B-Complex,  ESP,  Ibu Hamil,  Kehamilan,  Keperluan Harian,  Kesihatan Jantung,  Kesihatan Tulang,  Omega Guard,  OsteMatrix,  Set Hamil,  Tenaga,  Vita-Lea,  Vitamin,  Vitamin C

Apa Nutrisi Diperlukan Oleh Ibu Hamil?

Tahniah! Anda hamil. Alhamdulillah. Berita ni adalah sesuatu yang sangat mengujakan dan menggembirakan untuk semua wanita yang bergelar isteri. Betul tak? Bila lambat datang haid, emosi ting tong, mudah letih, itu petanda anda mungkin hamil. Lepas tu dengan rasa teruja, anda pergi ke farmasi, beli pregnancy test kit dan buat ujian sendiri. Khennn? Ini normal untuk semua. Bukan anda je, so jangan rasa malu atau pelik. Hehe.

Kehamilan memang best. Banyak manfaat seorang ibu yang sedang hamil. Berjuang selama 9 bulan 10 hari untuk memastikan bayi di dalam kandungan sihat, membesar dengan baik, dan selamat dilahirkan di dunia ini. Dan dalam tempoh kehamilan inilah si ibu perlu memastikan pemakanan sehariannya seimbang, kesihatannya terjaga. Macam mana nak pastikan semua ni? Perkara paling asas ialah pastikan nutrisi yang diperlukan oleh seorang ibu hamil lengkap dan mencukupi. Ibu hamil perlu memastikan sokongan badannya kuat untuk menampung bayi yang semakin membesar dalam rahimnya.

PROTEIN

  • Jumlah diperlukan
    • 75 – 100 grams sehari
  • Kepentingan
    • Membantu perkembangan tisu janin, termasuk otaknya
    • Membantu mengembangkan tisu rahim semasa hamil
    • Membantu meningkatkan bekalan darah
  • Contoh sumber makanan semulajadi
    • Hidangan berasaskan daging seperti ayam, daging
    • Ikan atau seafood yang dimasak sepenuhnya
    • Kekacang

KALSIUM

  • Jumlah diperlukan
    • 1000 miligrams sehari
  • Kepentingan
    • Membantu mengawal kandungan air dalam badan
    • Membantu membina tulang bayi
    • Membantu membina tunas gigi bayi
    • Membantu mengurangkan masalah cramp kaki dan sakit pinggang ibu
  • Contoh sumber makanan semulajadi
    • Hidangan tenusu
    • Telur
    • Yogurt
    • Cheese
    • Almonds

ZAT BESI

  • Jumlah diperlukan
    • 27 miligrams sehari
  • Kepentingan
    • Membantu meningkatkan jumlah darah
    • Membantu mencegah masalah anemia (bacaan Hemoglobin (Hb) rendah)
  • Contoh sumber makanan semulajadi
    • Sayur-sayuran hijau seperti bayam, salad
    • Bijirin
    • Sumber protein tanpa lemak seperti seafood

ASID FOLIC

  • Jumlah diperlukan
    • 600 – 800 micrograms sehari
  • Kepentingan
    • Membantu mengurangkan risiko kecacatan neural tube termasuk spina bifida
    • Merupakan nutrisi penting untuk otak
    • Membantu menghasilkan tenaga dan pembentukan sel darah merah
  • Contoh sumber makanan semulajadi

VITAMIN C

  • Jumlah diperlukan
    • 85 miligrams sehari
  • Kepentingan
    • Membantu penyembuhan luka
    • Membantu pertumbuhan gigi dan tulang
    • Membantu menguatkan sistem pertahanan badan
  • Contoh sumber makanan semulajadi
    • Buah-buahan seperti oren, strawberry
    • Sayur-sayuran

Tips: Pastikan pemakanan daging dimasak sepenuhnya untuk mengelakkan daripada pendedahan kepada bakteria salmonella, toxoplasmosis, dan lain-lain. Ibu juga perlu mengurangkan (lebih baik elakkan) pengambilan caffeine dalam diet seharian seperti minuman bergas, kopi, teh. Amalkan senaman ringan yang boleh dilakukan setiap hari di rumah dan bersesuaian dengan tahap kesihatan ibu.

Anda juga boleh mengamalkan supplement Shaklee yang lengkap dengan nutrisi diperlukan ibu hamil.

Set Kehamilan Lengkap

Set Kehamilan Optimum untuk Ibu Hamil agar lebih sihat, bertenaga sepanjang masa.

  • ESP – membekalkan khasiat protein, kalsium untuk ibu yang membantu meningkatkan bekalan darah, membantu menguatkan rahim.
  • VITALEA – multivitamin yang lengkap dengan khasiat zat besi yang membantu menstabilkan jumlah dan kepekatan darah (hemoglobin).
  • SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS – memberikan khasiat 500mg vitamin c dalam satu tablet yang membantu pertumbuhan tulang dan gigi bayi.
  • B COMPLEX – lengkap dengan asid folic yang membantu mengurangkan risiko kecacatan neural tube dan membantu menstabilkan emosi ibu.
  • OSTEMATRIX – supplement kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium yang membantu membina tulang dan tunas gigi bayi, serta bantu mengurangkan risiko ibu mengalami masalah kaki cramp.
  • OMEGA GUARD – supplement minyak ikan yang kaya dengan omega-3, EPA, DHA untuk membantu perkembangan minda bayi serta bantu mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil.

Hubungi KakMah jika anda ingin mendapatkan supplement kehamilan anda. Consultation percuma diberikan secara ikhlas kerana KakMah juga adalah seorang ibu kepada 2 orang anak. Jika anda juga sedang usaha untuk hamil, boleh juga hubungi KakMah yang berpengalaman selama 3 tahun ttc.

*Disclaimer*

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *