Apa Itu G6PD?

G6PD. Biasa dengar tentang G6PD? Kebiasaannya, di saat baby dilahirkan, baby akan terus diambil sample darah untuk pemeriksaan sekiranya terdapat komplikasi kesihatan. Antara perkara yang akan diperiksa adalah jika baby mengalami masalah G6PD. Glusose-6-Phosphate Dehydrogenase adalah maksud disebalik perkataan G-6-PD, iaitu sejenis enzim eritrosit iaitu sel darah merah.

Enzim ini penting untuk menjamin jangka hayat normal untuk sel darah merah dan juga untuk proses pengoksidaan. Kekurangan enzim ini boleh menyebabkan dan mencetuskan kemusnahan sel darah merah secara mendadak. Hal ini boleh membawa kepada masalah hemolytic anemia diikuti dengan masalah jaundis akibat daripada pengambilan makanan tertentu seperti kacang fava, jenis kekacang tertentu, dan pelbagai jenis ubat lain.

G6PD ini adalah berkaitan dengan keturunan. Bukan seperti penyakit lain yang boleh berjangkit akibat sentuhan, udara, dan lain-lain. Ada kaitannya dengan chromosome X, Y pada jantina ibu dan ayah. Menurut Ernest Beutler, M.D, “wanita mempunyai 1 daripada 2 chromosome X yang aktif; bermakna wanita yang mempunyai genetik G6PD mempunyai 2 populasi sel darah merah iaitu; deficient sel dan normal sel.

Bagaimana G6PD ini boleh turun kepada anak-anak? Cuba lihat diagram ini.

  1. Sekiranya ayah sihat, dan IBU adalah carrier (pembawa) tanpa ada clinical simptom,
    • 1 daripada 2 anak perempuan akan menjadi carrier.
    • 1 daripada 2 anak lelaki akan mengalami kekurangan G6PD.
  2. Sekiranya AYAH ada kekurangan G6PD, ibu sihat,
    • Semua anak perempuan menjadi carrier.
    • Semua anak lelaki sihat.
  3. Sekiranya AYAH ada kekurangan G6PD, dan IBUnya juga carrier,
    • 1 daripada 2 anak perempuan mengalami kekurangan G6PD.
    • 1 daripada 2 anak perempuan menjadi carrier.
    • 1 daripada 2 anak lelaki mengalami kekurangan G6PD.
    • 1 daripada 2 anak lelaki sihat.
  4. Sekiranya ayah sihat, IBU mengalami kekurangan G6PD,
    • Semua anak perempuan menjadi carrier.
    • Semua anak lelaki mengalami masalah kekurangan G6PD.
  5. Sekiranya kedua-dua IBU dan AYAH mengalami masalah kekurangan G6PD,
    • Kesemua anak lelaki dan perempuan mengalami masalah kekurangan G6PD.

Pastinya, ada antara kita yang tidak tahu sekiranya ada masalah G6PD ini. Adakah simptom untuk kita ambil berat dan perlu melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya ia berkaitan dengan masalah G6PD seperti ini? Ada.

  • Kenaikan suhu badan secara mendadak, dan kulit kelihatan sedikit kuning.
  • Warna air kencing yang seakan kekuningan-kejinggaan.
  • Pucat, keletihan, atau penurunan kadar kesihatan fizikal.
  • Pernafasan yang abnormal iaitu laju dan berat.
  • Denyutan yang lemah, rapid.

Sekiranya anak anda mengalami masalah G6PD ini, tak perlu bimbang. Mereka boleh menjalani kehidupan harian seperti insan normal lain, tetapi perlu pastikan mereka menjaga dan mengelakkan makanan yang boleh trigger simptom G6PD ini. Boleh click link untuk senarai penuh.

Sekiranya ada ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu, ibu masih boleh mengamalkan supplement Shaklee. Ada sesetengah supplement yang tidak disarankan untuk ibu ambil, tetapi boleh dapatkan nasihat daripada pakar jika memerlukan.

Supplement ini membantu ibu untuk lebih kuat sistem imunisasi, membantu memberikan tenaga, serta memberi khasiat kalsium untuk tulang, gigi. Nutrisi ini bukan hanya untuk ibu, tetapi juga untuk baby yang disusukan. Untuk dapatkan supplement Shaklee anda, boleh hubungi KakMah untuk order.

*Disclaimer*

Note: Sumber daripada Website G6PD

Leave a Reply