
Anak Kecil Sembelit, Menangis Sampai Keletihan
Baru-baru ni, anak kedua KakMah yang baru sahaja berusia setahun mengalami masalah sembelit. KakMah seperti biasa ambil Ayra dari babysitter. Mula-mula tak perasan sangat pun yang Ayra alami sembelit. Tapi bila tengok dia tak nak duduk untuk tempoh masa yang lama, buat KakMah jadi risau. Selalunya kalau dia leka dengan satu-satu mainan tu, dia akan duduk dan main. Tapi masa tu, Ayra mencangkung aje. Tak nak duduk. Dan KakMah perasan, riak mukanya seperti menahan sakit. Ayra tak seceria kebiasaannya. KakMah pun buka pampers dan check jika ada apa-apa yang tidak normal. Masa tu, masih lagi tak conclude yang Ayra sebenarnya ada masalah sembelit. Ingatkan dia melecet sebab nampak sedikit kemerahan di bahagian duburnya. Malamnya, dia tak lena tidur. Sesekali nampak seakan dia nak meneran. Kemudian, sambung tidur. Keesokan paginya pun sama, meneran yang sampai tahap menangis. Bila check, memang nampak ada najis di bahagian duburnya yang tidak boleh nak keluar. Barulah tahu yang dia sembelit. Allah..
Masa tu rasanya Ayra dah tahap maksima. Sebab dia meneran dan menangis menahan sakit. Adalah dalam 5 minit dia menangis sambil meneran. Sampai akhirnya tertidur. Masa dia tidur, KakMah minta tolong suami cari ubat cecair sembelit tu dan buah betik. Tak lama lepas Ayra bangun, dia kembali meneran dan menangis lagi. Masa ni lah, KakMah dan mak masukkan ubat cecair tu. Tapi tak dapat nak masuk sangat sebab najis dah block. Lepas dah masuk ubat tu, dia cool down kejap. Bawa dia mandi, then letakkan dia untuk main. Dia tak nak. Melekap dengan umminya. Sesekali nampak dia meneran kesakitan. Sehinggalah ke satu tahap, kami cuba nak korek, tapi bila nampak dah ada darah, kami tak berani sebab takut makin teruk lukanya. Ayra pun nangis dah tahap maksima, sampai ketuk-ketuk sofa. Kesian Ayra.
Kami terus bawa Ayra ke klinik. Doktor bantu meletakkan sejenis gel, yang fungsinya seakan bius supaya Ayra tak rasa sakit. Dikoreknya sikit, ditolaknya najis tu ke dalam semula. Alhamdulillah, balik dari klinik, Ayra membuang. Tapi najisnya keras dan berketul. Sehari, dua kami pantau najisnya. Masih sama. Keras macam najis arnab (berketul-ketul). “Ini tak boleh jadi”, KakMah fikir pada diri sendiri.
KakMah pun terfikir MealShakes abangnya. KakMah pun pam sikit (masih menyusu badan), campurkan MealShakes ke dalam susu tu dan beri Ayra minum. Tak lama lepas tu, Ayra meneran lagi, tapi alhamdulillah, najisnya lebih lembut berbanding sebelum ni. Sehari lepas tu, najisnya semakin normal dan Ayra dah tak meneran kesakitan seperti sebelum ni.
Sehingga sekarang, KakMah campurkan MealShakes ke dalam susunya. KakMah tak bagi hari-hari. Selang 1,2 hari, KakMah berikan. Ataupun KakMah bekalkan pada babysitter nya untuk dicampurkan dengan susu (sebab kat rumah dia tak nak sangat hisap botol. hahaha). Alhamdulillah, setakat ni (hampir sebulan), Ayra belum ada lagi mengalami masalah yang sama. Kami bersyukur sangat.
Info tentang Sembelit
Tanda anak mengalami Sembelit teruk
- Meneran kesakitan semasa membuang
- Menangis dan riak muka tidak selesa semasa membuang
- Meragam
- Abdomen (perut) yang keras
- Mengeluarkan najis yang keras dan berketul-ketul
- Najis telah mula bercampur dengan darah kerana rektum yang mula luka disebabkan najis keras
Kenapa anak boleh mengalami sembelit?
- Semakin lama anak makan makanan pejal, memang ada kemungkinan anak mengalami masalah sembelit. Terutama jika berikan nasi, kerana nasi adalah rendah kandungan fiber.
- Anak wean off (berhenti) menyusu badan, sebab ada kemungkinan anak mengalami masalah kurang air.
- Anak tidak sesuai dengan susu formula yang diminumnya. Berbanding dengan susu badan yang ada nutrisi seimbang untuk baby.
- Dehydration (Kurang air).
- Simptom untuk sakit tertentu seperti Hypothyroid, alahan pada makanan, metabolic disorder, dan lain-lain.
Bagaimana untuk atasi anak dari sembelit?
- Bantu anak “bersenam”. Jika masih merangkak, galakkan anak untuk lakukan beberapa pusingan (menelentang, meniarap). Jika dah mula berjalan, baringkan anak, dan gerakkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal.
- Urut bahagian abdomen (perut) anak. Ukur dengan menggunakan 3 jari anda, dari bahagian bawah pusatnya dan gerak ke sebelah bawah bahagian kiri. Urut dengan lembut menggunakan hujung jari anda. Urut sehingga perut mula rasa lembut. Teruskan urutan selama 3 minit.
- Jika anak telah mula minum susu formula, rujuk doktor jika perlu menukar jenama susu lain.
- Letakkan sedikit jus prune ke dalam susu formula atau susu badan. Jika anak tak sukakan rasanya, cuba jus epal atau pear.
- Jika anak dah banyak makan makanan pejal, kurangkan pengambilan nasi, pisang, dan bijirin. Berikan anak anda makanan yang tinggi serat, puri prune, apricot, atau pear untuk memudahkan pergerakan ususnya.
- Banyakkan minum air masak, terutama selepas makan.
Ibu lain juga mengalami masalah sama.
Bukan KakMah seorang sahaja yang mengalami masalah yang sama. Ramai ibu diluar sana yang turut mengalami masalah anak sukar untuk membuang / sembelit. Puan Farahana berkongsikan ceritanya dimana anaknya yang juga baru berusia setahun lebih mengalami masalah sembelit. Sehinggakan suami beliau terpaksa cuba mengorek untuk bantu mengeluarkan najis anak. Anak yang dulunya seorang pemakan, jadi fobia nak makan sebab trauma nak membuang. Selepas 2 hari Puan Farahana memberi anaknya MealShakes, anaknya kembali nak makan dan tiada masalah sembelit. Tonton video ini.
Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.
Mengapa perlu untuk memilih MealShakes?
- Kaya dengan 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan
- Kaya dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan untuk tumbesaran
- Tinggi khasiat serat, protein yang diperlukan sebagai sumber tenaga
- Tinggi kandungan kalsium untuk membantu menguatkan tulang dan gigi
- Rendah indeks glisemik yang baik untuk penghadaman
Anda tidak perlu ragu-ragu untuk memberikan MealShakes kepada anak anda yang berusia setahun dan ke atas. Kajian terperinci telahpun dijalankan oleh pihak Shaklee untuk memastikan produknya sentiasa selamat diamalkan. Tambahan pula, Shaklee telah menapak lebih 100 tahun di pasaran, menandakan bahawa product Shaklee berkualiti dan selamat.
Hubungi KakMah untuk mendapatkan MealShakes anak anda pada kadar segera.

