5 Tips Ukur Kaki Anak Untuk Beli Kasut Baru

Haaa… Bulan ramadhan dah kunjung tiba. Anak-anak dah mula berpuasa ke? Kalau dah, Alhamdulillah. Bolehlah reward kan mereka dengan membeli kasut baru. Orang kata, kasut raya. Kan? Sekadar untuk menaikkan semangat mereka, supaya boleh berpuasa penuh. In shaa Allah.

Nak beli kasut baru untuk anak-anak, sama juga tips nya macam kita yang dewasa ni nak mencari kasut baru. Paling penting keselesaan dan tak memudaratkan kesihatan kaki. Kalau terlalu kecil, sempit, nak jalan jauh pun sakit. Kalau terlalu besar, kejap-kejap terbuka. Oleh itu, penting untuk cari saiz dan jenis kasut yang bersesuaian dengan anak-anak. Ummi nak share serba sikit tips untuk ukur dan mencari kasut anak.

Tips Ukur Kaki Anak

  1. Pastikan anak berdiri semasa memilih kasut
    • Macam kita juga, bila nak tahu saiz kasut, penting untuk berdiri. Pastikan tapak kaki rata dengan lantai. Anak perlu berdiri tegak untuk elakkan “ralat”. Pastikan juga ibu jari kakinya lurus.
    • Sebaiknya, galakkan anak memakai stokin semasa mencuba kasut baru. Ini untuk memastikan kasut yang dibeli tidak terlalu kecil, dan masih mempunyai ruang untuk keselesaan anak.
  2. Gunakan pembaris untuk ukur kaki
    • Ukur kedua-dua kaki anak menggunakan pembaris. Ukur dari hujung tumit yang menyentuh lantai, hingga ke hujung ibu jari kaki mereka. Anda boleh menambahkan 1/4 inci atau 1/2 inci dalam ukuran kerana anak cepat membesar.
  3. Pastikan ada ruang antara ibu jari kaki dan hujung kasut
    • Untuk memastikan anak lebih selesa, pastikan anak mencuba kasut tersebut dengan memakainya. Dalam posisi berdiri, anda tekan di bahagian ibu jari kaki anak, dan pastikan masih ada ruang di antara hujung ibu jari kaki dengan kasut. Ini dapat menambahkan lagi keselesaan si pemakai. Nak berlari pun, tak ada masalah nanti.
  4. Pastikan anak “mencuba” dahulu
    • Boleh minta anak buat “catwalk”. Ini salah satu cara untuk anak mencuba dahulu kasut itu dan menilai sendiri keselesaan kasut tersebut. Pastikan kasut tidak terlalu besar hingga mudah tumitnya terkeluar semasa berjalan. Dan pastikan tidak terlalu kecil hingga anak rasa sakit terutama di hujung jari dan atas tumit.
  5. Pastikan criteria memilih kasut ini diikuti
    • Pilih kasut yang fleksibel.
    • Pilih kasut yang lebarannya besar untuk memberi ruang kepada tumbesaran kaki anak. Tulang kaki anak sangat lembut, terutama jika mereka berusia 4 tahun ke bawah.
    • Pilih kasut daripada material yang boleh menyerap peluh seperti kanvas, kain. Ini membolehkan peredaran udara yang lebih baik untuk kaki anak.
    • Pilih kasut yang tapaknya ada bunga yang baik untuk mengelakkan anak daripada tergelincir, terutama apabila berjalan di waktu hujan.

 

Ok, selamat membeli kasut baru untuk anak-anak anda. Pasti mereka tidak sabar untuk memilih kasut kesukaan mereka. Tambahan pula, sekarang ni pelbagai design dan corak ada. Corak animasi, kartun. Jangan nanti mereka rambang mata, ibu ayah pening kepala. Hehe. Happy shopping!

signature 3

Antara Babywearing dan Stroller – Mana Lagi Baik?

Ramai bertanya pada ummi, mana lagi better; babywearing atau stroller? Kendong atau biarkan baby dalam stroller. Bermacam pendapat dan pandangan dari ibu-ibu juga si bapa. Pelbagai persepsi kita dengar tentang 2 cara ini. Sebenarnya, ikut keselesaan, kehendak, dan keperluan masing-masing. Ummi hanya ingin berkongsi pandangan ummi tentang mengendong dan juga memasukkan bayi ke dalam stroller. Apa yang ummi lihat, dan apa perbezaannya yang ummi rasakan. Terpulang pada anda samada ingin terima, atau mencuba sendiri.

BabyWearing vs Stroller

Secara umumnya, kedua-duanya ada kebaikan dan keistimewaan tersendiri. Jom kita tengok satu-satu.

Kebaikan Babywearing

  • Mudah nak shopping (tak perlu risau keberadaan anak)
  • Tangan si pemakai (babywearer) lepas dan boleh buat kerja lain
  • Memberi keselesaan pada baby sebab baby dekat dengan jantung kita
  • Mengeratkan hubungan si pemakai dan baby
  • Baby lebih selesa dan mudah tidur
  • Mudah disimpan
  • Harga berpatutan (bergantung pada brand, jenis)

Kebaikan Stroller

  • Tak perlu nak dukung baby
  • Boleh dijadikan tempat simpan barang (beg baby, barang shopping..) Hehe
  • Pergerakan baby lebih senang terutama yang dah pandai bermain
  • Baby selesa untuk tidur dalam posisi baring
  • Boleh letak aksesori / mainan pada stroller untuk tarik perhatian anak
  • Ada yang ringan, user-friendly (kena banyak survey sebelum buat pilihan)

 

Kedua-duanya ada kebaikan tersendiri. Cuma, ummi lebih prefer babywearing disebabkan beberapa sebab seperti:

  • Jika travel alone, lebih mudah nak kawal anak sebab anak dalam kendongan
  • Agak sukar untuk handle stroller (nak buka, simpan). Tambah pula kalau terbeli yang agak berat
  • Baby kelihatan amat selesa bila ber-babywearing. Nak tidur pun senang.
  • Tak perlu bimbang sebab anak sentiasa dalam pangkuan
  • Kalau anak dah pandai jalan, sesekali boleh lepaskan dia untuk berjalan. Selalunya ummi buat macam ni, bila abah nya ada. Kalau ummi seorang, ummi akan kendong dari keluar kereta sampai masuk kereta semula.

 

Jadi, terpulang pada anda nak cuba mana satu. Untuk anak pertama, kebiasaannya, memang akan memilih stroller. Stroller masih boleh digunakan terutama untuk newborn. Tapi babywearing juga ada yang bersesuaian untuk newborn seperti ringsling, mei tai, dan sebagainya. Boleh rujuk post ni untuk tahu carrier yang sesuai mengikut umur anak.

Kat mana nak beli carrier yang baru?

Boleh cuba websites ni:

BabyPot

Snuggbaby

Jumpsac

NeezaNeedles

dan banyak lagi websites. Boleh juga sewa atau beli second hand melalui group FSOT di FB.

Ok, selamat memilih ibu semua. Pilihan di tangan anda. Good luck!

signature 3

Infographic: Tips Pilih Carrier Babywearing Mengikut Umur

Satu lagi “baby gear” yang ibu bapa perlu ada ialah baby carrier. Well, kalau nak dibandingkan antara Stroller dan Babywearing ni, sudah semestinya ummi akan pilih Babywearing. Salah satu sebab ialah, baby rapat dengan kita, lagi akrab dan mudah nak handle bila berjalan. Tak perlu nak sorong stroller. Hehe. Tapi atas pilihan masing-masing. Ada sesetengah orang, tak dapat nak ber-babywearing disebabkan faktor kesihatan. Jadi, stroller lah jadi pilihan. Yang mana ok, cuba carrier ni dulu.

Tips Memilih Baby Carrier

Ummi nak share bagaimana untuk memilih carrier yang sesuai mengikut peringkat umur. Kalau berceloteh panjang lebar, risau nanti kot tak faham. Kan? Jadi, ummi dah sediakan satu infographic khas untuk panduan pembaca.

Tips Pilih Carrier Babywearing

Kalau ada sebarang kemusykilan tentang macam mana nak pakai, atau nak minta pendapat kawan-kawan untuk troubleshoot pemakaian baby carrier anda, ada beberapa group FB yang anda boleh join dan timba ilmu di sana. Banyak info menarik yang admin group akan kongsikan nanti. Selain tu, boleh belajar dari kawan-kawan lain.

Oh. Apa nama group tu ya?

Malaysian Babywearers

Babywearer’s Haven

Ni antara 2 group yang ummi join dan timba ilmu. You all pun boleh join sekali untuk sama-sama belajar. Banyak juga aktiviti yang mereka anjurkan tau.

Ok. Semoga bermanfaat untuk semua. In shaa Allah, nanti ummi akan share lagi tentang babywearing.

9 Tips Nak Pilih Stroller Anak

Ada sahabat bertanyakan pada ummi tentang tips untuk pilih stroller yang sesuai untuk anak. Well, ummi ni takde la “terer” sangat bab ni. Tapi, in shaa Allah, dengan sedikit research dari website sana-sini, ummi simpulkan dalam post ummi kali ni. Ok? Semoga bermanfaat kepada anda semua, terutama “first-time-parents”.

Stroller atau “kereta sorong anak” ni adalah salah satu benda yang ibu bapa “perlu” ada. Bukan kata wajib, tapi sekurang-kurangnya perlu satu peralatan yang bantu “membawa” bayi (atau anak) bila kita nak berjalan. Tapi jika tanya ummi, antara stroller atau baby-wearing, ummi akan pilih baby-wearing. Hehe. Nanti ummi buat satu post pasal baby-wearing pula ya?

Tips Pilih Stroller

Ada 9 tips untuk anda pertimbangkan sebelum membuat pilihan stroller apa anda perlu pilih dan beli.

  1. Keselamatan
    • Perkara paling penting kena consider bila nak membeli stroller ialah ciri-ciri keselamatan yang ada pada stroller tersebut. Pastikan feature locking dia bagus, tak mudah tercabut. Pastikan juga tak ada bahagian yang tajam di sekitar stroller yang boleh membahayakan anak. Jika stroller dibeli untuk baby baru lahir, pastikan bahagian depan tu tak terlalu luar hingga boleh memboloskan baby ke depan.
  2. Tali Pinggang Keledar (Seatbelts)
    • Mana-mana stroller sekarang ni dilengkapi dengan seatbelts. Tujuan dia tak nak anak jatuh atau keluar dari stroller tanpa kita sedar. Paling bagus, seatbelts ada 5 point abah-abah yang cover bahagian pinggang, antara dua kaki, daripada bahagian bahu. Pastikan ianya senang untuk ditanggalkan oleh kita, tapi masih selamat dan selesa untuk anak. Material seatbelts tu kena consider. Kalau kasar sangat material dia, boleh “membahayakan” anak, jangan pilih.
  3. Brakes
    • Bila dah nak beli stroller tu, test dulu brake dia macam mana. Kan stroller ada function yang boleh “lock” tayar daripada bergerak tu, itulah brake stroller. Test dulu tahap brake stroller tersebut. Pastikan bila kita dah lock, memang sukar nak gerakkan stroller.
  4. Mudah untuk Gerakkan
    • Ada stroller yang tak mudah untuk digerakkan. Rasa keras. Bila nak pusing pun susah. Stroller yang bagus adalah stroller yang mampu digerakkan secara lurus pada 1 garisan lurus, dan boleh memusingkan stroller tersebut dengan 1 tangan sahaja. Stroller yang membolehkan tayar berpusing depan dan belakang adalah yang terbaik untuk anda pilih.
  5. Ketinggian Pemegang
    • Nak tolak stroller ni, kita kena jaga juga posisi badan kita semasa nak tolak stroller. Jadi, pastikan kedudukan pemegang (ketinggiannya) adalah pada paras pinggang anda. Kalau tinggi sangat atau rendah sangat, boleh menyebabkan posisi badan anda membengkok dan ini boleh “merosakkan” tulang anda. Cari stroller yang boleh adjust ketinggian pemegang.
  6. Boleh Ubah Kedudukan Tempat Duduk
    • Tempat duduk perlulah senang diubah kedudukannya mengikut umur anak. Contoh jika anak baru lahir, tempat duduk stroller perlulah baring (seakan kedudukan rata) sebab baby tak boleh nak kawal pergerakan kepala dan tak boleh duduk sebetulnya. Bila anak dah besar pun, katalah anak tidur, kedudukan rata adalah diperlukan untuk memastikan posisi tulang mereka dalam keadaan baik.
  7. Ada “canopy”
    • Stroller pun nak kena ada “canopy” tau. Alaaa, yang cover bahagian atas kepala anak tu. Hehe. Tujuan dia macam payung la juga. Nak elak dari kena panas matahari, hujan. Bila anak tidur, boleh turunkan canopy tu untuk cover dia dari cahaya luar, tidur pun lebih selesa.
  8. Senang Simpan
    • Perkara paling anda perlu consider bila nak beli stroller ialah senang nak simpan. First, check dulu kereta anda. Kalau kecil, janganlah beli stroller besar yang sampai tak muat nak simpan dalam bonet kereta. Pastikan bila nak beli tu, cuba lipat dulu stroller tu dan bandingkan dengan saiz bonet kereta. Kalau muat, belilah. Lepas tu, pastikan juga ianya woman-friendly. Maksudnya, senang untuk buka dan simpan. Tak perlu bongkok-bongkok nak cari punat nak buka. Kadang-kadang kita keluar bukannya setiap masa dengan suami, ada kalanya seorang je dengan anak. Jadi, pilih yang mudah untuk diuruskan tapi masih menepati ciri-ciri keselamatan diperlukan.
  9. Boleh Basuh
    • Satu lagi, pilih stroller yang kainnya mudah ditanggalkan untuk dibasuh. Terutama kat bahagian tempat duduk tu. Biasa la, kadang-kadang anak minum susu dalam tu, tertumpah susu, jadi untuk memastikan stroller sentiasa bersih dan tidak dijangkiti kuman, kenalah basuh.

Ok. Itu sahaja perkongsian dari ummi. Semoga bermanfaat dan dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk membeli stroller untuk anak. For first-time parents, best of luck! Mesti teruja nak pergi shopping sekarang dan cari stroller kan? Hehe. Stick to your budget, anda pasti jumpa yang berkenan di hati. Jangan over-spend ya. Banyak lagi keperluan anda perlu sediakan untuk diri anda dan si kecil.