Breastfeeding,  ESP,  Ibu Menyusu,  Kesihatan Wanita,  Kolesterol,  Kurus Cara Sihat,  Set Kecantikan,  Set Kurus,  Set Menyusu,  Testimoni Set Kurus,  Testimoni Set Menyusu

Boleh ke Kurus Selepas Bersalin? – Video Sharing

Ramai mengeluh, risau. Bimbang berat badan semakin bertambah selepas melahirkan anak. Betul tak? Masa KakMah mula-mula disahkan hamil anak pertama dulu, KakMah tak risau sangat benda ni. Tak sedar diri sebelum ni punyalah gemuk KakMah ni. Sungguh. Boleh tengok post KakMah sebelum ni. Beza semasa belum hamil, dan selepas melahirkan 2 orang anak.

Namun Alhamdulillah. KakMah dapat menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas melahirkan anak pertama. 10kg lebih kurang berbanding semasa awal kehamilan. Sebab tu, kelihatan perbezaan yang sangat ketara. KakMah mula-mula tak perasan pun. Tak timbang pun berat badan KakMah berapa. Tapi bila masuk kerja, kebanyakannya tegur kata KakMah dah kurus. Bila timbang, pastu compare dengan berat asal (check dalam buku pink), baru perasan turun 20kg. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Rezeki KakMah? Mungkin. Alhamdulillah, KakMah berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin.

Tapi sebenarnya ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin tau. Jom kita dengar tips daripada Puan Salwa ni. Tak banyak pun tips yang Puan Salwa ni kongsikan. Ada 4 tips penting.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Dah faham?

Tips pertama: Susukan anak sepenuhnya.
Tips kedua: Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi.
Tips ketiga: Kawal pengambilan kalori.
Tips Keempat: Jaga pemakanan, pengambilan nutrisi mencukupi. Supaya makanan dalam badan dapat ditukarkan kepada tenaga, dan bukan lemak.

Nak cuba Set Berpantang, Set Kurus, atau pun Set Kecantikan Shaklee? Boleh hubungi KakMah untuk info lanjut.

*Disclaimer*

3 Comments

Leave a Reply to Aliah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *