Kehamilan,  Kesuburan,  Panduan Kesihatan

Bagaimana Kira Waktu Subur Anda?

Waktu subur adalah penting bagi anda, suami isteri, yang ingin merancang untuk hamil atau tidak. Ini kerana waktu subur adalah satu waktu dimana telur (ovum) isteri telah matang dan bersedia untuk disenyawakan dengan sperma suami. Dan adakah anda tahu bahawa waktu subur seorang wanita hanyalah satu hari sahaja pada setiap cycle period anda?
Setiap wanita mempunyai period cycle yang berlainan. Ada yang tetap dan ada yang tidak tetap. Normal period cycle seorang wanita adalah 28 hari. Ada juga yang menjangkau 30, 31, 32 hari. Bergantung kepada hormon seseorang. Oleh itu, penting untuk anda memantau period cycle anda setiap bulan.
Antara cara terbaik untuk anda mengetahui bilakah hari subur anda adalah:
⌚ Dengan cara mencatatkan tarikh period anda (waktu bermula dan berakhir setiap bulan) pada calendar peribadi anda untuk mengetahui samada kitaran haid anda normal atau tidak
⌚ Dengan cara mengambil BBT (basal body temperature) setiap pagi sejurus selepas bangun tidur dan plotkan pada graph setiap hari untuk mengetahui bilakah waktu subur anda (iaitu apabila suhu badan anda meningkat tinggi)
⌚ Dengan cara melakukan ujian kesuburan dengan menggunakan ovulation kit (cara yang sama seperti pregnancy kit) apabila telah masuk tempoh “fertile”
⌚ Dengan cara memantau tahap kelekitan cervical mucus anda
⌚ Dengan zaman teknologi moden ini, anda boleh install application pada smartphone anda untuk memantau period cycle anda, merekodkan symptom seharian anda, dan aplikasi tersebut akan membantu anda untuk menjangkakan bilakah hari subur andaAnda perlu memantau period cycle anda sebaik-baiknya 2 atau 3 bulan berturut-turut untuk mengetahui corak period cycle anda, agar lebih mudah untuk anda mengetahui bila waktu subur anda.

 

Anda digalakkan untuk bersama dengan pasangan anda sebaik-baiknya sehari sebelum hari subur anda. Sebagai contoh, jika hari subur anda adalah hari ke-14, anda digalakkan untuk bersama pada hari ke-13.

Semoga perkongsian kami ini boleh membantu anda. Jika anda mempunyai masalah lain seperti sakit ketika bersama, period tidak tetap (tidak datang setiap bulan), anda digalakkan untuk berjumpa dengan pakar untuk rawatan lanjut.

 

Hubungi kami sekiranya anda ingin mencuba supplement Shaklee untuk meningkatkan tahap kesuburan anda; terdiri daripada supplement untuk isteri atau suami.

———————————————————
Puan Shima (SID # 885670)
msg/whatsapp: 0196972866
pm fb: http://bit.ly/PM_Kami
Pengedar Shaklee di Seremban / Damansara

———————————————————

**Disclaimer**

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *