Kehamilan,  Kesuburan

Antara Sebab Boleh Mengganggu Kesuburan

Pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin mempunyai dilema samada mempunyai masalah kesuburan atau tidak. Ketahui dahulu apakah faktor atau pun sebab yang berpotensi untuk mengganggu atau mempengaruhi tahap kesuburan anda. Setelah itu, lakukan sesuatu untuk mengatasi faktor tersebut, atau jalani rawatan dengan segera. In shaa Allah, rezeki memperoleh zuriat akan menjadi milik anda. 

USIA WANITA
⌚ Tahap kesuburan wanita berkurangan apabila meningkat usia, terutama sekiranya anda telah mencecah usia 30 tahun
GAYA HIDUP
⌚ Gaya hidup yang tidak sihat seperti gemar merokok, minum alkohol, tidak mengamalkan diet yang seimbang boleh mengganggu tahap kesuburan anda, baik lelaki mahupun wanita

STRESS MELAMPAU
⌚ Stress merupakan salah satu penyebab utama kepada berkurangnya tahap kesuburan anda. Oleh itu, kawal emosi anda dan jangan biarkan emosi mengganggu kehidupan anda

KESIHATAN PASANGAN
⌚ Kesuburan lelaki juga boleh berkurangan mengikut peningkatan usia, terutama apabila mereka telah mencecah usia 40 tahun
GAYA PAKAIAN
⌚ Gaya pemakaian boleh mempengaruhi tahap kesuburan terutama bagi kaum lelaki. Pemakaian seluar atau seluar dalam yang terlalu ketat boleh mengganggu penghasilan sperma berkualiti
BILANGAN SPERMA RENDAH
⌚ Bilangan sperma yang rendah boleh menurunkan potensi isteri untuk hamil. Oleh itu, jalani ujian untuk mengetahui tahap bilangan dan kekuatan sperma suami
MASALAH HORMON
⌚ Badan wanita yang tidak berupaya menghasilkan hormon progesteron yang mencukupi tidak dapat mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sukar untuk hamil.
PENGAMBILAN CAFFEINE
⌚ Caffeine sememangnya terbukti melalui kajian dapat mengganggu kemampuan telur untuk melekat di dalam uterus. Justeru, kurangkan pengambilan caffeine kepada minima sekali sehari sahaja. Sebaiknya, jangan minum caffeine
Jika anda mengamalkan faktor di atas, ubahlah gaya hidup anda. Jadikan gaya hidup anda lebih seimbang, sihat, dan bertenaga. Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah anda berlanjutan. Dan sebaiknya, lakukanlah ujian kesuburan bagi mengetahui masalah sebenar anda.
Kami doakan agar anda yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan zuriat, akan memperoleh berita gembira tidak lama lagi. In shaa Allah. Teruskan usaha, jangan putus asa, dan yang penting, berdoalah. In shaa Allah, Allah akan membantu anda.
Hubungi kami sekiranya anda ingin mendapatkan supplement Shaklee yang membantu meningkatkan tahap kesuburan anda. Ceritakan kepada kami masalah anda, dan in shaa Allah, kami akan membantu mengikut kemampuan kami. 
———————————————————
Puan Shima (SID # 885670)
msg/whatsapp: 0196972866
pm fb: http://bit.ly/PM_Kami
Pengedar Shaklee di Seremban / Damansara
———————————————————

**Disclaimer**

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *