• Keputihan Semasa Hamil – Mungkin GBS

    Keputihan bukan hanya berlaku pada wanita bujang, anak dara. Keputihan juga boleh berlaku sekiranya anda sedang hamil. Seperti sebelumnya, ibu perlu perhatikan jenis keputihan yang ibu alami. Sekiranya keputihan tersebut putih, tidak likat, hanya berbau sedikit sahaja, itu dipanggil Leukorrhea, dan ia adalah normal. Sekiranya keputihan yang ibu alami adalah pekat, berwarna sedikit kehijauan atau kekuningan, berbau sangat tidak menyenangkan, ini adalah sesuatu yang tidak normal. Namun begitu, untuk setiap jenis keputihan yang ibu alami, jangan rahsiakan daripada doktor. Adalah penting untuk beritahu doktor atau jururawat yang merawat, agar rawatan atau ujian susulan boleh dilakukan. Pernah dengar tentang GBS? GBS ialah “Group B Streptococcus”, iaitu sejenis bakteria yang tinggal di…

  • Berat Turun Semasa Hamil?

    Kebiasaannya yang kita dengar ialah kenaikan berat badan secara consistent atau mendadak semasa kehamilan. Ada yang beratnya naik mengikut peringkat/kadar yang betul, ada yang naik berkilo-kilo dalam masa beberapa minggu. Tak kurang juga, ada kes, dimana berat badan semakin berkurangan semasa hamil. Dua kes sebegini adalah amat dikhuatiri iaitu berat naik mendadak dan berat turun. Sebab itu, jika ibu mengalami masalah seperti ini, jangan biarkan berlanjutan. Dapatkan nasihat segera daripada doktor. Pengambilan nutrisi secukupnya adalah sangat penting semasa hamil. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan berat badan tidak dapat dikawal dengan baik. Sebab itu semasa hamil, ibu diwajibkan mengamalkan vitamin yang membantu melengkapkan nutrisi seimbang pada ibu dan juga bayi di dalam…

  • Berpantang Lebih Mudah dengan Shaklee

    KakMah mengenali Shaklee semasa ttc (usaha untuk hamil), dan semestinya KakMah meneruskan pengambilan supplement Shaklee sepenuhnya semasa hamil dan berpantang. Walaupun tak ada pengalaman berpantang menggunakan product lain, tapi jujur KakMah rasa, berpantang dengan supplement Shaklee lebih mudah dan berkesan untuk KakMah, terutamanya semasa berpantang anak kedua. Sebab, KakMah melahirkan anak kedua di saat usia anak pertama baru mencecah 1 tahun 6 bulan (jarak dekat). Alhamdulillah, Allah memberi rezeki untuk KakMah berpantang secara normal untuk kedua-duanya. Jadi, masalah penjagaan tu tak sesusah mereka yang bersalin secara ceaser. Namun begitu, KakMah masih menerima beberapa jahitan akibat kesan sedikit koyakan (dan digunting) semasa bersalin. Syukur, dengan supplement Shaklee, luka bersalin cepat sembuh…

  • Berat Naik Lepas Bersalin?

    Ramai ibu yang runsing dan risau akan kenaikan berat badan semasa hamil. Ada yang naik 10kg, ada yang naik 20kg.┬áTapi, boleh ke berat tu turun semula ke berat asal selepas bersalin nanti? Wanita sememangnya sangat menjaga berat badan. Kalau boleh, tak mahu makin berat selepas bersalin. Nak maintain macam anak dara or better than that kan? Betul ke Berat Susah Turun Lepas Bersalin? Sebenarnya, salah satu tips untuk mudah turun berat badan selepas bersalin adalah dengan menyusukan baby. Sebab setiap kali anda menyusukan baby, samada direct feeding atau pam, anda sebenarnya membakar sangat banyak kalori. Sebab tu kalau anda perasan, masa menyusu, kita rasa mengantuk sangat. Macam ada setan yang…

  • 6 Sebab Ibu Hamil Jangan Abaikan Supplement Semasa Hamil

    Bila disahkan hamil oleh pakar perubatan, kebiasaannya perkara pertama yang dinasihatkan oleh pakar adalah makan vitamin (supplement). Macam-macam bekalan supplement yang diberikan oleh pakar, dengan tujuan untuk membantu dan menyokong kesihatan kandungan sepanjang kehamilan. Tapi……. masih ramai lagi yang masih culas dan tak mahu makan supplement. Tahu tak betapa pentingnya pengambilan supplement ni? Well, kalau anda yakin pemakanan anda tu lengkap (read: sangat lengkap) dan dijamin bersih, tiada bahan kimia, semulajadi, then anda mungkin boleh skip supplement (highly not recommended). Ada 6 sebab utama kenapa anda tak boleh abaikan pengambilan supplement ketika hamil. Membantu mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang Membantu mengurangkan risiko kecacatan bayi ketika hamil Membantu memberi tenaga dan…