralah samada anda seorang ibu yang memang 100% pam (exclusive pumper), ibu bekerja yang pam setiap hari di ofis, atau apa sahaja lah. Jika pam susu ni memang menjadi rutin anda, anda pasti ingin pastikan hasil pam anda sentiasa consistent dan mencukupi untuk anak. Setuju tak? KakMah juga kadang-kadang mengalami masalah yang sama. Susu drop, terutama bila datang period. Dan ada kalanya pun, bila stress, letih pun boleh membuatkan susu drop. KakMah ada jumpa 12 tips mudah…

  • Tips Hilangkan HFMD Dengan Cepat

    HFMD kembali menyerang. Angka pesakit semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh, taska, tadika, sekolah, dah pastinya risau akan cepatnya merebak virus HFMD ni kan. Sebab once anak dah disahkan mengalami HFMD, anak kena kuarantin. Tidak boleh bercampur dengan kanak-kanak lain di luar untuk mengelakkan daripada mudah terjangkit pada orang lain. HFMD adalah disebabkan oleh Enterovirus iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71)*. HFMD sangat mudah merebak dari individu ke individu yang lain. Dengan hanya bersentuhan dengan persekitaran yang telah pun dijangkiti virus tersebut seperti lelehan hingus, air liur, najis, serta cecair lepuh daripada mereka yang telah pun dijangkiti. Jika anak…

  • Pencuci Baju Yang Selamat Digunakan

    Sekarang ni ada macam-macam jenama produk pencuci baju di pasaran. Ada yang mempunyai wangian yang kuat, ada yang serbuk, ada yang cecair, macam-macam. Kadang-kadang tu, kita (terutama mak-mak) ni, sampai tak tahu nak pilih produk apa, produk yang bagaimana. Ada yang berjimat, jadi pilih produk yang mempunyai harga lebih murah. Ada yang tak kisah, memilih produk yang lebih berkualiti. Benda ni try and error. Ada yang serasi dengan kulit, baju dan ada juga yang tidak. Bagi mereka yang kulitnya sangat sensitif, terutama dengan bahan kimia, pemilihan produk pencuci baju adalah sangat kritikal. Mereka perlu memastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan kimia, menggunakan bahan semulajadi. Dan sebenarnya, tak banyak produk seperti…

  • 8 Sebab Kesuburan Suami Isteri Boleh Terganggu

    Pasangan berkahwin ni ada masanya dikurniakan rezeki zuriat awal, ada yang lewat. Tapi kita sebagai manusia, perlu ikhtiar bersungguh-sungguh untuk capai sesuatu. Selain daripada doa, tawakal pada Allah. Bab zuriat ni, bergantung juga pada tahap kesuburan kita. Ada pasangan yang tiada masalah. Sebab tu rezeki mereka, dapat zuriat awal. Namun ada juga di antara pasangan yang diuji dengan masalah kesuburan. Dan ini menyebabkan isteri sukar untuk hamil. Masalah kesuburan bukan hanya pada wanita. Lelaki juga ada tahap kesuburan mereka. Malah, kesuburan lelaki adalah sangat penting sebab sperma mereka berjuang untuk sampai ke ovum isteri dan bersatu. Jika sperma suami lemah, kuantiti tidak mencukupi, maka kebarangkalian untuk isteri hamil juga tipis.…

  • Tips Anak Pertama Kali Berpuasa

    Alhamdulillah, bertemu lagi kita di bulan Ramadhan tahun ini. Dan, semestinya, pasti ada di antara anak-anak anda yang pertama kali belajar berpuasa pada tahun ini. Betul tak? Ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak kuat semangat dan dapat berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadhan ini. Tanamkan niat dan semangat dalam diri anak-anak tentang kelebihan berpuasa, dan kenapa puasa itu penting untuk kita. Jangan sesekali memaksa mereka untuk berpuasa. Dan disarankan untuk tidak “menyogok” mereka dengan sesuatu untuk memastikan mereka berpuasa penuh. Biar mereka ikhlas dan faham tentang apa itu puasa. Ada banyak lagi cara lain untuk fahamkan anak tentang kepentingan berpuasa. Dan ada banyak cara juga untuk jadikan puasa…