Antara Perubahan Dialami Oleh Seorang Lelaki Bergelar Ayah
Seorang lelaki kebanyakannya ingin digelar sebagai seorang ayah kepada zuriatnya sendiri. Bila isteri hamil, percayalah, suami yang terlebih excited. Hehe. Alhamdulillah. Tahniah kerana anda telah / bakal bergelar ayah. Pelbagai gelaran bapa kita ada. Ayah / abah / papa / abi / daddy / dad (nak juga omputih). Walau apa pun gelaran ayah yang ada pada mereka, mereka tetap seorang ayah. Dan…. akan ada banyak perubahan yang dialami oleh mereka ni. Ada yang mitos, sebab masih ada cara penyelesaian. Bersediakah anda untuk merubah kepada alam seorang ayah?
1. Tiada lagi “me” time
Well, bila dah ada anak ni, perasaan untuk ada masa “berseorangan” tu mungkin dah hilang. Tapi sebenarnya anda perlu ada sesuatu masa untuk anda sendiri. Ini akan membuat seorang ayah itu lebih fokus. Mcm husband ummi, dia memang seorang yang aktif. Suka join aktiviti lasak. Jadi, bila dia ada plan untuk ke sana time weekend, ummi tak keberatan. Nanti kalau kita halang, takut makin stress pula dia. Hehe. So, let’s give him space for his own. Lepas tu, in shaa Allah, dia akan lebih fokus bila bersama dengan isteri dan anak-anak.
2. Lebih rasa bertanggungjawab
Menjadi lumrah, seorang lelaki bila nak bergelar ayah ni, rasa risau dia teramatlah besar. Risau mampu ke dia menjadi ayah. Risau boleh ke dia jadi ayah yang baik untuk anak. Risau boleh ke dia didik anak dengan baik. Semua lelaki akan merasakan benda yang sama. Tapi, buat apa nak risau. Go with the flow. Allah kurniakan kita seorang anak, sebab Dia tahu kita mampu untuk laksanakan. Tak ada “kelas” untuk ajar anda macam mana nak jadi ayah. Ia akan terjadi sendiri. So, don’t worry ya. All is well.
3. Rasa ada limitation untuk jaga anak sebab anda seorang lelaki
Hehe. Memang la, lelaki tak macam perempuan. Boleh menyusu badan, ada direct contact pada anak (skin-to-skin). Lelaki boleh ke? Boleh… walaupun suami tak boleh nak menyusu, tetapi suami boleh nak bantu isteri masa isteri tengah menyusu. Beri keselesaan pada dia. Letak bantal kat belakang ke, tengok kedudukan baby ok ke. Masa isteri menyusu, usap-usap la kepala anak. Baca doa kat ubun-ubun anak. Haaa.. kan dah dapat create bonding tu. Pastu cuba try tidur sebelah anak. In Shaa Allah, bila anak terjaga malam, ayah pun boleh terjaga juga macam ibunya.
4. Lebih perbelanjaan
Dalam Islam, anak adalah rezeki. Jadi, kenapa nak susah hati dan nak bimbang. Betul, bila dah ada anak, semua tentang perbelanjaan anak kita risau. Fund untuk dia belajar, nak beli baju, nak beli barangan baby (pampers la, mainan la), nak siapkan belanja just in case anak tak sihat. Semua nak kena fikir. Tapi…. jika anda rewind balik masa parents anda dulu, mereka pun tak sesenang mana, tapi Alhamdulillah, berjaya membesarkan anak-anak. In shaa Allah, Allah berikan rezeki melimpah ruah pada kita untuk kita besarkan anak-anak. Teruskan berdoa and keep calm.
5. Perlu habiskan masa lapang dengan isteri dan anak(-anak)
Bila kita nak ada “me” time tu, mesti rasa serba salah tinggalkan anak isteri kat rumah. Kadang-kadang tinggalkan kejap je pun, tapi still rasa macam “alahaiiii.. kesian baby tinggal”. Tapi, anda perlukan masa anda untuk kehidupan sosial anda masa bujang dulu. Cuma…. kena la kurangkan sikit masa tu. Hehe. “Me” time bukan hanya pada anda, tapi isteri pun kadang-kadang perlukan “me” time mereka. So, give her some space too.
6. Dikelilingi oleh rakan-rakan senasib (fatherhood team)
Kalau kita tengok kat luar negara tu, selalu dapat lihat ayah-ayah ber”jogging” di luar sambil kendong baby, atau pun bawa baby dalam stroller. Betul tak? Jarang kita lihat kat sini, ayah ada aktiviti luar bersama ayah lain. Tapi secara tak langsung ada juga yang ada group dalam whatsapp/telegram/wechat/or any other social media. Dalam group tu kebanyakannya ayah-ayah. So, boleh la kot nak luah perasaan ke apa kan. Jangan pula sembang hal lain ye. Bila ada masa tu, keluarlah dengan yang bujang untuk lakukan aktiviti kegemaran anda.
7. Nampak lebih “cool”
Bila dah ada anak, setiap pergerakan akan kelihatan seperti seorang ayah. Cara pemakaian, pertuturan, kehidupan,…. nampak seperti seorang ayah. Kalau dulu selalu main badminton dengan kawan-kawan, bila anak dah besar, ajar anak main badminton dan main pula dengan anak. Phone pun dah banyak gambar anak compare dengan masa bujang atau belum ada anak. But, chill. sebab salah satu anugerah terindah dalam hidup anda ialah memiliki zuriat. Alhamdulillah.
So, daddies sekalian. No worries. Kenapa nak risau nak jadi ayah? Go with the flow. Anda akan nampak bahagianya menjadi seorang ayah. Sampai ke tempat kerja pun nanti teringat telatah anak. Rindukan anak. Ada satu perasaan dalam diri ni yang buat kita tenang aje walaupun stress time kerja. Hehe. You can do it, ayah. In shaa Allah, anda semua akan menjadi seorang ayah yang baik.
8 Comments
siti noriza saleh
kan? kekadang hanya “isteri” je kena layan anak anak.. bagus tips ni
Shima Zainal
hehe.. kena sama-sama melayan la lepas ni…
Ros
Bila dah masuk anak no 2, suami makin cekap mengasuh anak dan paling suka melayan anak-anak.
Shima Zainal
alhamdulillah.. seronok kan bila suami pun turut sama membantu.. 🙂
Pembicara Internet Marketing
blog yang cukup menarik, dan themes yang sangat seo frendly. salam hangat http://www.marinirseo.web.id Pembicara Internet Marketing
Shima Zainal
terima kasih!
Istri kedua
Kali pertama pengalaman saya rasa menjadi ibu tapi sedihnya ni bukan kali pertama suami saya rasa menjadi sesorang ayah.dia sudah mempunyai beberapa anak dlm perkahwinan sebelumnya. Rasa kurang konfiden Dan serba salah . mungkin sy rasa tak segembira ibu2 lain yg boleh kongsi perasan mereka dgn suami bila nk sambut anak pertama. Sape ada pengalaman rasa mcm sy???
Shima Zainal
takpe, Puan… setiap ibu yang berkorban untuk melahirkan anak, akan diberikan pahala berlipat ganda oleh Allah, in shaa Allah..