
Berpantang Lebih Mudah dengan Shaklee
KakMah mengenali Shaklee semasa ttc (usaha untuk hamil), dan semestinya KakMah meneruskan pengambilan supplement Shaklee sepenuhnya semasa hamil dan berpantang. Walaupun tak ada pengalaman berpantang menggunakan product lain, tapi jujur KakMah rasa, berpantang dengan supplement Shaklee lebih mudah dan berkesan untuk KakMah, terutamanya semasa berpantang anak kedua. Sebab, KakMah melahirkan anak kedua di saat usia anak pertama baru mencecah 1 tahun 6 bulan (jarak dekat).
Alhamdulillah, Allah memberi rezeki untuk KakMah berpantang secara normal untuk kedua-duanya. Jadi, masalah penjagaan tu tak sesusah mereka yang bersalin secara ceaser. Namun begitu, KakMah masih menerima beberapa jahitan akibat kesan sedikit koyakan (dan digunting) semasa bersalin. Syukur, dengan supplement Shaklee, luka bersalin cepat sembuh dan kesan jahitan juga cepat bercantum. KakMah tidak mengalami sebarang masalah semasa berpantang. Susu pun meriah, cukup untuk keperluan anak.
Ini adalah set berpantang yang KakMah amalkan. Terdiri daripada 5 supplement asas yang membantu memudahkan proses berpantang dan menyusukan anak. Antara kesan yang KakMah dan ibu-ibu lain perolehi dengan mengamalkan set berpantang ini ialah:
- rasa lebih bertenaga walaupun baru lepas bersalin
- luka jahitan cepat sembuh dan tidak ada masalah jangkitan
- susu meriah dan sangat mencukupi untuk keperluan anak
- tiada masalah buasir atau sembelit
- tidur lebih lena walaupun setiap 2-3 jam bangun untuk menyusukan anak
- emosi lebih terkawal dan stabil – kurang stress
- rahim cepat kecut (kerana menyusukan anak dengan jayanya)
- tak ada sakit pinggang, lenguh-lenguh
Selain daripada 5 supplement asas ini, KakMah juga mengambil Vivix semasa berpantang anak kedua. Ini disebabkan KakMah ingin cepat sembuh, lebih bertenaga. Memandangkan KakMah ada anak sulung yang masih memerlukan perhatian sepenuhnya. Dan, disebabkan usia anak sulung belum cukup 2 tahun masa tu, KakMah meneruskan menyusukannya (tandem nursing). Sebab tu, KakMah mengambil Vivix. Alhamdulillah, ia sangat membantu. Pernah satu malam KakMah rasa seram sejuk seperti nak bentan. KakMah ambil lebih dose vivix, dan alhamdulillah, malam tu memang rasa badan “panas” dan tak jadi bentan. Syukur sangat.
KakMah amat menyarankan ibu-ibu yang hamil yang dekat nak berpantang untuk mengamalkan set berpantang ini dan Vivix. Terutama jika ini bukan kelahiran anak pertama, kerana percayalah, anda memerlukan tenaga yang lebih, dan anda perlu cepat sembuh untuk menjaga anak-anak yang lain.
Tonton video ini dimana Puan Roziana berkongsikan ceritanya berpantang dengan set berpantang dan Vivix.
Dah tonton? Berminat untuk dapatkan set ini?
Hubungi KakMah untuk mendapatkan set berpantang dan vivix anda.

