• Khasiat Omega 3 Untuk Kehamilan

    Seorang ibu yang hamil memerlukan pelbagai nutrisi supaya kandungan sihat, ibu sendiri sihat dan kuat untuk “membawa” bayi di dalam kandungan. Bukan mudah, tapi ianya adalah tidak mustahil jika badan kita ni cukup dengan nutrisi yang dapat membantu ibu untuk lebih kuat, bertenaga, dan sihat. Bayangkan, apabila kandungan berusia 7, 8, dan 9 bulan. Berat bayi waktu itu boleh mencecah 3kg atau lebih. Jika nutrisi ibu tak cukup, nanti mulalah sakit pinggang, sakit badan, kaki cramp, dan macam-macam lagi. Salah satu nutrisi yang seorang ibu hamil perlukan ialah Omega-3 – EPA, dan DHA. Khasiat Omega-3 ini adalah sangat digalakkan untuk mula diamalkan sejak merancang kehamilan lagi. Kedua-dua suami dan isteri…

  • Khasiat Omega 3 Untuk Kesihatan

    Salah satu nutrisi yang kita perlukan seharian adalah Omega 3. Omega 3 adalah asid lemak yang anda tak boleh abaikan dalam diet harian anda. Ianya memberikan banyak manfaat kepada tahap kesihatan kita, tidak kira peringkat umur atau jantina. Semestinya, kita boleh dapatkan khasiat Omega 3 ini daripada pemakanan harian. Terdapat beberapa jenis ikan yang kaya dengan khasiat EPA, DHA seperti Ikan Bilis, Ikan Sardin, Tuna, Ikan Tenggiri, Salmon. Cuma, kita perlu pastikan cara penyediaan makanan ini masih mengekalkan khasiat ikan itu sendiri. Kenapa Omega 3 dikatakan asid lemak yang sangat penting untuk kesihatan? Jantung yang Sihat Omega 3 dapat membantu mengurangkan masalah keradangan. Masalah jantung boleh disebabkan oleh keradangan yang…

  • 7 Tips Kurus Lepas Bersalin

    Benda pertama yang ibu risau sangat adalah kenaikan berat badan semasa hamil, dan bagaimana nak turunkan badan semula selepas bersalin. Sekurang-kurangnya hingga mencapai berat badan asal atau dapat berat badan yang lebih ideal (means lagi kurus daripada sebelum hamil). Memang menjadi idaman setiap ibu yang ingin kelihatan kurus dan maintain, walaupun dah beranak-pinak. Nak jaga body, kata orang tu. Selain daripada untuk kelihatan lebih confident, cantik, maintain, sebenarnya memang penting untuk kita jaga/kawal berat badan kita selepas bersalin. Sebab, kita perlukan badan kita sihat untuk jalani rutin harian sebagai seorang ibu atau wanita bekerjaya. Bila berat badan naik, ia boleh menyebabkan kita cepat penat, letih. Emosi kita juga mudah terganggu…

  • Supplement Kalsium Dalam Bentuk Tablet (OsteMatrix)

    Pengambilan kalsium dalam diet harian adalah sangat penting untuk tulang, sendi, saraf, juga untuk peredaran darah yang baik ke seluruh salur darah dalam badan kita ni. Akan tetapi, masih ramai yang tidak sedar akan kepentingan kalsium ni. Namun sebenarnya, secara tidak sedar juga, semakin banyak tanda-tanda kekurangan kalsium mula muncul dalam diri. Contoh seperti lenguh-lenguh badan, sakit pinggang, kemurungan, stress. Mungkin kerana mereka beranggapan, nak dapatkan khasiat kalsium ni daripada susu sahaja. Tapi, banyak lagi sumber kalsium yang kita boleh dapat seperti brocolli, bayam, telur, tempeh, dan banyak lagi. Masalahnya di sini ialah, mampukah kita untuk mengamalkan pemakanan tersebut setiap hari? Tahu tak, berapa kandungan kalsium yang kita perlukan setiap…

  • Supplement Untuk Ibu Menyusu

    Ibu menyusu sangat memerlukan nutrisi yang lengkap dan mencukupi supaya dapat kekal bertenaga, dapat membantu menghasilkan susu yang berkualiti. Ramai salah faham dengan pengambilan supplement. Mereka beranggapan, bila makan supplement, susu terus melimpah ruah, tanpa perlu berpenat lelah untuk menyusukan anak setiap 2 jam sekali, pam susu. Penghasilan susu terjadi apabila ibu kerap menyusukan anak, kerana dari situlah ada nya “demand”, iaitu keperluan untuk menghasilkan susu. Jika ibu tak rajin nak menyusukan anak atau pam, maka susu boleh drop sebab tiada demand. Ibu perlu faham, konsep penyusuan yang sangat penting ialah “supply & demand”. Jika ada “demand”, barulah ada “supply” (susu terhasil). Pengambilan supplement membantu ibu untuk kekal bertenaga, tidak…